Aku kerat lapan belas Mamat ni |
Sudah 2 hari, lelaki Bangladesh itu datang ke pejabat aku. Menunggu sesuatu yang tidak kunjung tiba. Yang dipesan sebenarnya akan sampai ke Bangladesh tidak lama lagi. Tetapi dengan semangat pejuang komoditi, dia lebih rela hadir di pejabat aku menunggu pesanan tiba. Sudah 2 hari juga aku melayan kerenah lelaki Bangladesh ini. Bukan aku marah tapi gangguan yang sekejap2 ini boleh membuat aku lalai melayan. Semalam aku ke pejabat Imigresen kerana membantu dia melanjutkan Visa. Dan hari ini aku mengajak dia makan tengahari saja2 untuk mengambil hati. Dia berada disini sehingga 29 November nanti. Mungkin disebabkan tiada kawan di Malaysia, dia lebih rela duduk di pejabat aku. Aku mengajak makan kerana aku mahu makan. Jam sudah menunjukkan jam 1.45 pm. Nampak ikhlas pada awalnya dan aku sentiasa tersenyum bersembang. Tiba di kereta aku yang sekitar 200 meter dari pejabat, aku tersenyum lagi. Lelaki Bangladesh itu pun tersenyum dan aku menekan penggera kereta. Lelaki Bangladesh itu laju berjalan dan menuju ke tempat penumpang dan membuka pintu. Aku sudah tersenyum bukan macam tadi terus terkelat. Dia buka pintu belakang dan tersenyum duduk menunggu aku.
Ekekekekeke... dia dah terbiasa beb...! Mana ada orang duduk sebelah drebar bas?
ReplyDeleteHa hah haha hah. Bukan setakat tu, nak makan Thailand's food....aku bawak dia kedai mamak. Nak makan diam.
ReplyDelete