Aku memang tak rasa bersalah pun. Bukan duit itu habis aku belanjakan. Duit yang dibelanjawankan memang untuk projek itu. Feedlot kebangsaan = National Feedlot. Projek diberi sebanyak RM250 juta untuk meningkatkan nombor lembu di pasaran. Semua orang makan lembu dan lembu perlu makan dan tidur untuk sihat. Kondominium di Bangsar adalah terbaik untuk lembu2 itu. RM6.9 juta satu untuk 2 kondominium bukan mahal kalau dilihat lokasinya. Lembu2 ini pasti akan gemok gedempol dan mahal harganyam, kata Sharizat. Nanti bila pasaran lembu sudah menurun, kondominium ini akan dijual dan menampung waktu masa merundum nanti kata Khairy Jamaluddin pula.
Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Wednesday, November 16, 2011
Cerita sebalik Berita
Semalam Duta Canada ke Malaysia memberitahu 30 Universiti dari Canada akan datang dan mempromosi universiti masing2 kepada penduduk Malaysia. Sekarang mengikut beliau ada 800 orang pelajar dari Malaysia belajar di Canada. Dia juga memberitahu bahawa pelajar2 diberi peluang untuk bekerja separuh masa sehingga 20 jam seminggu atau sepenuh masa ketika cuti semester.
Apa yang kita boleh baca dari kata2 Duta ini? Sebenarnya program untuk meningkatkan penduduk Canada yang sudah bermula lebih 10 tahun dulu masih tidak kesampaian. Tahun lepas di Canada 170,000 orang telah diberi kewarganegaraan untuk tinggal di Canada. Canada ketika ini mempunyai 35 juta orang dengan keluasan negara nombor 2 terbesar di dunia. Mengikut kajian dan rahsia orang ramai, pada tahun 2050 nanti jika tidak di tambah penduduk, kemungkinan Canada akan kepupusan orang.
Di Malaysia, beberapa minggu dulu cerita tentang pelajar2 yang datang ke Malaysia sebenarnya tidak belajar tetapi mencari pekerjaan. Kita marah dan kerajaan marah. Banyak orang Negro di Sunway, Nilai dan Bukit Bintang. Orang2 dari Middle East juga ramai dan menjual dadah di Malaysia - Iran.
Perbezaan melayan pelajar di antara Canada dan Malaysia sebenarnya mempunyai takrif yang berbeza. Peluang ini hendaklah diambil oleh pelajar2 di Malaysia kerana tukaran wang asing di Canada tinggi dari Malaysia. Jangan takut kerana seolah2 Duta Canada itu memberitahu tak ada duit tak apa kerana kami pastikan anda semua bekerja di Canada untuk menampung hidup. Dan akhirnya jadilah warganegara kami.
Tuesday, November 15, 2011
Nak jadi Jutawan sangat!!!!
![]() |
| Sekadar hiasan |
Apa yang lebih penting bila berniaga? Produk atau layanan. Dia mengambil contoh Mc D. Bagaimana jualan harian mereka? Tinggi dan membanggakan. Adakah produk atau layanan yang maha hebat menyebabkan mereka di situ. Bukan. Layanan paling cikai. Berdiri di kaunter, bayar, tunggu sambil berdiri dan duduk makan. Kalau nak sos sila ke sudut satu lagi. Straw air pun kena cari sendiri. Layanan tiada kata dia. Aku mengiakan. Produknya di banding dengan burger tepi jalan - mana lebih sedap? Aku menjawab yang di tepi jalan lebih sedap kerana ingin meraikan persoalan. Nah, kata dia - aku sendiri menjawab maka betul produk dan layanan tidak penting.
Dia sambung lagi. Sebab apa Mc D membuat duit sekian banyak adalah kerana sistem yang betul. Sistem Franchise yang betul maka Mc D mendapat untung yang luar biasa. Aku cuba menjentik pemikiran tentang rugi benar kalau budak2 belajar di universiti tentang 'marketing mix' iaitu 4P yang penting untuk berniaga - Produk, Promosi, 'Price' dan 'Place'. Dia terus mengatakan itu hanya mitos sahaja. Yang paling penting adalah sistem yang betul untuk berniaga.
