Yang selalu jengok

Saturday, July 30, 2011

Toleh Saja Sudah Kena

Mendengar saja lagu sudah teringat filem Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ).  Filem yang mengubah landskap filem di India.  Arahan Aditya Chopra ini masih di tayang di Maratha Mandir Theatre dan pada Februari 2011 mencipta rekod 800 minggu ditayangkan tanpa berhenti. Filem ini dikategorikan filem mesti tengok dalam senarai filem2 India. Lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol dan lagu2 yang ada di dalam filem itu kalau dikumpul lebih dari 1/3 hanya nyanyian dalam 3 jam filem itu.   Teringat dulu masa berkawan dengan isteri, aku akan mainkan lagu ini dan letakkan ganggang telefon terus ke isteri.  Dan ini berulang2 hampir setiap malam. 800 minggu (1995 - 2011) ditayang di pawagam dan masih penuh macam filem2 terbaru.  Bagi aku, keseronokan di filem seperti memberikan keseronokan apabila menghadapi masalah di luar filem.  Ada orang membeli buku mahu tahu bagaimana cerita buku dihabiskan.  Kalau pengakhiranyan gembira, pasti dibeli.  Dan cerita DDLJ ini menjanjikan gembira walaupun ekonomi terdesak di India.  Selepas menonton pasti hati rasa tenang.  Yang muda tahun 1995, pasti teringat ketika DDLJ keluar di pawagam Maratha Mandir Theatre dan sekarang anak muda diberitahu tentang filem itu kepada anak2 mereka untuk menonton.  Lagu2 di dalam filem ini akan memberikan kita interframe penyambungan filem, keluar sahaja lagu, kita pasti sudah tahu di mana filem itu - di tengah atau sudah pengakhirannya.  Dan lagu ini menandakan filem nak sampai hujung semasa Kajol akan ditunangkan. Udit Narayan sebagai penyanyi telah menang sebagai penyanyi latar filem untuk lagu ini. Aku tulis cerita ini selepas mendengar pagi2 Jumaat waktu hujan, di radio bila Raja Azura berkata lagu hisdustan "Toleh saja sudah Kena, toleh saja sudah Kena" akan dipasang.

Malaysia ke 19 Paling Selamat

Memang selamat tinggal di sini.  Dunia luar memang kena hormat kat kita.  Kalau ada kes2 terpencil tu pun tidak dapat menidakkan tingginya keselamatan kita di sini.  Aku pernah pergi beberapa tempat di dunia dan dengar cerita kawan2, nak keluar waktu malam pun bahaya.  Tapi mengikut rekod aku, tempat2 jahat pada waktu malam seolah dialu2kan - tak bahaya pun tapi kita masuk kumpulan mereka.  Ukuran yang dibuat boleh dibanggakan.  Memang selamat.  Aku pernah tengok satu Minah Salleh di Cameron Highland boleh jogging waktu pagi berseluar pendek seksi tidak ada siapa ganggu - masa aku tengok lama2 Minah Salleh tu sampai hilang pandangan.  Cuba kita keluar malam di KL kota metropolitan - Bukit Bintang, Chow Kit rasa2 kita macam berjalan tak perlu tengok kiri kanan cuak takut.  Mungkin aku berani dan yang pastinya Dunia Luar mengiktiraf kita ke 19 paling selamat.  Pada tahun 80 an dulu, kalau ke KL budak2 asrama berbaju seragam selalu kena 'pau' - di Pudu Raya, di Supermarket Kota Raya, Campbel dan Chow Kit.  Apa 'pau' ini? Kena tahan dengan orang jahat dan dorang minta duit.  Tak banyak pun dorang mintak - RM10 mungkin.  Sekarang kisah2 pau ini tak ada lagi cuma pau boleh makan sahaja.  Di kampung2 lagi selamat, tak pernah gaduh2 pun.  Kalau ada berselisih politik sahaja.  Itu pun bila berkempen, lepas tu berbaik.  Kenduri boleh berjalan dan sampai sekarang orang kampung boleh berbincang masak bersama.  Aku rasa memang selamat tinggal di sini.  Tapi nombor 19 itu rasa2 boleh bertukar kalau kita tengok statistik kematian di jalan raya atau mungkin sudah dikira dan menyebabkan kita berada di nombor itu.  Bila baca berita di Iraq - seorang pengebom berani mati telah menyebabkan 3 orang polis maut di Baghdad dan pada ops sikap tahun 2010 dulu, kita telah dapat mengurangkan kematian sebab kemalangan sebanyak 9% iaitu kepada 241 orang.  Amerika mengumumkan askar2 mereka maut di Afganistan sebanyak 700 orang sekitar tahun 2001 - 2009 dan ini adalah statistik paling tinggi dan mereka akan mengekalkan tentera mereka di sana dengan Ops Sikap pada hari ini menunjukkan pengurangan sebanyak 5 kematian dari semalam iaitu 24 orang. Dan berita lagi, sepanjang tahun 2010, kematian disebabkan pengeboman berani mati di Iraq telah meningkat ke 15% 37 orang dari keseluruhan kes 32 orang tahun 2009. Berapa Ops sikap yang kita boleh ingat - sepanjang 2001-2010 Ops Sikap yang dibuat sebanyak 22 kali dan mengikut rekod kematian secara purata paling kurang 11 orang sehari dan paling tinggi 18 orang sehari maut di jalanraya.  Dan sesiapa yang tak pandai mengira apalagi membaca, rekod ini adalah lebih tinggi dari tempat2 yang berperang di seluruh dunia.

