Yang selalu jengok

Thursday, May 31, 2012

Colmar Tropicale dan Japanese Garden


Merancang cuti memang susah kalau duit kurang di tangan.  Apa yang difikirkan adalah bagaimana untuk bergerak tanpa duit di poket.  Hari Ahad baru ini 27/05/2012, aku sekeluarga tidak merancang ke mana tetapi anak2 sudah bersiap sedari pagi lagi.  Tanpa berlengah aku berbincang dengan isteri dan akhirnya Colmar Tropicale, Bukit Tinggi menjadi pilihan.  Apa yang perlu ada di tangan adalah tunai untuk masuk ke tempat itu.  Berapa kos atau tiket masuk? RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk 4 - 12 tahun.  Kalau sudah masuk ke dalam, banyak aktiviti boleh dilakukan dan yang pasti permandangan yang cantik adalah pasti.  Di Bukit Tinggi ini terdapat satu kawasan istana ala french yang dari jauh seperti istana2 lama dan jarak dari tempat jaga di bawah sehingga tempat tiket masuk adalah 12 km.  Selain istana ini, ia juga ada kawasan Jepun yang dinamakan 'Japanese Garden' dan Botanical Garden.  Selain itu, ada kawasan permainan yang berdekatan seperti menunggang kuda, memanah, tempat arbab dan golf.  Di Colmar Tropicale, kita akan dihiburkan dengan artis2 yang berbeza kulit dan kurang pakaian - tak sesuai untuk kanak2.  Nampak macam orang2 Rusia dan mereka menari dengan skirt yang pendek.  Seronok untuk yang bujang2.  Jarak dari Colmar Tropicale ke Japanese Garden sekitar 3 km dan kalau tidak mempunyai kudrat untuk memanjat, peluang ke Japanese Garden ini tidak dapat dipenuhi kerana kawasan terlalu tinggi untuk didaki.  Sekitar Bukit Tinggi ini tidak terlalu sejuk dan tidak memanaskan.  Sesuai untuk yang suka permandangan dan selalunya permandangan ini hanya terdapat di luar negara - Jepun dan Perancis. 


