Pagi2 aku sudah bersiap. Sudah lama rasanya aku tidak bermesyuarat sepagi ini. Pukul 8 nanti, mesyuarat PIBG akan berlansung di sekolah anak aku. Aku sudah menyusulkan satu isu dan kedatangan mesyuarat hanya untuk memastikan isu2 yang dibangkitkan dibincang dan cuba diselesaikan. Harga barang di kantin sekolah mahal. Keselamatan pelajar waktu balik sekolah. Penjualan barang makanan tidak berkhasiat. Pelajar bertukar kelas tidak diberitahu kepada ibubapa. Berapa sumbangan ibubapa untuk PIBG? Bagaimana duit PIBG digunakan dan macam2 isu. PIBG adalah satu badan sukarela yang ditubuhkan disetiap sekolah untuk memantau kegiatan anak2 disekolah dengan bantuan ibubapa. Mesyuarat pun bermula setelah menunggu lama ibubapa datang pukul 9.10 am. Jangan salahkan guru mulakan lambat tetapi ibubapa.
Ada yang datang seperti baru lepas sarapan dengan suratkhabar di tangan. Ada yang berlari kerana lambat tetapi ditangan sebatang rokok. Ada yang hadir dengan Galaxy Tab ditangan sedang melayari FB. Aku hadir tepat pada masanya mungkin pertama kali dijemput.
Berbagai perangai ibubapa yang hadir pada hari itu. Ada yang menyusulkan ketidakpuasan hati kerana kehadiran Ahli JawatanKuasa dahulu tidak penuh. Ada yang mempersoalkan tentang kegunaan duit. Suasana tegang semacam. Pelik kerana semua ibubapa ini mempunyai anak2 yang bersekolah yang sama dan guru2 yang mengajar anak2 mereka. Sikap bertolak ansur dan terus beringat bahawa keaktifan ibubapa dalam PIBG adalah secara sukarela.
ehsan dari Web site Sek Keb Taman Bukit Subang |
Aku menjadi pendengar sahaja pada hari ini kerana aku adalah ahli baru PIBG. Bangga kerana anak sudah bersekolah dan aku ahli PIBG. Chewah.
No comments:
Post a Comment