Friday, July 29, 2011

HUJAN Sedih

Hujan di luar pukul 5 pagi ini macam tahu kesedihan kita.  Anak sudah menangis sama lebat. Bukan senang anak dipangku sambil melihat kita di belasah begitu.  Sedih ini siapa yang tahu.  Pastinya mereka sudah bersorak sorai gembira.  Kita sedih tak siapa tahu.  Dan pasti juga, hujan terus menyimbah sama sedih.  Letih sedih terus singgah di badan dan hati.  Tiada lagi sorak sorai.  Anak aku ini seolah faham aku bersedih.  Tiada lagi ketawa macam selalu.  Nangis macam dipukul2.  Hujan di luar macam faham.  Peluk anak perlahan tidak mampu mengurangkan sedih anak.  Sejuk barangkali.  Dukung berdiri melihat hujan mencurah menambah lagi sedih ini.  Bukan selalu hujan pagi boleh berbuai memberi rasa pada hati.  Sedih ini bukan sedih selalu.  Tapi sedih ini memang pedih.  Anak sudah terlentok meletak kepala di bahu.  Sedih sudah hilang tapi hujan di luar tidak membantu.  Terus-terusan membaui sedih.  Bila2 nanti jam akan berbunyi menanda waktu tidur sudah habis.  5.30 am dan hujan terus memberi sedih.  Letih dan sedih ini bergabung seolah memberi demam pada aku.  Mungkin solat Subuh nanti memberi ceria pada aku.  Aku sedih dan hujan menambah parah.  Kenapa Malaysia dapat seri sahaja dengan Singapura.  Sedih betul la.

