Tragedi Lahad Datu tentang pencerobohan tentera Sultan Sulu Kiram III, akan dibuat video untuk tatapan pelajar2 semasa program LPPKN. Sesuai atau tidak ini adalah satu cadangan. Ketika ini penceroboh2 masih dicari dan dilapurkan sudah melebihi 60 orang penceroboh sudah dihapuskan. Idea untuk menayang video ini ketika program LPPKN nanti adalah untuk meningkatkan semangat patriotik kepada negara. Penduduk Malaysia sekarang ini sebenarnya hanya mendapat maklumat dari satu pihak sahaja itupun melalui sidang akhbar seperti artis menjawab soalan. Ini sebenarnya tidak mencukupi kerana penduduk Malaysia yang suka ambil tahu tentang negara nampak lebih patriotik kalau mahu tahu yang sebenarnya. Wartawan tidak dibenarkan terlibat dalam Ops Daulat ini mungkin kerana bahaya tetapi sejarah mesti dirakam dan menjadi sesuatu untuk dibincang di masa akan datang. Hatta perang2 yang besar seperti pembunuhan Osama Bin Laden, penangkapan Saddam Hussein atau rusuhan di Dataran Tahrir dibuat video untuk menjawab persoalan rakyat. Beruntung kepada pelajar LPPKN kerana dapat melihat video dan mungkin bersemangat selepas itu.
Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Wednesday, March 13, 2013
Tuesday, March 5, 2013
Flight
Denzel Washington selalu berlakun dalam filem2 yang aku suka. Tahun lepas dia menjadi ejen dalam filem 'Safe House', sebelum itu cerita 'The book of Eli', American Gangster dan macam2. Dia pernah menang Anugerah Award sebagai pelakon lelaki terbaik dalam filem 'Training Day'. Filem ini diarahkan oleh Robert Zemeckis yang membawa filem terbaik Akademi iaitu 'Forrest Gump'. Kali ini Denzel berlakon sebagai Pilot yang membawa 102 penumpang dalam perjalanan 45 minit. Kapal terbang yang dibawa dalam keadaan cuaca hujan lebat dan perkakas mesin tidak berfungsi menyebabkan kapal terbang akan terhempas. Dengan kecekapan yang ada sebagai seorang pilot senior dan mungkin ini kali pertama aku lihat kapal terbang diterbangkan secara terbalik untuk menimbulkan keseimbangan. Pendaratan yang kelam kabut tetapi agak dramatik. 4 orang penumpang dan 2 orang krew telah terbunuh dalam kejadian itu. Dia diikhtiraf sebagai hero tetapi siasatan dibuat menunjukkan beliau seorang pemabuk dan penagih heroin dadah. 15/20 minit terawal filem adalah penting untuk menilai kecekapan pilot Denzel Washington ini. Berlakon seiras pilot dan terma2 yang digunakan adalah tepat yang digunakan oleh pilot2 yang sebenar. Filem yang terlalu drama untuk orang2 mencari aksi di dalam filem.
Golf Terma
Tengok orang main golf, kita rasa macam kena main golf. Duduk di kerusi pengurus Bank memerlukan kita main bola kecil ini selalu. Kononnya untuk mendapat networking atau kawan2 dalam perniagaan juga. Aku juga terlibat sama bermain bola kecil keras ini. Kepala memikirkan bahawa betapa susahnya hendak mendukung beg golf yang dipanggil 'club' yang mungkin berat. Berapa banyak kayu golf boleh dibawa dalam beg itu juga menimbulkan pertanyaan. 14 adalah yang dibenarkan untuk satu 'club'. Tapi sebagai permulaan aku membawa hanya 8 batang kayu golf sahaja kerana guru golf aku hanya ajar 3 batang golf sahaja sebelum aku turun ke padang sepenuhnya. Kayu golf yang berkepala paling besar - 'driver' paling penting untuk permulaan pukul, kayu 3 atau 'wood 3' dan iron 7 untuk jarak sederhana. Putter atau kayu golf yang digunakan untuk pukulan terakhir sebelum masuk lubang di kawasan hijau atau 'green'. Lain2 kayu hanya untuk memberatkan 'club' sahaja kerana malu kalau orang tanya mana yang lain.
