Yang selalu jengok

Friday, July 22, 2011

Kg Jaya Gading

Teringat aku pada sekitar tahun 1975 iaitu tahun akhir aku berada di Kg Jaya Gading.  Tahun itu rasanya 2 kali kami sekeluarga mengalami banjir.  Kg Jaya Gading ini terletak di Jalan Gambang menuju ke Kuantan.  Lorong ke kampung itu bertentangan dengan Masjid Gambang.  Berumur tengah lincah bersama abang aku, kami meredah umur kanak2 di sana.  Kawasan ini adalah diteroka sekitar tahun 1960an lagi.  Aku ketika tahun akhir itu berumur 5 tahun dan abang aku sudah masuk ke sekolah kebangsaan.  Seronok menjadi kanak2 pada masa itu kerana tiada yang menjadi ketakutan kepada kami hatta walaupun banjir kadang2 membawa sekali biawak, ular dan hampas perut orang.  Air yang ada pada masa itu datang dari telaga yang dikorek oleh orang kampung.  Seingat aku juga, semua orang mandi, basuh kain, bersembang mengambil air untuk memasak di rumah.  Kawasan telaga yang ditutup dengan zink seolah2 ada jadual tersendiri untuk semua mandi dan membuat hajat.  Di sekitar keliling zink menutup kawasan telaga, semua orang meletakkan barangan bilik air sendiri - berus gigi, sabun dan shampoo kalau ada.  Dan kami kanak2 akan mencuba berus gigi yang ada tetapi bukan ke mulut tetapi di lantai hatta membasuh di tempat qadak hajat.  Kg Jaya Gading masih ada dan terus memberi ingatan kepada aku sebagai kanak2.  

No comments:

Post a Comment