Wednesday, July 27, 2011

Budaya Kerja Islam

Tan Sri Ali Hashim
Aku pergi ke Konvensyen Budaya Kerja Islam pada 25/07/2011 yang dikelolakan oleh SUK Selangor dengan menjemput lebih dari 400 orang ahli korporat seluruh Selangor.  Slot2 sepanjang hari dipenuhi dengan ceramah2 dan forum memberi faham tentang cara bekerja seorang Islam.  Salah seorang penceramah adalah Tan Sri Ali Hashim - bekas CEO KPJ.  Seorang yang cekap mengendali syarikat yang katanya bermula dengan RM10 juta pinjaman dan sekarang KPJ sudah mempunyai aset lebih dari RM19 billion.  Beliau bercerita tentang budaya penjajah, superman, gajah sarkis dan kakitangan.  KPJ adalah sebuah syarikat GLC Johor dan sekarang memegang lebih dari 20 hospital swasta di seluruh negara.  Budaya Penjajah meletakkan pekerja adalah kakitangan maka simpulan yang boleh diberikan oleh Tan Sri Ali Hashim - kakitangan adalah pekerja yang tidak menggunakan kepala maka unsur2 penjajahan fikiran dibuat untuk melambangkan bahawa pekerja hanya perlu membuat apa yang disuruh.  Dia bercerita tentang Business Jihad sebagai penutup bicara.  Tan Sri Ali Hashim juga membawa buku untuk dijual yang ditulis oleh beliau sendiri "Khalifah bukan Superman". Aku selitkan video tentang cerita Business Jihad yang pernah atau topik yang sama Tan Sri Ali Hashim berceramah.


Anders Behring Breivik

Kita tentu tak kisah kalau ia berlaku di negara lain.  Negara ini tidak pernah menghukum mati banduan selama 21 tahun menunjukkan betapa baiknya orang2 di Norway itu.  Tetapi pada hari Sabtu di Norway hari itu, keputusan mahkamah untuk menghukum bunuh terus diwar2kan.  Anders Behring berumur 32 sahaja tetapi mengikut lapuran terakhir, kematian telah meningkat kepada 93 orang.  Ia bermula apabila dia menyewa pada bulan April 2011 sebuah ladang untuk membuat baja dan kimia untuk tanaman.  Pada hari Sabtu itu sebuah bangunan Kerajaan Norway telah meletup dan membunuh 7 orang di sekitar bangunan.  2 jam selepas itu, Anders telah berkayuh ke sebuah pulau Utoya Island dimana Parti Buruh sedang berkonvenseyen dengan anak2 muda seramai 600 orang.  Dia berpakaian seragam polis dan menembak secara rambang seramai 85 orang.  Setelah diselidik di dalam komputer yang dibawa dan perjalanan Anders sebelum membuat tembakan dan pengeboman itu, dia telah menulis sebanyak 1,500 manifesto tentang kekejaman dan kebencian beliau kepada imigrant Islam yang datang ke Europe.  Beliau menulis "centuries-long Muslim Colonisation of Europe. Beliau telah ditangkap hidup2 dan akan dihadapkan ke mahkamah pada 1/8/2011.  Kemungkinan dia akan mengaku gila untuk menyelamatkan diri mengikut pendakwaraya.  Pelik dengan perangai manusia ini, di Norway boleh dikategorikan negara paling selamat boleh berlaku perkara2 begini.  Cerita ini hanya untuk dikongsi dan rasanya filem "Rampage" boleh menunjukkan bagaimana orang2 ini mula memberontak dan bertindak secara sadis dan bersendiri.

Senyuman Taib Mahmud

Senyuman Rosmah Mansur

Tuesday, July 26, 2011

A Bout Portant @ Point Blank

Cerita berbahasa Perancis yang selalu aku tengok adalah yang ganas dan tembak menembak.  Filem ini adalah salah satu cerita yang boleh diberi perhatian dengan pelakon2 yang disegani seperti Roschdy Zem yang memberi lakonan terbaik dalam Outside the Law di Sundance Film Festival.  Cerita bermula apabila seorang jururawat lelaki perlu membuat 2 perkara untuk menyelamatkan isterinya yang mengandung dari dicederakan oleh penjahat.  Dia perlu memastikan pesakit keluar dari hospital yang dipenuhi polis dan menyelamatkan isteri dari balai polis.  Filem aksi ini dipenuhi dengan plot cerita yang melibatkan polis yang jahat dan korup. Filem sepanjang 84 minit ini boleh dihabiskan dengan cepat kerana aksi yang diberikan memang seronok untuk dilihat.