Saturday, May 26, 2012

Kuota Haji

Bila cerita tentang Mekah dan Madinah, umrah dan Haji, Tabung Haji dan pendaftaran memang terus melekat pada Melayu Islam di Malaysia.  Memang cerita Mekah dan Madinah sensitif dan kadang2 bila bercerita pada yang pernah pergi rasa panas di pipi meleleh sedih. Bukan hanya teringat selalu dan kalau ditanya pada yang pernah pergi ke sana, rata2 akan berkata itulah tempat yang kita kena pergi kalau ada kemampuan.  Bila cerita kuota akan dikurangkan kerana orang berdemonstrasi Bersih 3.0 di Madinah dan Mekah, aku turut bersedih.  Menggunakan sesuatu untuk menyebabkan orang Malaysia tidak dapat pergi memang sayu.  Kata kawan kalau mendaftar tahun ini 2012, tarikh paling awal boleh ke sana mungkin 2048.  Lebih kurang 36 tahun dari sekarang.  Terkejut atau tak mendaftar lagi, boleh cuba di Tabung Haji.  Dan kalau aku, bukan cuba, sudah kemestian pulak.  Setiap tahun 1% dari rakyat sesebuah negara akan dibenarkan mengerjakan Haji di Baitullah.
Berdemo di Bukit Uhud
Tapi bila Jamil Khir bercerita tentang kemungkinan kuota akan dikurangkan aku tergamam.  Dan Jamil Khir menyambung semalam bahawa mungkin Najib Razak yang mempunyai hubungan baik dengan Arab Saudi boleh memperbaiki hubungan tentang kuota ini. Jamil Khir sepatutnya memberitahu bahawa demostrasi yang dikatakan dibuat di Madinah atau Mekah itu hanya memegang banner tidak melibatkan berarak di jalan.  Dan kalau memegang banner ini dilihat pada syarikat2 yang mengelolakan umrah ziarah ini adalah iklan.
Berdemo di Jabal Rahmah
Berdemo di Mekah - kenapa tak duduk je?
Cuba lihat satu iklan 'Bersih 3.0 di Mekah.  Bunyi pun duduk dan bantah, maka keganasan yang difikirkan mungkin tidak terfikir oleh orang yang membawa banner.  Pada sesiapa yang pernah ke Mekah, pengawal2 di dalam Masjidil Haram atau polis yang merayau di luar Mekah, tahap memukul mereka tanpa perlu berfikir dan pasti yang kena tidak akan balas. 
Dan aksi memegang banner memang satu trend mengiklan.  UMNO mencuba bercerita sehingga ke Mekah.  Kalau mereka agak ikhlas bercerita tentang Bersih 3.0 ini, cerita tentang orang berdemo di Perth (mungkin orang Malaysia tidak dibenarkan bercuti di sana), yang mana berdemo mereka siap dengan berkempen dan berarak.  Mungkin mereka boleh bercerita tentang demo di Singapura yang hadir siap menyanyi lagu NegaraKu.  Aku pasti kalau Jamil Khir bercerita sama tentang tempat2 ini mungkin lebih adil.
Dan untuk berbincang lebih jauh, ketika tahun 2011, Mesir berperang sesama sendiri dan telah mengorbankan lebih dari 1000 orang.  Berdemo hampir 2 bulan setiap hari tetapi rombongan Haji mereka tidak di halang.  Kekecohan di Asia Barat seperti Tunisia, Mesir, Libya, Yaman, Bahrain dan sekarang Syria, tidak lansung menyekat mereka untuk menunaikan Haji di Baitullah.  Pada suatu ketika dulu juga ketika Iraq menawan Kuwait, mengikut cerita jamaah dari Iraq akan disekat untuk mengerjakan Haji tetapi Arab Saudi mengambil sikap membenarkan tanpa sekatan. Maka aku buat rumusan sendiri, cerita kuota ini adalah rekaan cerita paling murah.

Friday, May 25, 2012

Cuti sekolah datang lagi...

Dan cuti ini datang lagi.  Pening memikirkan.  Bukan macam dulu, hari ini hari akhir sekolah, esok sudah beratur di KLIA nak masukkan beg.  Cuti kali ini berbeza sangat dengan cuti2 yang lain.  Kalau ada yang sama pun malam2 mimpi itulah.  Merancang sudah lama.  Bertanya orang sudah banyak kali.  Tapi cuti tak datang juga.  Anak2 sudah meminta berbagai.  Seperti menonton TV, selagi tak habis siaran selagi itu ditatap.  Hati rasa macam nak demam.  Tekak sakit, badan letih dan rambut macam tak sikat. 

Dan cuti kali ini bukan seperti awal tahun dahulu, 2 minggu berperang di rumah.  Stadium di bilik satu itu macam kena C4.  Berkecai dan ayah mereka lah tukang mengemas.  Itu yang aku fikirkan.  Bukan masalah untuk mengemas atau bergaduh dengan anak2 yang pasti aku menang tapi aku sendiri kepingin mahu cuti.  Setahun tidak dibenarkan cuti dan tahun ke 2 ini seolah2 dikaitkan sama. 

Dan cuti ini kali macam kena berlaku.  Letih bekerja aku mungkin lain dari orang.  Aku kerja di bawah teduh.  Nasihat aku dipakai sebulan sekali.  Kalau tidak bergerak itu tandanya bagus dan tidak bercuti itu juga seperti Hang Tuah.  Setia tak tentu hala. Aku diperlukan sentiasa tetapi bukan perlu berada di semua tempat tetapi mesti ada bila diperlukan.  Ini adalah bahana menjadi pekerja seperti satu ini. Bagaimana kalau hilang sahaja? 

