Tan Sri Ali Hashim |
Aku pergi ke Konvensyen Budaya Kerja Islam pada 25/07/2011 yang dikelolakan oleh SUK Selangor dengan menjemput lebih dari 400 orang ahli korporat seluruh Selangor. Slot2 sepanjang hari dipenuhi dengan ceramah2 dan forum memberi faham tentang cara bekerja seorang Islam. Salah seorang penceramah adalah Tan Sri Ali Hashim - bekas CEO KPJ. Seorang yang cekap mengendali syarikat yang katanya bermula dengan RM10 juta pinjaman dan sekarang KPJ sudah mempunyai aset lebih dari RM19 billion. Beliau bercerita tentang budaya penjajah, superman, gajah sarkis dan kakitangan. KPJ adalah sebuah syarikat GLC Johor dan sekarang memegang lebih dari 20 hospital swasta di seluruh negara. Budaya Penjajah meletakkan pekerja adalah kakitangan maka simpulan yang boleh diberikan oleh Tan Sri Ali Hashim - kakitangan adalah pekerja yang tidak menggunakan kepala maka unsur2 penjajahan fikiran dibuat untuk melambangkan bahawa pekerja hanya perlu membuat apa yang disuruh. Dia bercerita tentang Business Jihad sebagai penutup bicara. Tan Sri Ali Hashim juga membawa buku untuk dijual yang ditulis oleh beliau sendiri "Khalifah bukan Superman". Aku selitkan video tentang cerita Business Jihad yang pernah atau topik yang sama Tan Sri Ali Hashim berceramah.
No comments:
Post a Comment