Memang selamat tinggal di sini. Dunia luar memang kena hormat kat kita. Kalau ada kes2 terpencil tu pun tidak dapat menidakkan tingginya keselamatan kita di sini. Aku pernah pergi beberapa tempat di dunia dan dengar cerita kawan2, nak keluar waktu malam pun bahaya. Tapi mengikut rekod aku, tempat2 jahat pada waktu malam seolah dialu2kan - tak bahaya pun tapi kita masuk kumpulan mereka. Ukuran yang dibuat boleh dibanggakan. Memang selamat. Aku pernah tengok satu Minah Salleh di Cameron Highland boleh jogging waktu pagi berseluar pendek seksi tidak ada siapa ganggu - masa aku tengok lama2 Minah Salleh tu sampai hilang pandangan. Cuba kita keluar malam di KL kota metropolitan - Bukit Bintang, Chow Kit rasa2 kita macam berjalan tak perlu tengok kiri kanan cuak takut. Mungkin aku berani dan yang pastinya Dunia Luar mengiktiraf kita ke 19 paling selamat. Pada tahun 80 an dulu, kalau ke KL budak2 asrama berbaju seragam selalu kena 'pau' - di Pudu Raya, di Supermarket Kota Raya, Campbel dan Chow Kit. Apa 'pau' ini? Kena tahan dengan orang jahat dan dorang minta duit. Tak banyak pun dorang mintak - RM10 mungkin. Sekarang kisah2 pau ini tak ada lagi cuma pau boleh makan sahaja. Di kampung2 lagi selamat, tak pernah gaduh2 pun. Kalau ada berselisih politik sahaja. Itu pun bila berkempen, lepas tu berbaik. Kenduri boleh berjalan dan sampai sekarang orang kampung boleh berbincang masak bersama. Aku rasa memang selamat tinggal di sini. Tapi nombor 19 itu rasa2 boleh bertukar kalau kita tengok statistik kematian di jalan raya atau mungkin sudah dikira dan menyebabkan kita berada di nombor itu. Bila baca berita di Iraq - seorang pengebom berani mati telah menyebabkan 3 orang polis maut di Baghdad dan pada ops sikap tahun 2010 dulu, kita telah dapat mengurangkan kematian sebab kemalangan sebanyak 9% iaitu kepada 241 orang. Amerika mengumumkan askar2 mereka maut di Afganistan sebanyak 700 orang sekitar tahun 2001 - 2009 dan ini adalah statistik paling tinggi dan mereka akan mengekalkan tentera mereka di sana dengan Ops Sikap pada hari ini menunjukkan pengurangan sebanyak 5 kematian dari semalam iaitu 24 orang. Dan berita lagi, sepanjang tahun 2010, kematian disebabkan pengeboman berani mati di Iraq telah meningkat ke 15% 37 orang dari keseluruhan kes 32 orang tahun 2009. Berapa Ops sikap yang kita boleh ingat - sepanjang 2001-2010 Ops Sikap yang dibuat sebanyak 22 kali dan mengikut rekod kematian secara purata paling kurang 11 orang sehari dan paling tinggi 18 orang sehari maut di jalanraya. Dan sesiapa yang tak pandai mengira apalagi membaca, rekod ini adalah lebih tinggi dari tempat2 yang berperang di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment