Ini memang satu masalah bagi kita orang2 Malaysia. Lepas 55 tahun, duit EPF dikeluarkan maka ia akan habis dalam masa 2 atau 3 tahun sahaja. Hidup makin panjang pulak. Pinjaman rumah sekarang sudah boleh dipanjangkan sehingga umur 70 tahun. Bagaimana hendak membayar hutang rumah kalau tidak bekerja. Maka tahap pencen telah dipersetujui ramai2 minta dinaikkan. Kalau dulu 55 tahun maka dinaikkan 58 2 atau 3 tahun lepas dan baru2 ini dipersetujui pulak dinaikkan pada 60 tahun. Pada aku setuju sangat. Pada satu ketika ketika aku bertukar bank dari Maybank ke Bank Muamalat, perubahan melihat ketuaan ini memang berbeza dimana Maybank 55 tetapi Bank Muamalat 60 tahun. Salahkan mereka nak kerja waktu2 hujung begitu? Tak salah tetapi aku terasa sangat bila bekerja dengan mak cik2 dan pak cik2, Aku berumur 35 tahun menjadi pengurus kepada seorang pak cik pegawai yang berumur 58 tahun dan seorang mak cik 50 tahun. Buat lawak mereka tak ketawa, marah mereka tak jalan, tengking buat tak tahu dan nak sembang apa pun aku tak tahu? Dan selalunya mereka sangat baik dengan aku, "Boss, hari minggu ini free tak, anak saya kawin." Dan aku selalu mengalah.
No comments:
Post a Comment