Membaca buku tulisan Hishamudin Rais bertajuk "Pilihanraya atau Pilihan Jalanraya" memang menyeronokkan. Dia akan membawa kita ke seluruh dunia dengan fokus yang berlebihan tentang politik di Malaysia. Pandangan yang berbeza dan pengetahuan yang diceduk bukan dari sekolah biasa memang memberi ceria. Buku ini adalah artikal2 ditulis oleh Hishammudin Rais setelah kembali ke Malaysia pada tahun 1995. Dia sempat mengeluarkan sebuah filem iaitu "Dari Jemapoh ke Manchestee" tapi semasa dikeluarkan dia ditahan di pusat tahanan Kemunting. Buku ini juga memberikan pandangan yang berbeza kepada umum tentang pilihanraya yang boleh ditentukan. Isham Rais juga menceritakan tentang pengembaraan beliau sebelum kembali ke Malaysia. Cerita2 tentang komunis, Saddam dan kekasih dari Finland menghiburkan untuk santapan muda mudi. Baca dengan hati terbuka kerana ilmu bukan kerana terpaksa.
Assalamualaikum saudara Firdaus, saya berminat untuk membeli buku saudara yang ini. Saya juga tidak kisah jika saudara mahu menjual versi fotostat kepada saya. Terlalu lama saya mencari buku ini.
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Buku ini ada di kedai2 buku seperti MPH atau Borders. Ini bukan buku tulisan saya. Saya juga pembaca.
ReplyDelete