Cerita tentang masalah kewangan, saham dan kapitalis memang menjadi imput pada aku. Melihat seperti berada dekat di hati. Masalah menjadi igauan kepada pedagang2 kapitalis iaitu memastikan harta yang dipegang mempunyai nilai sepanjang masa yang kekal. Apabila membeli sesuatu aset itu, kapitalis memastikan pengekal nilai yang tidak kekal dan kejatuhan harga pasti memeningkan kepala pemegang aset. Cerita bermula apabila satu syarikat yang biasa membuat pelepasan pekerja pada beberapa ketika atau bahasa paling mudah membuang pekerja dan proses biasa ini menjadi lumrah biasa. Cerita tentang cara membuang pekerja pernah aku tonton seperti filem 'Up in the Air'. Salah seorang pekerja iaitu Stanley Tucci dibuang ketika menjumpai satu maklumat tentang kejatuhan harga saham bermula lebih dari 2 minggu sebelum dia dibuang. Kerja yang separuh siap ini dihabiskan oleh seorang pekerja dan mendapat tahu bahawa kejatuhan yang besar akan berlaku bila2 masa.
Dalam satu hari 24 jam mereka bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah ini. Ketua atas ketua datang dan tiada siapa menidakkan carta yang dibuat. Beberapa mesyuarat berlaku sepanjang pagi sehingga pekerja2 bawahan masuk. Kevin Spicey berlakun sebagai seorang pekerja yang lama dan taikun kapitalis Jeremy Iron memang pelakon2 yang berbakat. Beberapa pelakon yang hebat juga ada dalam filem ini seperti Paul Bettany dan Demi Moore. Adegan Jeremy Iron bertanya kepada Zachary Quinto tentang carta dan meminta penerangan untuk kanak2 adalah adegan paling klasik pada aku. Ini kerana tiada orang yang boleh memberikan pemahaman paling dasar untuk orang faham tentang nilai2 kapitalis dan Jeremy Iron memberitahu 'musik itu berhenti atau tidak, tidak memberi kesan kerana dia adalah pemain musik itu'.
No comments:
Post a Comment