Yang selalu jengok

Tuesday, January 31, 2012

Kuasa Ke 3

Muhyiddin Yasin bercerita tentang kuasa ke 3 yang menentukan pola kemenangan dalam PRU ke 13 nanti.  Adnan Yaakob mengiakan kerana ikut cakap ketua dia.  Kuasa ke 3 ini akan datang dari Zaid Ibrahim dari Parti Kita (macam tak wujud je sekarang), Ibrahim Ali (Perkasa), Hasan Ali yang dibuang oleh PAS, Kuli (Amanah), Kader Sheikh Fadzil dan mungkin Pekida atau apa2 sahaja yang NGO yang berpaksi pada Kerajaan sekarang.  Cubaan untuk menidakkan suasana politik kepada konsep 2 parti sahaja yang bertanding terpaksa diceritakan berkali2 untuk memastikan bahawa orang terlupa bahawa sistem 2 parti akan berlaku bila2 masa sebelum PRU 13 nanti.  BN akan berlawan dengan PR.  Kenapa politik ini penting untuk semua orang tahu?  Banyak sebab - harga barang naik, rasuah meningkat, kuasa membeli menurun, harta dipegang oleh orang2 tertentu sahaja, tol naik, minyak mahal dan elektrik macam nak naik.  Berceritalah tentang kuasa ke 3, apabila PRU 13 datang nanti, adalah beberapa orang akan bertanding bebas untuk menunjukkan kuasa ke 3 wujud.

Lawat Terengganu Jom


Ehsan dari Berita Harian

Siapa yang tahu jawapan apa yang berlaku pada Stadium ini? Banyak orang kata Ultraman atau Dinasour.

MCA last Call

Chua Soi Lek berkempen berbeza. Dia berkali2 berkata tentang jika Pakatan Rakyat menang, maka PAS akan membuat undang2 Islam.  Tapi di belah UMNO pula berbeza, jika Pakatan Rakyat menang, maka PM mungkin datang dari orang Cina.  Chua Soi Lek kempen berbeza ini mungkin untuk menarik perhatian orang Cina.  MCA adalah parti yang sudah gagal mendengar keluh kesah orang Cina berbanding DAP.  Pelik tapi orang tak perasan.

Monday, January 30, 2012

Bagi Paket Putih

Rumah terbuka sekarang seperti satu benda kemestian untuk menunjukkan sokongan dan ini adalah satu retorik yang paling murahan.  Kalau kita mengajak orang datang mendengar kita berceramah dan selitkan RM10 dan makanan pasti orang berkata2.  Tetapi kalau membuat satu majlis keramaian dan mengajak orang makan dan beri ang pow maka kita tidak dikata2 orang.  Perkasa pun sudah membuat majlis tahun baru Cina dan memberi paket duit berwarna putih.  Kecoh MCA dengan paket putih ini kerana ia adalah simbolik pemberian bila ada yang meninggal.  Ukuran kedatangan ke majlis tahun baru Cina ini bukan ukuran bahawa Perkasa sudah diterima oleh orang Cina.  Yang menerima duit tersenyum walaupun paket tidak berwarna merah lagi.

Sunday, January 29, 2012

PIBG

Pagi2 aku sudah bersiap.  Sudah lama rasanya aku tidak bermesyuarat sepagi ini.  Pukul 8 nanti, mesyuarat PIBG akan berlansung di sekolah anak aku. Aku sudah menyusulkan satu isu dan kedatangan mesyuarat hanya untuk memastikan isu2 yang dibangkitkan dibincang dan cuba diselesaikan.  Harga barang di kantin sekolah mahal.  Keselamatan pelajar waktu balik sekolah.  Penjualan barang makanan tidak berkhasiat. Pelajar bertukar kelas tidak diberitahu kepada ibubapa.  Berapa sumbangan ibubapa untuk PIBG? Bagaimana duit PIBG digunakan dan macam2 isu.  PIBG adalah satu badan sukarela yang ditubuhkan disetiap sekolah untuk memantau kegiatan anak2 disekolah dengan bantuan ibubapa.  Mesyuarat pun bermula setelah menunggu lama ibubapa datang pukul 9.10 am.  Jangan salahkan guru mulakan lambat tetapi ibubapa.

