Kenangan dengan Pak Ya ini memang menjadi salah satu kekuatan aku menghadapi dunia pekerjaan. Pada tahun 2007 aku telah terpilih oleh Malaysia Tecnology Development Corporation menjadi panel penilai untuk grant teknologi tinggi. Dia menyebut pada aku bahawa ini adalah kali pertama orang dari industri dijemput sebagai penilai. 4 hari 4 malam bersama Pak Ya di Swiss Garden Hotel, Kuala Lumpur ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan menambah mesra aku bersama dengan Pak Ya. Kami telah dikuarantin untuk memberi wang percuma kepada syarikat2 yang memohon grant. Antara yang memohon yang masih aku ingat adalah Scomi Berhad, Universiti Malaya, SIRIM, Top Glove Berhad dan Nuklear Malaysia. Seorang yang senang didampingi dan dia dilantik sebagai Pengerusi untuk panel penilaian tersebut. Panel2 terdiri dari 7 orang Doktor mengikut kepakaran masing2 dan dari industri perniagaan adalah aku. Kesemua syarikat atau Universiti Awam yang memohon perlu membentang permohonan mereka untuk dinilai dan dicerna oleh pihak panel. Dan bahagian aku adalah tentang bolehkan benda2 itu dikomersialkan. Dan setiap hari, sessi penilaian akan berakhir pada pukul 9 malam. Pak Ya akan bersama2 kami makan dan berceloteh tentang kehidupan di meja makan. Pak Ya pasti meninggalkan kenangan yang banyak pada anak2 buah bekerja di SIRIM Berhad. Seoang yang panjang akal begini tahu untuk membezakan bila bergurau dan bila untuk serius. Dia adalah Presiden, Ketua Eksekutif Sirim Berhad, Datuk Ir Hj Yahaya Ahmad. Berumur 59 tahun telah meninggal dunia pada pukul 10.55 am pada 21/07/2011 kerana kanser pankreas.
No comments:
Post a Comment