Padang golf yang pertama aku cuba adalah di luar negara. Bandung di Mountain View Golf Club. Kelab yang seperti di Cameron Highland, sejuk dan nyaman. Apa yang seronok di sana adalah yang tukang mengutip bola atau membersihkan bola sebelum memasukkan ke dalam lubang golf adalah perempuan2 muda = 'caddy'. Kalau di Malaysia, pemain2 golf tidak mengambil seorang caddy untuk diri sendiri. Kadang2 1 caddy untuk satu group atau 'flight' yang bermain sebanyak 4 orang. Satu padang penuh golf adalah sebanyak 18 lubang. Setiap lubang perlu dimasukkan bola dan jarak permulaan setiap lubang bermula dipanggil tempat 'T-OFF' kerana satu benda plastik atau kayu berbentuk T dicacak ke tanah dan bola golf diletak diatas kayu itu. Jarak selalu dipanggil par 3, par 4 atau par 5. Ini bermaksud di par 3, jika bola itu masuk dengan 3 kali pukulan maka orang itu mendapat Par. Jika bola itu dimasukkan dengan 2 pukulan sahaja maka dia mendapat 'Birdie' dan jika hanya satu pukulan, maka ia dipanggil 'hole in one'.
![]() |
| Ini caddy2 di Bogor Raya, Indonesia |
Aku pun bermain golf di Mountain View, Bandung pada 2006. Ketika itu sejuk lain macam dan ketika bola dipukul jauh, bola akan terhentak masuk ke dalam tanah sebab tanah lembut. Ini adalah masalah biasa pada pemain2 golf dan caddy memang diperlukan untuk memerhatikan ke mana bola akan pergi dan mereka akan berlari2 manja mencari bola dan kita berjalan lenggang lengguk tanpa perlu berfikir. Apa yang bagus bermain golf ini bagi aku adalah hubungan. Kalau sebelum bermain itu seorang Tan Sri maka didalam permainan golf ini Tan Sri itu akan hilang, dan kita hanya boleh pakai nama atau panggil dia 'bro' sahaja.
Sunday, March 3, 2013
Salih Yaakob dan Peminat
Salih Yaakob berpidato di satu majlis memohon pendapat rakyatt untuk menghadapi Pilihan Raya Umum. Berlakon bersama Nabil sebagai pencatat kehendak2 rakyat. Video ini dimuatkan dalam Youtube dalam ceritera Bangkang dari Longkang. Dalam video ini dilihat rakyat nampak terlalu naif. Ini adalah babak2 dimuatkan untuk mengutuk Pakatan Rakyat dan dijadikan bahan lawak ketika hangat PRU ke 13 hendak tiba. Tiba2 diceritakan oleh Salih Yaakob pada Jumaat lepas di Sinar Harian dia memohon maaf dengan lakonan ini kerana peminat2 beliau marah dengan watak2 yang memperbodohkan rakyat dan mempersenda pembangkang. Aku melihat ini sebagai satu titik tolak kepada artis untuk membuat keputusan kerana Salih Yaakob menarik balik lakonan tersebut walaupun telah disiarkan maka pembangkang kena di lihat sebagai kuat sekarang. Ini boleh menakutkan Barisan Nasional. UMNO yang diberitakan penyokong lebih 3.3 juta kena ambik inisiatif untuk memujuk Salih Yaakob kerana dengan setiap penyokong UMNO memberi sokongan kepada Salih Yaakob mungkin beliau tidak mohon maaf ke atas lakonan yang dibuat itu. Salih Yaakob bukan calang2 orang, beliau setiap pagi ada di Sinar FM melakon berbagai watak dalam radio ini, kahwin 4 dan diberitakan mempunyai anak yang ramai. Sesiapa sahaja yang merancang filem pendek Bangkang dari Longkang kena bagi imbuhan yang banyak kepada pelakon2 mereka kerana mungkin mereka akan diboikot oleh peminat. BN kena fikir kenapa peminat artis juga peminat politik menjadi sama. UMNO yang banyak ahli bersama dengan BN bukan lagi arus perdana kepada artis2. Jika buat keputusan untuk menjadi ahli UMNO - jadi senyap2 atau duduk diam2 dan buat kerja senyap2 seperti Mamat Kalid, Afdlin Shauki dan AC Mizal. Jadi IKON tapi buat kenyataan yang boleh menggugat lari peminat sendiri.
