Yang selalu jengok

Wednesday, November 9, 2011

Nak bahagian mana?

Korban adalah sunat muakad iaitu sunat yang dituntut. Dan digalakkan berkorban dengan unta, lembu,  kambing dan biri2.  Bagi lembu bahagian korban adalah 7 maka 7 orang boleh berkorban dengan seekor lembu. Harga satu bahagian korban sekitar RM350 - RM400. Diberitakan di satu tempat pada hari raya korban baru2 ini sebanyak 12 ekor lembu, 2 ekor kerbau dan seekor kambing dikorbankan.  Banyak dan meriah.  Tetapi yang tidak menyeronokkan bahagian2 tertentu pada lembu itu telah dikhaskan untuk orang yang berkorban.  Daging batang pinang iaitu daging yang paling lembut dalam bahagian lembu diperuntuk kepada yang berkorban(daging itu letaknya di tengkuk bahagian atas lembu sehingga ke bontot). Setelah diasingkan barulah korban2 ini dibungkus untuk diberikan kepada orang ramai.  Memilih atau menentukan bahagian untuk diberikan kepada orang ramai pasti tidak mencapai matlamat berkorban.  Apa bahagian yang boleh dibeli dengan harga RM350 di pasaraya.  Mungkin bukan sahaja yang paling lembut tetapi lebih banyak.  Mengisafi perkara ini adalah lebih penting dan tidak memilih dalam berkorban. Berkorbanlah betul2 bukan sekadar meletak duit untuk memilih bahagian daging.

2 comments:

  1. Yang mahu diperuntukkan bahagian daging tu ialah yang tak sanggup berkorban. Yang tak dapat bahagian daging tu dengan reda tapi kepingin sangat ialah yang ikhlas berkorban. Yang kepingin sangat daging tu tapi menyumpah seranah sebab tak dapat ialah yang mengorbankan pahala korban. Wallaahu a'lam...

    ReplyDelete