Membaca secara terus tanpa berhenti memerlukan tahap konsentrasi yang tinggi dan masa yang tidak cemburu. Membaca kasino seperti menonton filem yang dekat di hati. Cerita seperti 'No Way Out' dan pengembangan watak diterangkan apabila terjumpa. Kalau membaca buku ini, barang2 berjenama mesti ada didalam otak atau cuba google untuk faham tentang barang2 berjenama itu. Kisah tentang pemulangan duit deposit sebanyak RM3.8 juta dalam masa 14 hari kepada Kerajaan baru Pakatan Rakyat (PR) yang baru menumbangkan parti Barisan Nasional (BN) di satu negeri dan bahagian bab buku ini dibahagikan mengikut hari. Karektor yang penting adalah seorang arkitek landskap yang sudah banyak membuat duit semasa kerajaan BN lama dan tradisi mendapat duit diteruskan walaupun MB bertukar. Watak2 akan diingati senang kerana terlalu dekat dengan realiti. Wak Karjo MB lama mempunyai hidung yang sudah diubahsuai - ia seperti MB yang kita kenal dengan makan tempe untuk menjadi lebih metroseksual. Bahasa2 mudah dalam novel seperti memanggil DBP untuk memancung. Walaupun bahasa mudah tetapi terma2 baru permainan di kasino seperti 'baccarat' memaksa pembaca mencari erti dan tahu serba sedikit tentang berjudi. Solat yang tidak ditinggal walaupun selepas mabuk, berjudi dan bersenggama hatta menjaga jamak takhir juga mengugat perasaan. Ditulis juga tentang mengucap "Alhamdullilah' apabila menang dalam salah satu permainan judi. Campur aduk ini perlu dapat tapisan diri sendiri dan perlu diterangkan tahap umur untuk membaca. Buku tulisan oleh Saifullizan Tahir yang juga seorang arketik landskap.
No comments:
Post a Comment