Thursday, February 14, 2013
Kon depan Maybank Sek. 14, Shah Alam
Perjalanan hari2 aku lebih kurang sama. Bangkit pagi, siapkan anak2, hantar anak ke sekolah dan hantar isteri ke tempat kerja. Selesai ini aku pula akan ke tempat kerja. Tetapi hari2 yang sama juga aku nampak benda tidak berapa pandai berlaku depan mata. Ini memang menyakitkan hati dan kadang2 aku rasa nak maki sahaja.
Sekitar lampu merah di Seksyen 14 Shah Alam, depan Maybank memandang ke arah MBSA akan di bubuh kon2 untuk mengelakkan orang memakir kereta. Dan perbuatan ini dilakukan hampir setiap hari tanpa memikirkan bahawa jalan yang di buat adalah untuk membenarkan jalan bukan untuk disekat2. Pekerja2 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan datang seawal 8.30 am dan membawa kon2 untuk menyekat jalan yang paling kiri kemungkinan untuk mengelakkan orang memakir kereta di situ walaupun tanda tidak boleh memakir telah lama dipasang.
Jalan di situ sebenarnya ada 3 saliran. Yang kiri ditutup maka tinggal 2 jalan. Arah yang datang untuk ke Maybank itu adalah dari Hotel Bluewave, dari masjid Shah Alam dan dari stesyen bas di belakang Maybank. Apabila jalan di kiri sekali ditutup maka perjalanan kereta dari stesyen bas akan tersekat2. Maka MBSA secara ramainya berfikir iaitu jalan terbaik (dari ladang lah ni) adalah menutup jalan itu supaya tiada kereta yang memakir menyekat perjalanan.
Dan aku yang hari2 lalu disitu untuk menghantar isteri ke kerja akan melihat benda2 yang diulang sebagai tidak pandai. Kerja yang MBSA buat itu iaitu meletak kon dan mengemas kon pada petangnya adalah kerja tidak pandai. Kalau mereka terus berfikir secara (dari ladang lagi) penuhkan jalan kiri itu dengan pasu2 bunga atau tutup terus jalan yang paling kiri.
Aku bukan marah kalau orang tidak pandai tetapi kalau ramai2 tidak pandai memang menyusahkan orang ramai. Mereka mungkin letih untuk menyaman kenderaan yang diletak disitu atau idea datang dari orang atasan yang tidak boleh disanggah. Cuba berfikir sejenak, jalan ini dibina untuk menyenangkan perjalanan bukan satu hari kita terfikir untuk menyekatnya pula.
Monday, February 4, 2013
Taken 2
Aku mengikuti cerita Liam Neeson ini bermula dengan penculikan anak gadis dalam filem Taken. Cerita senambung kedua ini juga tentang orang2 yang dibunuh oleh Liam Neeson dalam Taken yang dahulu. Kali ini pula Liam Neeson dan isteri pula ditangkap mereka. Dia mengunakan taktik yang sama menalifon anak perempuan untuk membantu menyelamatkan mereka. Ini adalah lawak bagi kebanyakan pengkritik2 filem kerana mungkin akan datang, satu keluarga pula diculik dan Liam Neeson akan menalifon kucing mereka untuk menyelamatkan mereka. Taken 2 tidak semeriah siri yang pertama, dimana penonton2 masih baru melihat2 kecanggihan Liam Neeson menyusuri anak perempuannya. Cerita ini bagi aku gagal disebabkan perkara tersebut.The Impossible
Peristiwa Tsunami 2004 masih menjadi cerita sejarah paling trajis untuk diceritakan. Indonesia mengeluarkan cerita drama tentang Tsunami dalam bentuk drama dan aku ikut teringat cerita tahun 2004. Kali ini cerita tsunami benar berlaku yang diambil dari peristiwa keluarga Sepanyol yang bercuti di Phuket - kampung Kualat tepi pantai. Gambar2 yang diambil adalah apa yang benar2 berlaku di Thailand 9 tahun dahulu. Efek yang dibuat boleh menyebabkan kita kembali ingat peristiwa Tsunami dahulu. Ketua keluarga Ewan Mcgregor dan isteri Naomi Watt bersama 3 orang anak lelaki. Keluarga itu berpisah menjadi 3 kumpulan. Si isteri dengan anak lelaki paling tua, si suami yang tidak pernah putus asa untuk mencari dan 2 orang anak kecil yang diasingkan. Mereka bertemu dan berkumpul semula setelah sedih rana putus asa dan nampak kematian telah hampir. Kredit untuk pelakon kanak2 yang bersama Naomi Watt kerana lakonan yang menjiwa watak sehingga kita rasa benar2 dia yang menghadapi peristiwa ini.
Monday, January 28, 2013
Perdana Menteri
Sekitar tahun 2002 dahulu, aku pernah mendatangi satu kursus yang dipanggi NLP atau Neuro Linguastic Programme. Kursus ini diberitahu tentang cara2 membaca gerak geri orang, mencari pembohongan dan mempamerkan kehebatan. Selepas kursus diberitahu bahawa keyakinan diri akan meningkat tinggi, lebih bersemangat tak tentu hala dan mengenal diri sendiri dan orang lain. Dalam separuh perjalanan kursus, moderator yang bukan hebat sangat tetapi itulah sebab dipanggil moderator kerana menguruskan perjalanan kursus NLP ini memohon jawapan dari peserta2, Apa cita2 awak? Soalan yang biasa pada budak2 sekolah tetapi ketika itu aku berumur 32 tahun. Aku memberitahu bahawa aku ingin menjadi Perdana Menteri (PM) sebelum umur aku 40 tahun. Ini cerita betul dan ketika itu Che Det berkuasa sebagai PM sebelum memberi peluang kepada Pak Lah menyambung cerita. Kesemua peserta2 NLP ketawa dan moderator memberitahu apa yang kita hajati itu mestilah logik boleh dicapai, boleh dikira dan ditentukan masa dan tarikh akhirnya. Akhirnya cita2 aku itu terkubur sebelum akhir kursus lagi. Sebab apa aku bercerita ini kerana ketika Pak Lah naik tahta PM, menantu beliau yang berumur 33 tahun bersurah benda yang sama iaitu ingin menjadi PM sebelum umur 40 tahun dan ini disiarkan secara meluas di media2 semasa pada masa itu. Kalau tak ingat cuba rujuk nama Khairi Jamaluddin di google pasti cerita itu masih ada. Salahkan untuk bermimpi menjadi PM. Kalau kanak2 bercakap begitu nampak manis dan semua menyokong, tetapi kalau yang baya aku ini bersurah - nampak tak logik. Kenapa!
