Kudin bukan calang2 orang kampung. Setiap kali kami balik ke kampung di Batu 8, Tanjung Tualang, Kudin pasti dicari. Kudin akan bercerita tentang bermacam2 cerita. Sekitar tahun 70an dulu, TV memang tidak ada dikampung Batu 8. Mungkin ada tapi sebagai kanak2 cerita tentang TV tidak pernah didengar di kampung itu. Apa cerita Kudin paling popular? Dengan membuat sendiri keris dari pokok jambu, cerita Hang Tuah menjadi pilihan. Kami adik beradik pasti ternganga dengar cerita yang satu ini. Bagaimana Hang Tuah mendapat Taming Sari menjadi pilihan cerita yang eksotik. Kudin akan melompat. Kudin akan menendang dan Kudin akan membaca serapah jampi. Tiada tepuk tangan akan diberi tetapi cuma permintaan kami diajar silat seperti Kudin juga. Kudin akan terus bercerita. Dan menjadi pelik kami, Kudin yang tidak mendapat maklumat TV dimana2 boleh bercerita tentang Hang Tuah seolah2 Hang Tuah itu saudara mara dia. Kudin akan bercerita sehingga Hang Tuah hilang di Gunung Ledang tanpa ditemui. Kami adik beradik menarik lelah nafas ketika cerita itu sampai ke penghujung sambil meminta keris Kudin di tangan. Keris itu akan bermain2 di sekitar adik beradik kami sambil bersilat menunjuk kuat. Dan cerita Kudin akan bersambung lagi kesokan hari untuk kami ketika kami di kampung.
Kudin yang memegang pisau kayu - itulah taming sari kami |
Hari ini Kudin yang bercerita ini masih di kampung yang sama. Dengar cerita Kudin ini menjadi penoreh getah yang berjaya. Cerita2 Hang Tuah yang dikutip dari Kudin masih tergiang-giang di kepala. Mitos atau mistik rekaan siapa hingga sampai ke telinga Kudin dan disampaikan pada kami adik beradik. Bersilat dan bergaduh kami adik beradik sehingga balik ke bandar.
No comments:
Post a Comment