Dan cuti hilang ini boleh menaikkan marah majikan.  Hilang begitu sahaja.  Tapi bukan aku kalau tidak bersemuka dengan majikan.  Memikirkan cuti ini juga memenatkan aku.  Beberapa jam lagi, anak2 akan bersorak dari pintu pagar sekolah dan aku masih pening untuk cuti atau tidak.

Wednesday, May 23, 2012

21 Jump Street

Entah mengapa cerita begini dikitar semula.  Lansung tidak berilmu dan aku menonton secara terpaksa untuk membuang masa.  Sambil membaca novel dan membasuh pakaian, cerita sebegini boleh dilayan tanpa takut hilang tumpuan.  Tidak ada yang pelik dan cerita begini untuk dikatakan lawak pun bukan dan aksi jauh sekali.  Kalau mahu yang lebih lawak sila menonton cerita "Fight Back to School" cerita Hong Kong lakonan Steven Chow.  Dan jika mahu yang lebih aksi "Fight back to School 2" lebih aksi mengancam.  Jangan terpedaya dengan gaya Hollywood yang bergegar.  Cerita tentang kawan sekolah yang akhirnya menjadi polis dan disebabkan muka muda mereka diserapkan dalam satu kumpulan di alamat di atas. Pelakon2 lain lansung tidak membantu untuk menaikkan cerita dan macam tidak diperlukan pun.  Jangan buang masa menonton kecuali ada orang membebel dan perlukan ruang untuk tidur berehat di muka TV. 

Bukan Debat ini yang Ku Tunggu

Khairi Jamaludin dan Rafizi sudah 2 kali bertemu di luar negara dan semalam di Pentas Sinar Harian dan Astro Awani.  Mungkin ada yang tidak sempat menonton semalam boleh menonton di Youtube. Ada 4 pusing keseluruhan dan 1 jam 30 minit sehingga akhir.

Pusingan pertama diberikan 7 minit seorang untuk menyatakan pandangan parti dan dimulakan dengan Rafizi terus mengatakan bahawa pendidikan percuma boleh dilakukan dengan lebih berhemah berbelanja dengan mengutip kata2 Pak Lah iaitu "Infrastruktur Kelas Pertama, Rakyat kelas ketiga" dan Rafizi bercerita tentang Amerika sekarang yang menghadapi hutang pendidikan sebanyak USD3 Trillion. KJ pula bercerita tentang buku jingga yang tidak mengatakan tentang pendidikan percuma dan ini adalah langkah populist untuk mendapat undi.

Pusingan kedua, diberikan peluang untuk menyoal kedua2.  Pusingan ketiga, moderator bertanya dan pusingan keempat penonton pula bertanya pendebat.

Pandangan bukan politik penting kerana rakyat yang berlapang dada sambil membuka mata dan mengetahui pembangkang tidak hanya bercakap tetapi ada kerangka untuk melaksanakan.  Soalan2 yang sudah dijangka seperti negara2 Scadinavian yang memberikan pendidikan percuma dan mengenakan cukai sehingga 50% juga seperti telah disuakan kepada mulut yang menunggu makanan.  Rafizi menyatakan tentang Finland yang mempunyai pendidikan yang percuma dari pra sekolah sehingga ke PHD tetapi penduduk yang berpendapatan RM200,000 ke atas, cukai hanya 21 dibandingkan dengan Malaysia yang sekarang mengenakan kadar cukai 26%.
Tidak boleh ketepikan juga KJ  yang mempunyai data2 yang menceritakan tentang PKR hanya menjadi hero kepada 6% yang dikenakan tindakan dan pelajar2 yang boleh bayar melampuai yang tidak membayar.  Tetapi melihat kutipan yang dibuat memang menakutkan.