Saturday, July 23, 2011

Pak Ya

Kenangan dengan Pak Ya ini memang menjadi salah satu kekuatan aku menghadapi dunia pekerjaan.  Pada tahun 2007 aku telah terpilih oleh Malaysia Tecnology Development Corporation menjadi panel penilai untuk grant teknologi tinggi.  Dia menyebut pada aku bahawa ini adalah kali pertama orang dari industri dijemput sebagai penilai.  4 hari 4 malam bersama Pak Ya di Swiss Garden Hotel, Kuala Lumpur ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan menambah mesra aku bersama dengan Pak Ya.  Kami telah dikuarantin untuk memberi wang percuma kepada syarikat2 yang memohon grant.  Antara yang memohon yang masih aku ingat adalah Scomi Berhad, Universiti Malaya, SIRIM, Top Glove Berhad dan Nuklear Malaysia. Seorang yang senang didampingi  dan dia dilantik sebagai Pengerusi untuk panel penilaian tersebut.  Panel2 terdiri dari 7 orang Doktor mengikut kepakaran masing2 dan dari industri perniagaan adalah aku.  Kesemua syarikat atau Universiti Awam yang memohon perlu membentang permohonan mereka untuk dinilai dan dicerna oleh pihak panel.  Dan bahagian aku adalah tentang bolehkan benda2 itu dikomersialkan.  Dan setiap hari, sessi penilaian akan berakhir pada pukul 9 malam.  Pak Ya akan bersama2 kami makan dan berceloteh tentang kehidupan di meja makan.  Pak Ya pasti meninggalkan kenangan yang banyak pada anak2 buah bekerja di SIRIM Berhad. Seoang yang panjang akal begini tahu untuk membezakan bila bergurau dan bila untuk serius.  Dia adalah Presiden, Ketua Eksekutif Sirim Berhad, Datuk Ir Hj Yahaya Ahmad.  Berumur 59 tahun telah meninggal dunia pada pukul 10.55 am pada 21/07/2011 kerana kanser pankreas.

Friday, July 22, 2011

The Fast and Furious 5

Aku suka cerita yang ganas tetapi realistik.  Kadang2 terlalu enjoy menonton cerita tentang budak2 "Children of Heaven" walaupun tanpa kekasaran.  Tapi semalam setelah makan malam yang lewat di luar, balik ke rumah, anak2 sudah minta dukung ke bilik tidur, maka peluang menonton filem2 yang cergas macam ini adalah pilihan aku.  Kepala kena ringan tanpa gangguan anak2 kerana terpaksa menjawab soalan2 anak2 kecil ini.  Cerita yang agak laju dengan lakunan Vin Diesel yang selalu ganas penuh dengan letupan dan tembakan.  Cerita yang bermula apabila Dominic diselamatkan dari dipenjara oleh kawan Polis dan mereka merantau ke Brazil dimana 95% cerita berlaku di Brazil.  Aksi di dalam keretapi iaitu mencuri kereta dari gerabak dalam keadaan keretapi bergerak pasti diingati di dalam filem ini.  Pasukan Polis dari Amerika terpaksa diturunkan ke Brazil untuk menangkap mereka.  Bab ini pada aku paling tak senonoh.  Mereka polis dan akhirnya terasa termakan budi dan membantu Dominic menghancurkan orang jahat di Brazil.  Pengakhiran yang gembira seolah2 meraikan penjahat dihabiskan begitu sahaja.  Cerita yang sesuai kepada yang suka aksi laju, letupan, tembakan dan kereta terbalik.