PRU 13
Pembangkang seperti siap siaga untuk bertempur di medan PRU 13. Bukan senang melawan sesuatu yang tidak terang seperti di Malaysia ini. Tarikh yang tidak ketahuan. Rakyat kebingungan nanti bila mengundi - nak mengambil cuti dan tidak boleh merancang kerana hanya seorang yang tahu iaitu Perdana Menteri. Ini bagi aku bukan kehebatan Malaysia tetapi kelemahan yang nampak sangat. Muhyiddin Yasin menyatakan ini adalah kehebatan politik Malaysia. Aku keliru betul dengan dia ini. Kalau masa Che Det dulu pasti dia bersurah tentang ilham yang dinantikan. Masa Pak Lah pula dia pasti akan bertanya kembali pada wartawan dan memberitahu bahawa 'Awak lebih tahu'. Dan PRU 13 ini kali pertama bagi Najib untuk meniup nafiri perang PRU. Kalau anak jantan pasti dia memberitahu secara terbuka dan memberi peluang kepada semua rakyat merancang hari mengundi untuk cuti meraikan. Mengikut rekod PRU secara purata tidak pernah kehadiran orang mengundi lebih dari 75% seluruh Malaysia kecuali tertinggi di Terengganu pada tahun 2004. Pengalihan kuasa dari PAS kepada UMNO. Ada kawasan2 di Terengganu, % keluar mengundi melebihi 90% dan ini adalah rekod. Jangan tuduh ada hantu yang undi kerana ini adalah rekod SPR yang paling mengkagumkan untuk dijadikan sejarah. Kalau dikira itu, kemungkinan Terengganu boleh dikategorikan bahawa semua orang suka politik dan tidak ada yang berdiri tengah atau atas pagar.
Aku sangat cuak dengan cerita di RCI yang diberitahu bahawa pendatang2 asing diberi IC hanya untuk mengundi Barisan Nasional di Sabah pada tahun 1995. Di tanya pada Che Det maka jawapan versi dia adalah dulu Tunku Abdul Rahman lagi banyak bagi IC pada pendatang. Nampak bijak jawapan bagi yang menyokong beliau tetapi kita kena bijak melihat kerana pada masa dulu Tunku memberi IC untuk membina negara tetapi Che Det bagi IC untuk menang politik. Nampak bezanya jawapan. Kalau dimetaforakan seperti saya rasuah tapi dia rasuah lagi tinggi. Nampak samanya jawapan kan!
Bagi aku pembangkang kali ini bukan seperti tahun 1999 dahulu. Kali ini lebih bijak dengan wakil2 yang diberitahu awal untuk menghadapi PRU 13. Ditonjolkan walau belum menang di sesuatu kawasan. Najib memberitahu tentang 'winnable candidate' atau calon yang boleh nampak menang sahaja akan diberi peluang kali ini. Tetapi sehingga hari ini, calon2 ini tidak diberitahu kerana untuk memberikan kejutan atau tidak memberi masa pada rakyat untuk menilai. Sama cerita dengan tarikh PRU kan!
Najib kena jadi Imam
Ada orang tak suka langsung bila berbincang tentang politik. Mereka lebih suka hiburan kalau begitu. Mereka adalah generasi senyap yang selalu dikatakan penentu Pilihanraya Umum sebelum-sebelum ini. Betul atau tidak - tak pasti. Banyak yang Najib sudah buat. BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia) RM500 setiap keluarga yang pendapatan bulan keluarga kurang dari RM3,000. KRIM (Kedai Rakyat 1Malaysia) - kedai yang memberi barangan murah dari biasa. Bantuan RM100 untuk setiap budak2 bersekolah. RM250 subsidi untuk belian telefon pintar. Keluaran kedua BRIM pun diumumkan. Kenapa kita melihat benda2 ini bukan politik. Ini memang politik. Buktinya....
Politik sekarang bermaksud memilih sesuka hati. Kalau seronok cerita dan pilih dan kalau tak seronok jangan pilih. Dan bukan sahaja Najib cuba membuat berbagai, pembangkang juga boleh berjanji berbagai. Kerajaan sekarang adalah pilihan rakyat pada tahun 2008 dahulu. Mandat yang tidak sampai 2/3 adalah bagus untuk memberi peluang rakyat mendapat segala BRIM, KRIM atau bantuan berbagai.