Rangkaian atau 'network' paling penting dalam hidup kata dia. Kita ada networking baru kita kahwin. Adik beradik, saudara mara, ipar duai dan mak cik pak cik adalah satu rangkaian yang besar untuk berniaga. Rangkaian ini akan menjadikan kita jutawan. Jeng jeng jeng......aku sudah menulis benda yang sama beberapa kali dalam blog ini. Siapakah orang yang akan memastikan kita jutawan kalau orang bawah tidak membeli barangan yang kita jual. Skim cepat kaya diharamkan bukan sebab tak boleh jadi jutawan nanti BNM marah tetapi kerana kita orang biasa tidak dibenarkan menerima deposit. Maka produk adalah paling penting.
Aku duk fikir2 rangkaian bawah aku ini, sila rujuk http://www.geni.com/ rasa2 aku boleh jadi jutawan rangkaian tapi hendak memaksa dorang bagi duit kat aku rasa2 dorang kena fikir banyak kali. Aku terkesima dengan ayat menjadi jutawan dalam masa setahun dengan hanya mementingkan sistem. Sistem sebenarnya tidak berjalan kalau tiada yang membeli. Franchise Mc D berjaya disebabkan produk yang dijual memberikan satu branding pada yang makan. 'Lifestyle' atau gaya hidup yang dijual adalah produk yang lebih kukuh untuk dipamir jualkan. Kita cepat terpengaruh dengan berbagai cerita jutawan sedangkan kalau difikirkan setiap kali ekonomi merundum, skim inilah paling cepat datang menyelinap dan mengambil duit orang tanpa disedari. Aku suka mendengar dan berbahas sampai kecewa. Dan akhirnya sila cari orang lain.
Monday, November 14, 2011
Killer Elite
Setiap filem Robert De Niro aku cuba pastikan menonton. Tetapi sedekad lalu bila dia mula buat lawak dalam filem, hati aku kurang nak menonton. Tiba2 keluar filem yang satu ini dan gandingan pelakon2 aksi yang biasa seperti Clive Owen dan Jason Statham, hati mula tertarik untuk menonton. Cerita berkisar tentang pembunuhan yang dirancang di seluruh dunia dan berdasarkan cerita benar. Jason Statham sudah mahu mengundur diri dari menjadi pembunuh upahan tetapi disebabkan mentornya Robert De Niro ditahan di Oman kerana gagal membunuh menyebabkan dia keluar dari tempat persembunyian. Mereka perlu membunuh angota tentera khas (SAS) di Britain yang diketuai oleh Clive Owen. Taktik pembunuhan yang boleh dipelajari memang nampak realismnya kerana mungkin berdasarkan cerita benar. Tetapi cerita ini tidak sehebat menonton cerita2 lain Jason Statham seperti Transpotter kerana cerita Benar kalau tiada dramatik atau tambahan maka menjadi cerita yang hambar. Aksi Robert De Niro di dalam Heat lebih dramatik dan mengejutkan kerana dalam filem ini digambarkan terlalu tua untuk membuat semua yang dilakonkan dalam filem ini. Nampak sangat Tua nya dan terlalu lembap pergerakan.
Kerja Sampai Tua
Ini memang satu masalah bagi kita orang2 Malaysia. Lepas 55 tahun, duit EPF dikeluarkan maka ia akan habis dalam masa 2 atau 3 tahun sahaja. Hidup makin panjang pulak. Pinjaman rumah sekarang sudah boleh dipanjangkan sehingga umur 70 tahun. Bagaimana hendak membayar hutang rumah kalau tidak bekerja. Maka tahap pencen telah dipersetujui ramai2 minta dinaikkan. Kalau dulu 55 tahun maka dinaikkan 58 2 atau 3 tahun lepas dan baru2 ini dipersetujui pulak dinaikkan pada 60 tahun. Pada aku setuju sangat. Pada satu ketika ketika aku bertukar bank dari Maybank ke Bank Muamalat, perubahan melihat ketuaan ini memang berbeza dimana Maybank 55 tetapi Bank Muamalat 60 tahun. Salahkan mereka nak kerja waktu2 hujung begitu? Tak salah tetapi aku terasa sangat bila bekerja dengan mak cik2 dan pak cik2, Aku berumur 35 tahun menjadi pengurus kepada seorang pak cik pegawai yang berumur 58 tahun dan seorang mak cik 50 tahun. Buat lawak mereka tak ketawa, marah mereka tak jalan, tengking buat tak tahu dan nak sembang apa pun aku tak tahu? Dan selalunya mereka sangat baik dengan aku, "Boss, hari minggu ini free tak, anak saya kawin." Dan aku selalu mengalah.
