Rumah terbuka sekarang seperti satu benda kemestian untuk menunjukkan sokongan dan ini adalah satu retorik yang paling murahan. Kalau kita mengajak orang datang mendengar kita berceramah dan selitkan RM10 dan makanan pasti orang berkata2. Tetapi kalau membuat satu majlis keramaian dan mengajak orang makan dan beri ang pow maka kita tidak dikata2 orang. Perkasa pun sudah membuat majlis tahun baru Cina dan memberi paket duit berwarna putih. Kecoh MCA dengan paket putih ini kerana ia adalah simbolik pemberian bila ada yang meninggal. Ukuran kedatangan ke majlis tahun baru Cina ini bukan ukuran bahawa Perkasa sudah diterima oleh orang Cina. Yang menerima duit tersenyum walaupun paket tidak berwarna merah lagi.
No comments:
Post a Comment