Cerita yang dikitar seberapa banyak kali untuk tontonan kita. Cuma yang berganti adalah pelakon. Nicole Kidman dan Nicolas Cage tidak pernah diganding bersama disatukan dalam filem ini sebagai suami isteri. Cerita yang tidak banyak plot dan senang difahami. Yang agak baru adalah apabila mangsa mencabar penceroboh/perompak untuk mendapatkan sesuatu. Geteran yang sama boleh kita lihat dalam filem 'Ransom' lakonan Mel Gibson dulu dimana dia tidak akan membayar apa-apa walaupun anaknya berada di tangan penculik. Ini dilekatkan dihati penonton sehingga habis. Tetapi cerita Trespass tidak, setiap kali leverage itu bertukar setiap kalilah kita penonton mereka sesuatu. Nicolas Cage tidak akan membuka peti simpanan kerana dia tahu satu keluarga akan dibunuh. Bengang perompak tetapi anak mereka ditahan maka pegangan Nicolas Cage terpaksa berubah. Mereka mencari berlian dan mengikut Nicolas Cage kalau ditangan dia berlian itu adalah sesuatu yang berharga tetapi kalau ditangan perompak ia adalah sekadar batu yang bercahaya. Setiap berlian adalah berdaftar dan rompakan itu akan diketahui juga. Dan disebabkan permainan ini berlanjutan hingga ke 3 kali maka aku naik bosan kerana sudah dapat meneka pengakhiran cerita. Kalau isteri dah tidur dan tak ada apa2 nak buat, bolehlah menonton untuk senang tidur.
No comments:
Post a Comment