TRESPASS
Cerita yang dikitar seberapa banyak kali untuk tontonan kita. Cuma yang berganti adalah pelakon. Nicole Kidman dan Nicolas Cage tidak pernah diganding bersama disatukan dalam filem ini sebagai suami isteri. Cerita yang tidak banyak plot dan senang difahami. Yang agak baru adalah apabila mangsa mencabar penceroboh/perompak untuk mendapatkan sesuatu. Geteran yang sama boleh kita lihat dalam filem 'Ransom' lakonan Mel Gibson dulu dimana dia tidak akan membayar apa-apa walaupun anaknya berada di tangan penculik. Ini dilekatkan dihati penonton sehingga habis. Tetapi cerita Trespass tidak, setiap kali leverage itu bertukar setiap kalilah kita penonton mereka sesuatu. Nicolas Cage tidak akan membuka peti simpanan kerana dia tahu satu keluarga akan dibunuh. Bengang perompak tetapi anak mereka ditahan maka pegangan Nicolas Cage terpaksa berubah. Mereka mencari berlian dan mengikut Nicolas Cage kalau ditangan dia berlian itu adalah sesuatu yang berharga tetapi kalau ditangan perompak ia adalah sekadar batu yang bercahaya. Setiap berlian adalah berdaftar dan rompakan itu akan diketahui juga. Dan disebabkan permainan ini berlanjutan hingga ke 3 kali maka aku naik bosan kerana sudah dapat meneka pengakhiran cerita. Kalau isteri dah tidur dan tak ada apa2 nak buat, bolehlah menonton untuk senang tidur.
Thursday, November 10, 2011
Apa Aku kena Buat !!
![]() |
| Aku kerat lapan belas Mamat ni |
Sudah 2 hari, lelaki Bangladesh itu datang ke pejabat aku. Menunggu sesuatu yang tidak kunjung tiba. Yang dipesan sebenarnya akan sampai ke Bangladesh tidak lama lagi. Tetapi dengan semangat pejuang komoditi, dia lebih rela hadir di pejabat aku menunggu pesanan tiba. Sudah 2 hari juga aku melayan kerenah lelaki Bangladesh ini. Bukan aku marah tapi gangguan yang sekejap2 ini boleh membuat aku lalai melayan. Semalam aku ke pejabat Imigresen kerana membantu dia melanjutkan Visa. Dan hari ini aku mengajak dia makan tengahari saja2 untuk mengambil hati. Dia berada disini sehingga 29 November nanti. Mungkin disebabkan tiada kawan di Malaysia, dia lebih rela duduk di pejabat aku. Aku mengajak makan kerana aku mahu makan. Jam sudah menunjukkan jam 1.45 pm. Nampak ikhlas pada awalnya dan aku sentiasa tersenyum bersembang. Tiba di kereta aku yang sekitar 200 meter dari pejabat, aku tersenyum lagi. Lelaki Bangladesh itu pun tersenyum dan aku menekan penggera kereta. Lelaki Bangladesh itu laju berjalan dan menuju ke tempat penumpang dan membuka pintu. Aku sudah tersenyum bukan macam tadi terus terkelat. Dia buka pintu belakang dan tersenyum duduk menunggu aku.
Wednesday, November 9, 2011
Nak bahagian mana?
Korban adalah sunat muakad iaitu sunat yang dituntut. Dan digalakkan berkorban dengan unta, lembu, kambing dan biri2. Bagi lembu bahagian korban adalah 7 maka 7 orang boleh berkorban dengan seekor lembu. Harga satu bahagian korban sekitar RM350 - RM400. Diberitakan di satu tempat pada hari raya korban baru2 ini sebanyak 12 ekor lembu, 2 ekor kerbau dan seekor kambing dikorbankan. Banyak dan meriah. Tetapi yang tidak menyeronokkan bahagian2 tertentu pada lembu itu telah dikhaskan untuk orang yang berkorban. Daging batang pinang iaitu daging yang paling lembut dalam bahagian lembu diperuntuk kepada yang berkorban(daging itu letaknya di tengkuk bahagian atas lembu sehingga ke bontot). Setelah diasingkan barulah korban2 ini dibungkus untuk diberikan kepada orang ramai. Memilih atau menentukan bahagian untuk diberikan kepada orang ramai pasti tidak mencapai matlamat berkorban. Apa bahagian yang boleh dibeli dengan harga RM350 di pasaraya. Mungkin bukan sahaja yang paling lembut tetapi lebih banyak. Mengisafi perkara ini adalah lebih penting dan tidak memilih dalam berkorban. Berkorbanlah betul2 bukan sekadar meletak duit untuk memilih bahagian daging.