Ada yang datang seperti baru lepas sarapan dengan suratkhabar di tangan.  Ada yang berlari kerana lambat tetapi ditangan sebatang rokok.   Ada yang hadir dengan Galaxy Tab ditangan sedang melayari FB. Aku hadir tepat pada masanya mungkin pertama kali dijemput.

Berbagai perangai ibubapa yang hadir pada hari itu.  Ada yang menyusulkan ketidakpuasan hati kerana kehadiran Ahli JawatanKuasa dahulu tidak penuh.  Ada yang mempersoalkan tentang kegunaan duit.  Suasana tegang semacam.  Pelik kerana semua ibubapa ini mempunyai anak2 yang bersekolah yang sama dan guru2 yang mengajar anak2 mereka.  Sikap bertolak ansur dan terus beringat bahawa keaktifan ibubapa dalam PIBG adalah secara sukarela.


ehsan dari Web site Sek Keb Taman Bukit Subang

Aku menjadi pendengar sahaja pada hari ini kerana aku adalah ahli baru PIBG.  Bangga kerana anak sudah bersekolah dan aku ahli PIBG. Chewah.

Wednesday, January 25, 2012

Memang Semua Dengki

Dah banyak kali cerita macam ini keluar.  Memang tak patut.  Awal2 dulu cerita tentang 15 kereta untuk bawa 74 beg keluar. Ini fitnah dan tidak dapat dibuktikan.  Apa lagi yang pembangkang hendak hebahkan.  Cerita tentang cincin berlian 24 juta juga sudah terjawab.  Harga cuma RM10 juta dan tak akan mereka tak bandingkan harga sebanyak itu untuk benda yang sekecil ibu jari.  Memang orang kampung tak akan percaya.  Cerita tidur di Dubai semalam RM100,000 juga digebang2kan.  Dorang semua tak tahu, cuma klik dalam mudah.com untuk cari homestay kat Dubai.  Tak akan nak tunjuk apartment setiap kali pergi ke luar negara. 

Beg2 mahal yang dorang bisingkan.  Tak akan dorang tak ingat suami aku hari pertama naik pangkat, Petaling Street adalah tempat pertama untuk melawat.  Kat situlah banyak jenama yang aku beli.  Birkin biasa harga RM360,000 atau USD110,000, mahal tu. Dorang memang dengki tak tentu tempat. Cuba tengok klip video dengan Mawi - bagaimana perihatin dengan masalah kebajikan.


Sekarang kecoh cerita tentang buat baju USD100,000 (RM325,000) 61 pasang, blouse dan skirt buat kat Sydney.  Tak akan orang kampung percaya - tiap kali aku melawat dorang - baju kurung je la aku pakai.  Mat Salleh mana tahu buat baju kurung. Memang aku tempah kat Mak Cik sebelah rumah kat kampung - sehelai RM40 je.  Orang kampung tak akan percaya punya. 

AKU JIMAT game

Ada permainan komputer baru diperkenalkan.  Ini adalah permainan untuk kanak2 belajar menyimpan dan berjimat untuk membeli 12 barangan yang mahal seperti beg2, cincin berlian 24 juta, rumah 5 juta dan kereta 300,000.  Ia akan melatih anak2 untuk berjimat sehingga berumur 99 tahun untuk membeli semua barangan ini.  Dan jangan terkejut kerana permainan ini seperti Angry Bird dan pelakon utama permainan ini adalah Mama Ros.  Permainan ini berharga USD0.99 dan boleh didapati didalam iPhone.  Hebat Mama Ros.
hebat rambut Mama Ros


umur 34, EPF?



Barang idaman beg, cincin, rumah dan kereta.


