Shamsiah Fakih menulis tentang diri bermula tentang banyak perkara tentang penglibatan beliau dalam politik AWAS (Angkatan Wanita Sedar) sayap wanita untuk PKMM. Dia juga bercerita tentang lebih dari 4 kali kahwin. Beliau juga bercerita tentang sesat di dalam hutan. Siapa Shamsiah Fakeh ini? Dia mengangkat senjata berlawan dengan penjajah British pada masa itu. Pada tahun 1948, undang2 darurat dilancar menyebabkan beberapa parti yang agresif diharamkan. Kebanyakan parti2 ini menentang penjajahan sementelah dari pihak Jepun menawan Malaya dulu (MPAJA - Malaysia Party Anti Japanese Army). Yang tidak diharamkan dulu hanya UMNO. Ini adalah cerita menarik di dalam buku memoir ini dimana cerita tentang penangkapan, masuk penjara, dihukum gantung hatta di masukkan penjara tanpa bicara adalah dari parti yang berhaluan kiri dimana status ini diberikan oleh penjajah pada masa itu. Shamsiah Fakeh juga membetulkan fakta tentang diberitakan oleh Utusan sekitar tahun 1987 dulu, bahawa beliau terpaksa membunuh anak beliau sendiri dengan menghempas bayi yang menangis ke atas batu kerana takut ditangkap pada masa itu. Perkara membunuh itu tidak sekali2 berlaku. Banyak fakta diberikan oleh Shamsiah Fakeh di dalam memoir beliau walaupun perjalanan cerita dalam buku terlalu cepat tetapi data2 yang diberikan datang dari orang yang melakukan perkara sejarah itu.
menarik.
ReplyDelete