Tuesday, November 8, 2011
Korban 06/11/11 dan Majlis Aqiqah 07/11/11
06/11/2011 - Selamat Hari Raya Aidil Adha - (raya korban)
Lembu yang dinanti hanya tiba pukul 3.15 am. Adik lelaki yang seorang, setia menunggu kerana ditugaskan membeli lembu dan mengumpul dana. Lembu yang dijanjikan tiba pukul 10 malam dari Sg Buaya Rawang hanya bergerak sekitar 12 malam. Emak yang tidak cukup tidur seperti menanti sama lembu tiba. Aku juga menunggu lembu yang sama. Aqiqah untuk anak dibuat sehari selepas hari raya. Hari raya Aidil Adha sudah sampai ke Subuh. Takbir dari kaset sudah beralun dari Masjid An Nur Kg Melayu Subang. Subuh di masjid tidak ramai mungkin kebanyakan orang penat menunggu lembu macam kami. Solat Sunat hari raya akan bermula pada pukul 8.15 am.
Khutbah Hari Raya Aidil Adha berkenaan dengan pergorbanan dan tugas2 sebagai orang Islam. Khutbah disampaikan oleh Ustaz Azli bin Adnan tanpa memakai teks yang diberikan. Lembu2 yang sebanyak 10 ekor akan mula disembelih pada pukul 9.30 am. Pisau sudah diasah pada Subuh hari tadi seperti tak sabar untuk melapah lembu. Adik aku yang masih pening menunggu lembu hanya hadir sebentar melihat lembu di Masjid kerana dia mahu berehat kerana petang nanti lembu di rumah pula akan diselesaikan dengan adik beradik sahaja. Aku sudah berpesan dengan Hj Mesni untuk menyembelih lembu dirumah kami selepas waktu Zohor. Aku sudah sampai ke lembu ke-3 untuk melapah. Pinggang sudah terasa seperti berlipat. Mungkin tunduk terlalu lama.
Selesai 10 ekor lembu dikorbankan di Masjid An Nur. Agihan lembu akan bermula pada bila2 masa dan pengumuman dibuat ia akan dilakukan sebelum waktu Zohor sekitar 12.45 pm. Dan sebagai petugas aku diberi 1 kilo daging dan tulang. Setelah itu aku bergegas pulang kerana waktu Zohor akan masuk sekitar 12.58 pm. Mandi sekadar basah tetapi memastikan segala darah dan kekotoran hilang dari badan. Zohor di Masjid An Nur selesai dan juadah tengahari telah siap kerana pada malam semalam sebenarnya 2 ekor lembu telah disembelih untuk Aqiqah. Lembu yang diaqiqah ini juga menjadi makanan sepanjang hari raya ini sehingga malam sambil meraikan anak2 yatim di Masjid. Aku sempat mengambil semangkuk sup tulang dan makan tengahari itu. Sempat juga menegur Hj Mesni mengingatkan tentang aktiviti selepas Zohor sekitar pukul 2.30 nanti. Aku juga sempat mengambil sebekas perut lembu masak lemak untuk bagi keluarga aku rasa.