1Malaysia Kencing

Dah tak malu.  Habis dipancut di mana sahaja.  Mula2 aku nampak orang Cina sahaja yang berani buat kerja2 tepi jalan macam tu.  Lepas itu India dan Singh.  Perjalanan yang tersekat2 memang tak memberi peluang untuk bertahan.  Ketika di atas Lebuh raya yang sesak penuh dengan kereta, perasaan hendak kencing tidak boleh ditipu2.  Akhirnya aku melihat satu keluarga Melayu (aku pasti kerana anaknya membawa air dan seorang perempuan mungkin ibu memakai tudung) juga berhenti untuk kencing.  Bukan boleh ditahan2.  Perjalanan dari Shah Alam melalui Gutrie Highway sesak bermula Rawang hingga ke Tanjung Malim.  Perjalanan biasa sekitar 40 minit menjadi 3 jam pada hari Sabtu 21/1/12 baru2 ini.  Aku sekeluarga menyaksikan aksi kencing sekitar lebuhraya dan mengambil langkah berjaga2 seperti anak dipakaikan lampin sebelum bergerak dan pastikan mereka tidur dengan selamat.  Tidur mereka ini juga dapat mengelak dari menjawab soalan2 mereka seperti "kenapa dorang kencing tak masuk toilet" atau "Banyaknya orang kencing" atau "Dorang tak malu pun".  

Lost World of Tambun

Sekarang bercuti hanya mengikut jadual sepatutnya.  Bukan sebab tidak boleh bercuti sewenang2nya tetapi kerana anak sudah bersekolah dan mematuhi jadual anak lebih berhemah dari memenuhi nafsu sendiri.  Kali ini aku memilih untuk ke Tambun Lost World di Ipoh, Perak.  Aku memilih ke sana sebab pernah ke sana lebih kurang 15 minit berada didalam Lost World itu sekitar tahun 2008 dahulu.  Tidur 2 malam di sana dan berada di Lost World pada 22/1/2012

Sekarang ada penambahan baru di sana itu acara mendulang bijih timah.  Ini adalah satu kerja ekonomi yang menguntungkan Perak sekitar tahun 1940 an  dahulu.  Ia terletak bersebelahan dengan kawasan harimau.  menjengok2 harimau rasa2 hanya ada 2 ekor harimau yang menayang badan di sana.

'Petting Zoo' adalah kemestian untuk dilawati di sana.  Kebanyakan binatang boleh dipegang dan bermain bersama2.  Arnab, ular, ikan, kambing dan iguana.  Tupai dan ada binatang2 yang aku tak berapa kenal.

Dan yang tidak boleh ditinggal semasa di dalam Lost World adalah main air.  Ada macam2 kolam di sana.  Ada yang berombak, ada yang untuk kanak2 dan ada yang panas (spa) dan dibuat seperti jakuzi.  Aku menghabiskan masa lebih kurang 5 jam hanya di kolam bersama anak2.

Masuk ke sana untuk dewasa RM45 dan kanak2 RM38.  Semua yang masuk akan diberi gelang getah dan ini dikenakan deposit sebanyak RM10.  Untuk berbelanja di dalam sana, gelang getah itu boleh ditambah duit untuk membeli belah.  Makanan luar tidak dibenarkan kerana dipintu masuk makanan akan ditahan.

Tuesday, January 24, 2012

Margin Call

Cerita tentang masalah kewangan, saham dan kapitalis memang menjadi imput pada aku.  Melihat seperti berada dekat di hati.  Masalah menjadi igauan kepada pedagang2 kapitalis iaitu memastikan harta yang dipegang mempunyai nilai sepanjang masa yang kekal.  Apabila membeli sesuatu aset itu, kapitalis memastikan pengekal nilai yang tidak kekal dan kejatuhan harga pasti memeningkan kepala pemegang aset.  Cerita bermula apabila satu syarikat yang biasa membuat pelepasan pekerja pada beberapa ketika atau bahasa paling mudah membuang pekerja dan proses biasa ini menjadi lumrah biasa.  Cerita tentang cara membuang pekerja pernah aku tonton seperti filem 'Up in the Air'.  Salah seorang pekerja iaitu Stanley Tucci dibuang ketika menjumpai satu maklumat tentang kejatuhan harga saham bermula lebih dari 2 minggu sebelum dia dibuang.  Kerja yang separuh siap ini dihabiskan oleh seorang pekerja dan mendapat tahu bahawa kejatuhan yang besar akan berlaku bila2 masa. 