Apa yang perlu Najib buat sekarang adalah apa yang dibuat oleh Badawi dahulu. Bukan tidur di setiap majlis tetapi menjadi imam setiap solat. Ini lansung tidak digebangkan oleh media2 atau memang tiada. Tiada Perdana Menteri yang sebelum ini pernah menjadi imam solat kecuali Badawi. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bukan sahaja boleh menjadi imam tetapi diketahui ramai menjadi khatib membaca khutbah solat Jumaat.
Kalau buat sekarang, pasti ia nampak terlalu politik. Generasi senyap tidak memperdulikan semua itu. Bagi mereka ekonomi mereka tidak bergoyang maka politik tidak penting.
Tuesday, January 22, 2013
Dalam Radar bersama YB Shukur Kuang
Semalam di Bernama Radio dalam siri 'Dalam radar' bersama YB Abdul Shukur Idrus - pembangkang di Dun Selangor selepas PRU 12. Beliau bermula dengan yakin memberitahu bahawa kebangkitan BN akan berlaku di Selangor dan dia mengiakan bahawa dimana2 dia pergi rakyat kebanyakan memberitahu bahawa "Kita kena tukar YB - kerajaan Selangor sekarang perlu ditukar". Aku seronok bila dia bermula madah dengan keyakianan yang bersandarkan keseronokan dikelilingi penyokong. Tidakkah dia tahu bahawa dalam dunia sekarang, rakyat bertanya dan lagi di Selangor dimana bijak pandai berkumpul. Suasana menjadi penguasaan penuh pada YB ini pada mulanya kerana dia bercakap seolah2 dia mengetahui orang tidak akan bertanya itu ini. Dia menyatakan bahawa manisfesto Pakatan Rakyat pada tahun 2008 mengelabui mata rakyat dan rakyat tertipu untuk memilih pembangkang menjadi Kerajaan di Selangor. Dia nampak seronok menceritakan bahawa rakyat tertipu dan BN kembali menunjukkan apa yang betul sekarang. Apabila menerima 2 atau 3 panggilan yang agak kasar sehinggakan salah seorang pendengar berkata minta YB yang selalu mendengar keluh kesah rakyat menulis setiap soalan kerana YB yang seorang ini boleh lupa soalan dari rakyat marhaen. Salah seorang pendengar menalifon dan memberitahu bahawa YB tidak boleh menidakkan tahap pemikiran rakyat sekarang dengan mengatakan Pakatan Rakyat berjanji dan rakyat tertipu. Berduyun2 talifon yang masuk dan berbunyi seperti rakyat bijak dan nampak YB ini sombong tak tentu hala. UMNO kena menilai diri dan tidak berbunyi terlalu sombong sekarang kerana mereka berada di atas disebabkan rakyat yang pilih. Mereka kena tunduk dan bekerja lebih keras untuk menambat hari rakyat bukan menyalahkan rakyat dalam PRU.
Thursday, January 17, 2013
Tak Boleh Masak
Turun2 di Lapangan Terbang India di New Delhi. Aku mencari2 teksi di sekitar tempat pakir yang luas. Ada tanda2 yang menjadi ingatan aku sehingga sekarang. Salah satu tanda iaitu "No Cooking". Aku tersenyum kerana ia diletakkan bersama "No Trespassing". Kenapa tanda begitu diletakkan dikawasan pakir Lapangan Terbang Delhi menjadi persoalan. Melihat2 kawasan yang luas begitu aku melihat beberapa orang memasang khemah sekitar tempat berumput. Aku diberitahu mereka ini seperti orang2 nomad iaitu orang yang tidak berumah dan mereka akan berkhemah dimana2 yang mereka rasa boleh. Tanda "No Cooking" iaitu terpaksa dinaikkan kerana penguatkuasa takut ia akan menyebabkan kebakaran yang besar atau mengganggu perjalanan kapal terbang turun dan naik. Berbagai reaksi aku dan tersenyum berfikir sejenak. Disebabkan banyak yang memasak disini maka tanda tersebut terpaksa dinaikkan. Terlalu praktikal.
Subscribe to:
Posts (Atom)