Kembali ke rumah mak aku di tempat lembu diikat. Beberapa orang sudah bersedia untuk menjatuhkan lembu. Adik Ipar Hanafi, Man jiran aku, Ismail sepupu dan Azuan adik Ipar. Dan yang paling ramai adalah anak2 aku dan anak2 buah membantu menonton. Aku masih dibilik menukar pakaian sambil melihat ke tingkap. Hujan renyai pun turun. Mak aku sudah memanggil nama aku dan meminta aku pastikan tukang sembelih hadir dan pastikan nama2 yang berkorban dan beraqiqah ditulis namanya dengan betul. TIBA2 seperti kegemparan berlaku di luar. Aku masih berada di rumah. Tidak terasa lansung akan kegemparan tersebut. Adik aku Zuhijjah memberitahu aku, Hanafi telah ditendang lembu. Tergolek kesakitan di depan rumah. Aku sudah bersedia untuk keluar tetapi tidak sempat membantu apa2. Hanafi sudah duduk di kerusi depan dengan mengurut2 betis dan lutut, kesakitan yang amat sangat nampaknya. Lembu sudah terbaring dan terikat, bersedia untuk disembelihkan. Urusan mesti diteruskan. Hj Mesni tiba selepas 3 minit sahaja aku menalifon. Takbir dialunkan sambil Hj Mesni meletakkan parang di leher lembu. Dan semua selesai sekitar 4.30 petang dan cantik terbahagi. Hanafi yang ditendang lembu masih sakit terbaring di dalam rumah. Dan petang itu juga Hanafi dibawa ke Klinik dan dix-ray tetapi tiada apa yang berlaku cuma mungkin bengkak sahaja.
Dan selepas waktu Isyak di masjid An Nur, makan bersama anak2 yatim berlansung dengan hidang paling ringkas tetapi sedap. Nasi, daging dendeng dan jelatah (timun, bawang dan nenas). Aku sempat bungkus daging dendeng untuk keluarga aku rasa nanti.
![]() |
| Hanafi |
Pukul 9.15 pm, isteri aku sudah mengajak aku balik ke rumah kerana pakaian anak2 sudah habis terpakai. Rumah aku dan mak hanya sejauh 15 minit perjalanan sahaja. Dan malam terus larut dengan penat dan cerita Hanafi kena tendang lembu.
07/11/2011 - Majlis Aqiqah (Nurul Ain, Najid Razzin dan Muhammad Aniq Zaheen)
Sebelum subuh Mak aku telah dikejutkan oleh jiran. Perjalanan hari yang panjang ini pasti meletihkan tetapi menyeronokkan. Nama aku dipanggil kerana bila2 masa Subuh akan masuk. Dan acara memasak bermula pada pukul 7 lagi. Bersarapan sekadar yang ada lemang, nasi impit dan rendang. Daging dendeng yang aku bawa semalam masih ada dan sangat sedap dimakan dengan lemang.
Mak sudah memberi arahan untuk menjemput orang datang rumah dan membeli limau. Laksa dan daud salad perlu ditambah.
Makanan sudah masak untuk dihidangkan. Berapa jenis? Mengikut kiraan tangan adik aku, Khairil Anwar kemungkinan 12 jenis hidangan. Aku cuba namakan satu2 - sup tulang, daging dendeng, kari daging, laksa, nasi impit, ikan masak tauchu, nasi tomato, nasi putih, bubur kacang, kek 3 jenis, pulut kuning dan ulam kerabu. Belum lagi dikira dengan karipap dan kerepek.
Majlis berjalan lancar dengan iringan berzanji dan memotong rambut anak yang diraikan. Dan majlis bergerak dari 1.30 pm selepas Zohor sehingga pukul 6.20 pm. Dan Hanafi masih sakit terbaring dirumah. Penutupan majlis hari itu sekitar 9.00 malam adalah memastikan semua peralatan masak dan pingan mangkuk habis dicuci. Aku bekerja esoknya dan keletihan mesti dibalas selepas ini.
10.30 malam sampai di rumah dan dengan keletihan dan hujan renyai2 hadir, aku terpaksa pula mendukung seorang2 anak untuk kebilik. Perjalanan 15 minit ini membuat mereka terus lena penat bermain. Termengah2 mendokong dan peluh mengalir bersama hujan malam ini. Dan tidurlah semua dengan tenang. Aku penat tak boleh tidur, menonton TV melayan cerita kelantan "Sorok Bau Budu". Dan teringat Hanafi yang sekitar 8.00 mlm tadi minta untuk ke Hospital kerana kaki bengkak itu terus sakit. Dan waktu melepasi 12 mlm dan mata terus terlelap penat. Selamat Hari Raya Aidil Adha.
(diberitahu pagi 08/11/2011, Hanafi telah ditahan di Hospital Sg Buloh kerana kaki yang ditendang lembu mungkin patah)
![]() |
| Ahli2 berzanji |
![]() |
| yang diraikan |
Sunday, November 6, 2011
V for Viagra
SMS Hari Raya Korban, Nov 6
8:48 pm
0173678600 : "U ada jual V tak?"
