Semalam menghadiri Seminar Cukai Kebangsaan di Shah Alam Convention Center. Dikelolakan oleh LHDN dan dihadiri lebih dari 400 peserta. Nampak macam menumpukan perhatian peserta tetapi bila sembang2 waktu minum dan makan, baru perasan mereka ini kebanyakannya adalah agen percukaian yang perlu menghadiri seminar percukaian untuk mendapat lesen sebagai agen. Seminar Percukaian itu terbahagi kepada 2 bahagian - pertama tentang usul bajet yang baru diperkatakan di Parlimen dan kedua tentang pengelakan cukai untuk didakwa atas kesalahan jenayah. Pengetahuan tentang percukaian bukan semua tahu tetapi bermula dari tahun 2013 nanti sesiapa yang tidak menghantar borang cukai dikira sebagai penjenayah, sesiapa yang cuba mengurangkan cukai dikira jenayah juga. Dan sesiapa yang mengarahkan, membuat dan merekacipta untuk mengurangkan cukai juga boleh didakwa atas kesalahan jenayah. Boleh masuk penjara dan didenda. Banyak yang dibincangkan dan ia terlalu rapat dengan kita dan kemungkinan benar akan datang, kerjaya agen percukaian menjadi lebih penting bukan hanya untuk syarikat tetapi individu juga.
Apa yang berubah di dalam percukaian - 21 seksyen dalam Akta Percukaian 1967 berubah, 4 seksyen dalam Akta Petroleum 1976, 6 seksyen dalam Akta Percukaian dalam Keuntungan Jualan harta 1976 (RPGT) dan 4 seksyen dalam Akta Stamp 1957. Bersedia untuk menerima pengetahuan percukaian kerana walau kita mengelak ia akan datang juga akhirnya.
No comments:
Post a Comment