Dalam satu hari 24 jam mereka bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah ini.  Ketua atas ketua datang dan tiada siapa menidakkan carta yang dibuat.  Beberapa mesyuarat berlaku sepanjang pagi sehingga pekerja2 bawahan masuk. Kevin Spicey berlakun sebagai seorang pekerja yang lama dan taikun kapitalis Jeremy Iron memang pelakon2 yang berbakat.  Beberapa pelakon yang hebat juga ada dalam filem ini seperti Paul Bettany dan Demi Moore.  Adegan Jeremy Iron bertanya kepada Zachary Quinto tentang carta dan meminta penerangan untuk kanak2 adalah adegan paling klasik pada aku.  Ini kerana tiada orang yang boleh memberikan pemahaman paling dasar untuk orang faham tentang nilai2 kapitalis dan Jeremy Iron memberitahu 'musik itu berhenti atau tidak, tidak memberi kesan kerana dia adalah pemain musik itu'.

DRIVE

Rasa2 ini adalah filem ke 2 Ryan Gosling yang aku tonton selepas The Idea of March.  Memang seorang pelakon yang berkarektor dan menjadi impian pengarah2 filem.  Kedua2 filem memberikan impak kepada banyak anegerah filem untuk pencalonan pelakon lelaki terbaik.  Filem yang bergerak perlahan walaupun Ryan Gosling sebagai pemandu selalu membawa kereta laju.  Berlakon sebagai seorang pelakon lagak ngeri 'stuntman' dan pemandu untuk merompak dalam melarikan diri dari polis.  Berjiran dengan seorang perempuan yang mempunyai anak dan seperti ada ikatan yang tidak tertulis.  Suami perempuan itu dipenjara dan setelah keluar terpaksa membayar hutang2 lama.  Ryan Gosling sebagai 'driver' membantu walaupun tidak mengetahui bahawa semua perancangan diatur untuk membunuh semua.  Cerita yang boleh ditonton tetapi perlu berfikir sepanjang masa.

Thursday, January 19, 2012

Cerita Kudin

Kudin bukan calang2 orang kampung.  Setiap kali kami balik ke kampung di Batu 8, Tanjung Tualang, Kudin pasti dicari.  Kudin akan bercerita tentang bermacam2 cerita.  Sekitar tahun 70an dulu, TV memang tidak ada dikampung Batu 8.  Mungkin ada tapi sebagai kanak2 cerita tentang TV tidak pernah didengar di kampung itu.  Apa cerita Kudin paling popular?  Dengan membuat sendiri keris dari pokok jambu, cerita Hang Tuah menjadi pilihan.  Kami adik beradik pasti ternganga dengar cerita yang satu ini.  Bagaimana Hang Tuah mendapat Taming Sari menjadi pilihan cerita yang eksotik.  Kudin akan melompat. Kudin akan menendang dan Kudin akan membaca serapah jampi.  Tiada tepuk tangan akan diberi tetapi cuma permintaan kami diajar silat seperti Kudin juga.  Kudin akan terus bercerita.  Dan menjadi pelik kami, Kudin yang tidak mendapat maklumat TV dimana2 boleh bercerita tentang Hang Tuah seolah2 Hang Tuah itu saudara mara dia.  Kudin akan bercerita sehingga Hang Tuah hilang di Gunung Ledang tanpa ditemui.  Kami adik beradik menarik lelah nafas ketika cerita itu sampai ke penghujung sambil meminta keris Kudin di tangan.  Keris itu akan bermain2 di sekitar adik beradik kami sambil bersilat menunjuk kuat.  Dan cerita Kudin akan bersambung lagi kesokan hari untuk kami ketika kami di kampung. 
Kudin yang memegang pisau kayu - itulah taming sari kami

Hari ini Kudin yang bercerita ini masih di kampung yang sama.  Dengar cerita Kudin ini menjadi penoreh getah yang berjaya.  Cerita2 Hang Tuah yang dikutip dari Kudin masih tergiang-giang di kepala.  Mitos atau mistik rekaan siapa hingga sampai ke telinga Kudin dan disampaikan pada kami adik beradik.  Bersilat dan bergaduh kami adik beradik sehingga balik ke bandar.