Dah tak malu. Habis dipancut di mana sahaja. Mula2 aku nampak orang Cina sahaja yang berani buat kerja2 tepi jalan macam tu. Lepas itu India dan Singh. Perjalanan yang tersekat2 memang tak memberi peluang untuk bertahan. Ketika di atas Lebuh raya yang sesak penuh dengan kereta, perasaan hendak kencing tidak boleh ditipu2. Akhirnya aku melihat satu keluarga Melayu (aku pasti kerana anaknya membawa air dan seorang perempuan mungkin ibu memakai tudung) juga berhenti untuk kencing. Bukan boleh ditahan2. Perjalanan dari Shah Alam melalui Gutrie Highway sesak bermula Rawang hingga ke Tanjung Malim. Perjalanan biasa sekitar 40 minit menjadi 3 jam pada hari Sabtu 21/1/12 baru2 ini. Aku sekeluarga menyaksikan aksi kencing sekitar lebuhraya dan mengambil langkah berjaga2 seperti anak dipakaikan lampin sebelum bergerak dan pastikan mereka tidur dengan selamat. Tidur mereka ini juga dapat mengelak dari menjawab soalan2 mereka seperti "kenapa dorang kencing tak masuk toilet" atau "Banyaknya orang kencing" atau "Dorang tak malu pun".
No comments:
Post a Comment