Hujan di luar pukul 5 pagi ini macam tahu kesedihan kita. Anak sudah menangis sama lebat. Bukan senang anak dipangku sambil melihat kita di belasah begitu. Sedih ini siapa yang tahu. Pastinya mereka sudah bersorak sorai gembira. Kita sedih tak siapa tahu. Dan pasti juga, hujan terus menyimbah sama sedih. Letih sedih terus singgah di badan dan hati. Tiada lagi sorak sorai. Anak aku ini seolah faham aku bersedih. Tiada lagi ketawa macam selalu. Nangis macam dipukul2. Hujan di luar macam faham. Peluk anak perlahan tidak mampu mengurangkan sedih anak. Sejuk barangkali. Dukung berdiri melihat hujan mencurah menambah lagi sedih ini. Bukan selalu hujan pagi boleh berbuai memberi rasa pada hati. Sedih ini bukan sedih selalu. Tapi sedih ini memang pedih. Anak sudah terlentok meletak kepala di bahu. Sedih sudah hilang tapi hujan di luar tidak membantu. Terus-terusan membaui sedih. Bila2 nanti jam akan berbunyi menanda waktu tidur sudah habis. 5.30 am dan hujan terus memberi sedih. Letih dan sedih ini bergabung seolah memberi demam pada aku. Mungkin solat Subuh nanti memberi ceria pada aku. Aku sedih dan hujan menambah parah. Kenapa Malaysia dapat seri sahaja dengan Singapura. Sedih betul la.
Singa masih membuktikan siapa raja...
ReplyDeleteBetul la tu.
ReplyDelete