Yang selalu jengok

Monday, July 4, 2011

BUKU

Membaca memberikan ilmu - benar.  Membaca menambah ilmu pun benar.  Dapat masa membaca memang diidamkan selalu.  Seperti menonton filem juga beberapa genre yang berbeza memberikan skop besar kepada aku.  Tetapi ia seperti suka kepada sesuatu makanan.  Ada yang tidak suka popiah basah, ada yang suka capati, ada yang suka lepat, ada yang tidak suka petai, ada yang minat sate, ada yang muntah bau durian dan ada yang meleleh bila orang cerita pasal mencicah mangga dengan kicap pedas.  Membaca pada aku memang seperti makanan utama masa makan dan bukan ulam.

Dan peluang pergi ke Pameran Buku menjadi bualan suami isteri dan menjadi salah satu aktiviti tahunan.  Semalam berakhir Pameran Buku di SACC Shah Alam dan kami sekeluarga menghabiskan masa dan duit ke sana.  Anak2 ikut suka membantu menghabiskan duit ayah mereka.  Tapi aktiviti begini perlu disusun sementelah seminggu sebelum pergi.  Buku2 didalam ingatan hatta bualan orang pasti dicari.  Berapa lama dihabiskan masa untuk mencari buku tidak menjadi hal dan pasti waktu solat tidak bertembung.  Walaupun Pameran Buku Selangor ini tidak sebesar Pameran Buku Antarabangsa di PWTC tetapi kepuasan melayan nafsu memberi kepuasan suami isteri.  Anak2 tumpang memilih cerita mereka dan pasti buku2 ini mesti dihabiskan bacaannya sebelum pergi ke pameran buku yang lain.


Pameran dibuka pada pukul 10 dan kami sekeluarga sudah menunggu di pintu utama.  Kelibat beberapa penulis sudah aku perasan.  Lim Swee Tin dan Amir Muhammad kelihatan menuju ketempat berlabuh.  Amir penulis yang sekarang sudah menjadi penerbit sendiri - FIXI dan Lim Swee Tin menjadi tetamu sahaja.  Ceramah motivasi ada di perkarangan SACC tidak dilayan kerana buku2 di dalam dewan lebih mengiurkan kami sekeluarga. Buku adalah kekasih paling setia waktu sedih dan suka. 

No comments:

Post a Comment