9.14 pm
Aku : "V tu mende?"
9.15 pm
0173678600 : "Owh tak pa. U tak tau"
9.26 pm
0173678600 : "Viagra u tau"
9.27 pm
Aku : "Oh tu. Saya panggil up up bkn V."
9.28 pm
0173678600 : "Ooo, ada ke?"
9.30 pm
0173678600 : "Ada jual ke?
9.32 pm
Aku : " Saya sudah habis jual pada superman"
9.34 pm
0173678600 : "Hahahaha u nakal la"
9.36 pm
0173678600 : "Apa benda u jual lagi?"
9.38 pm
0173678600 : "U ada jual yg geli2"
9.39 pm
0173678600 : "Saya nak teman boleh ke?"
9.48 pm
0173678600 : "Sibuk ke?"
9.54 pm
0173678600 : "Hoi tido ke?"
10.02 pm
0173678600 : "Tengah buat apa?"
10.55 pm
Aku : "Up up in the way, GILA ke?"
8:48 pm
0173678600 : "U ada jual V tak?"
9.14 pm
Aku : "V tu mende?"
9.15 pm
0173678600 : "Owh tak pa. U tak tau"
9.26 pm
0173678600 : "Viagra u tau"
9.27 pm
Aku : "Oh tu. Saya panggil up up bkn V."
9.28 pm
0173678600 : "Ooo, ada ke?"
9.30 pm
0173678600 : "Ada jual ke?
9.32 pm
Aku : " Saya sudah habis jual pada superman"
9.34 pm
0173678600 : "Hahahaha u nakal la"
9.36 pm
0173678600 : "Apa benda u jual lagi?"
9.38 pm
0173678600 : "U ada jual yg geli2"
9.39 pm
0173678600 : "Saya nak teman boleh ke?"
9.48 pm
0173678600 : "Sibuk ke?"
9.54 pm
0173678600 : "Hoi tido ke?"
10.02 pm
0173678600 : "Tengah buat apa?"
10.55 pm
Aku : "Up up in the way, GILA ke?"
Friday, November 4, 2011
Merdeka yang bagaimana?
Seksualiti Merdeka - ini adalah idea baru yang dicetuskan di Malaysia. Sudah ada yang tertanya kepada ibubapa kalau merdeka kita kibarkan bendera maka kalau seksualiti merdeka bagaimana kibarannya? Hari ini khutbah Jumaat menceritakan tentang benda yang sama. Apa yang perlu diperjuangkan oleh sesetengah2 NGO untuk mendapat perhatian orang. Kalau PETA itu terpaksa meleraikan baju untuk menunjukan mereka tidak menyokong pakaian dengan kulit binatang. Kalau hijau itu mereka akan berpakaian hijau dan tersengih2 di tengah2 bandar. Yang ini adalah paling baru di Malaysia. Kemerdekaan seksualiti mungkin pada seseorang ialah tak mahu bersunat atau boleh 'bertonjen' dengan kambing. Sesuatu yang melawan naluri manusia pasti menimbulkan kemurkaan. Lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Mungkin mereka melihat binatang sebagai pasangan yang ideal dan boleh dicabuk bila2 masa. Berhati2 bila menjawab dengan anak kerana soalan yang tidak dijawab dengan betul akan menambah soalan yang lebih kritikal.
'bertonjen' - sila rujuk kamus Orang Perak
'bertonjen' - sila rujuk kamus Orang Perak
Tuesday, November 1, 2011
01-11-2011
Ada apa dengan nombor. Nombor cantik oang suka. Tak dapat bayangkan bagaimana orang suka tengok nombor. Apa nombor kereta yang cantik dipandang? Dulu cita2 hati nak ada nombor kereta DAU5. Bila sudah ada duit, nombor yang kita mahu sudah ada empunya. Nombor 4 orang Cina tak suka, nombor 8 mereka suka. Nombor 13 rasa2 tak masuk fikiran dorang dan nombor 8 memberi keuntungan. Dan kita orang Islam juga ada nombor untuk diingati rakaat, tawaf, sae dan solat.
Subscribe to:
Posts (Atom)












