Sekarang bercuti hanya mengikut jadual sepatutnya. Bukan sebab tidak boleh bercuti sewenang2nya tetapi kerana anak sudah bersekolah dan mematuhi jadual anak lebih berhemah dari memenuhi nafsu sendiri. Kali ini aku memilih untuk ke Tambun Lost World di Ipoh, Perak. Aku memilih ke sana sebab pernah ke sana lebih kurang 15 minit berada didalam Lost World itu sekitar tahun 2008 dahulu. Tidur 2 malam di sana dan berada di Lost World pada 22/1/2012
Sekarang ada penambahan baru di sana itu acara mendulang bijih timah. Ini adalah satu kerja ekonomi yang menguntungkan Perak sekitar tahun 1940 an dahulu. Ia terletak bersebelahan dengan kawasan harimau. menjengok2 harimau rasa2 hanya ada 2 ekor harimau yang menayang badan di sana.
'Petting Zoo' adalah kemestian untuk dilawati di sana. Kebanyakan binatang boleh dipegang dan bermain bersama2. Arnab, ular, ikan, kambing dan iguana. Tupai dan ada binatang2 yang aku tak berapa kenal.
Dan yang tidak boleh ditinggal semasa di dalam Lost World adalah main air. Ada macam2 kolam di sana. Ada yang berombak, ada yang untuk kanak2 dan ada yang panas (spa) dan dibuat seperti jakuzi. Aku menghabiskan masa lebih kurang 5 jam hanya di kolam bersama anak2.
Masuk ke sana untuk dewasa RM45 dan kanak2 RM38. Semua yang masuk akan diberi gelang getah dan ini dikenakan deposit sebanyak RM10. Untuk berbelanja di dalam sana, gelang getah itu boleh ditambah duit untuk membeli belah. Makanan luar tidak dibenarkan kerana dipintu masuk makanan akan ditahan.
No comments:
Post a Comment