LOUDNESS World Tour


She want to run, goin' on point of no return, No looking back, hope is gone, just a slow burning......
Lost without love, so she tries to get all she can
Into the night, desperate eyes look for helping hands
like a scream, the sirens call, now it seems she's lost to all
Moving slow and trapped in pain, Don't run with HEAVY Chain 

Kg Jaya Gading

Teringat aku pada sekitar tahun 1975 iaitu tahun akhir aku berada di Kg Jaya Gading.  Tahun itu rasanya 2 kali kami sekeluarga mengalami banjir.  Kg Jaya Gading ini terletak di Jalan Gambang menuju ke Kuantan.  Lorong ke kampung itu bertentangan dengan Masjid Gambang.  Berumur tengah lincah bersama abang aku, kami meredah umur kanak2 di sana.  Kawasan ini adalah diteroka sekitar tahun 1960an lagi.  Aku ketika tahun akhir itu berumur 5 tahun dan abang aku sudah masuk ke sekolah kebangsaan.  Seronok menjadi kanak2 pada masa itu kerana tiada yang menjadi ketakutan kepada kami hatta walaupun banjir kadang2 membawa sekali biawak, ular dan hampas perut orang.  Air yang ada pada masa itu datang dari telaga yang dikorek oleh orang kampung.  Seingat aku juga, semua orang mandi, basuh kain, bersembang mengambil air untuk memasak di rumah.  Kawasan telaga yang ditutup dengan zink seolah2 ada jadual tersendiri untuk semua mandi dan membuat hajat.  Di sekitar keliling zink menutup kawasan telaga, semua orang meletakkan barangan bilik air sendiri - berus gigi, sabun dan shampoo kalau ada.  Dan kami kanak2 akan mencuba berus gigi yang ada tetapi bukan ke mulut tetapi di lantai hatta membasuh di tempat qadak hajat.  Kg Jaya Gading masih ada dan terus memberi ingatan kepada aku sebagai kanak2.  

Thursday, July 21, 2011

Temuduga Mat Salleh

Hari istimewa ini aku kena menemuduga satu orang Amerika memohon kerja di tempat aku.  Mengikut rekod, dia mempunyai Master Science of Accounting dan sedang membuat PHD di universiti Malaysia.  Pernah menjadi pensyarah di Tripoli, Libya dan bekerja di Brisbane, Australia.  Ada aku kisah semua pengalaman dan sijil2 yang dikumpul.  Tugas aku menduga kepakaran kerana dia mahu menjual kepakaran jika syarikat aku ini mahu membeli.  Kerja khas ini sebenarnya memerlukan aku lebih pakar dari yang memohon.  Pernah aku ingat Tan Sri Mukhtar Bukhary bercerita bagaimana dia menjaga syarikat2 yang banyak.  Dia kata dia ada 10 master degree.  Semua yang bertanya terkejut kerana dengan kesibukan Tan Sri itu dalam berniaga masih boleh mengumpulkan 10 master degree.  Tetapi sebaliknya Tan Sri seorang ini memberitahu 10 master degree itu datang dari 10 orang yang diambil bekerja sebagai Ketua Eksekutif di syarikat2 dia dan merekalah yang menjaga syarikat2 itu.  Temuduga mesti diteruskan walaupun kepala aku berfikir macam2 - tentang lagak, gaya, pengetahuan dan aksi pemohon.  Orang Amerika itu adalah Islam dan fasih dalam bahasa Arab - mungkin lama di Libya.  Aku suruh dia bercerita tentang diri dan kerjaya dia sekarang.  Rupa2nya bila bercerita dengan orang Amerika yang sifat terbuka mereka, mereka seolah2 sudah lama berkenalan dan bercerita seolah2 seronok dapat berkenalan dan berterimakasih di panggil temuduga.  Bila sampai bab gaji, tanpa bertawar dia memberikan aku peluang meletak harga dengan kemahiran yang dia ada.  Aku selalu membuat kesimpulan apabila orang memberi harga terbuka kepada penemuduga tentang gaji.  Dan kesimpulan aku yang macam2 ini menyebabkan harga yang diletakkan selalunya tepat.  Sudah 8 bulan di Malaysia tanpa kerja - hanya belajar, belajar yang tidak menekan dan kelapangan masa di rumah mahu dipenuhi. Dan akhirnya, lelaki Amerika itu bersetuju.  Hari ini aku berjumpa lagi lelaki Amerika itu untuk memberi surat tawaran dan aku teringat hari temuduga hari Sabtu lalu 16/07/2011.