Bila KJ menceritakan bahawa hanya 6% sahaja yang dikenakan tindakan dan 22 bulan baru tindakan senarai hitam dibuat ini menunjukkan ketidakcekapan pekerja2 PTPTN untuk membuat kutipan hutang.  Ini juga disahkan oleh Rafizi semalam dari 1997 sehingga 2010 sebanyak RM43 billion dikeluarkan untuk PTPTN tetapi hanya RM3 billion yang dapat dikutip kembali.

Tidak dinafikan kedua2 mempunyai aura tersendiri bila berdiri di depan dan penonton ditegur sendiri oleh mereka seperti guru mengajar.  Tetapi beberapa kelemahan KJ boleh diperbetulkan, beberapa kali KJ menyebutkan tentang dalil mungkin dia tidak pernah mendengar peribahasa "Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih".  Dan ada satu masa itu, moderator bertanya sudah jawab setelah mendengar hanya jawapan pendek dan tidak menjawab soalan yang lebih besar tentang pengguna duit Petronas sebanyak RM203 juta untuk pendidikan.

Peluang diberikan kedua2 sangat tepat dan tidak bias dan ini memberi peluang sangat besar pada Rafizi memberi kerangka bagaimana PTPTN boleh dimansuhkan.

Kenapa debat ini penting pada aku kerana ia membuka ruang bahawa selain berdemo yang BN marah sangat, berdebat juga satu ruang simple untuk menyatakan idea.  Apa yang aku nantikan adalah 'mothers of all debat' di antara Najib Razak dan Anwar Ibrahim.  Anwar Ibrahim pandai2 bercerita tentang turunkan minyak, kurangkan tol, habiskan konsesi dan macam2 yang dikurangkan dan ini perlu didebatkan untuk melihat idea kerana pentas debat telah dimulakan dan alasan tidak matang oleh Ahmad Maslan UMNO terlalu kanak2 untuk diterimapakai sekarang.

Tuesday, May 22, 2012

Meraikan Youtube....




Terbaru dari Zamhuri, dengan esakan menangis, UMNO la apa lagi....terlajak kata boleh di tarik...tapi dengan menangis hingga meleleh air mata (artificial sebak).  Syabas.


Menteri Besar pun mengulas 2 hari lepas.....pemuda begini yang Pakatan mahu.........

...dan hari dia mengamuk tak tentu hala....


Batuk Kering

Tuberkulosis (TB) atau batuk kering merebak melalui udara.  Syntom2 nya adalah batuk berdarah, sakit dada, cepat keletihan, susut berat badan, demam, menggigil dan berpeluh waktu malam.  Negara2 yang berisiko tinggi yang dikatakan penyakit orang miskin ini adalah India, China, Afrika dan Indonesia.  Semalam dilaporkan di Indonesia Timor dimana penduduk miskin ramai, penyakit TB meningkat banyak.  Di Malaysia sudah berkurangan tetapi dilaporkan masih terdapat sekitar 15,000 orang pesakit TB ini.  Kebanjiran pendatang ke Malaysia mungkin salah satu sebab TB tidak pupus di Malaysia.  Pekerja India bekerja di restauran2 dan pekerja Indonesia bekerja di kedai2 makan.  Aku google dan mencari cerita TB ini kerana mendengar cerita di tempat isteri aku bekerja ada yang terkena TB.  Cuba tidak berkongsi makanan dengan orang yang sering batuk dan demam.  Penyakit ini adalah penyakit lama dan sepatutnya sudah pupus tetapi disebabkan alpa tidak ketahuan maka TB ini datang kembali.

My Way

Cerita yang mesti ditonton oleh orang Jepun, Korea dan China.  Semua pelakon2 datang dari ketiga2 negara ini memang satu cerita penting.  Berdasatkan cerita benar tentang pelari marathon untuk Olimpik Jun Shik dan Tatsuo.  Ketika itu Korea di bawah kaloni Jepun.  Cerita sepanjang 119 minit ini membawa kepada  beberapa peperangan besar dari perang dunia pertama hingga ke 2.  Di tawan oleh Soviet dan berperang untuk Soviet.  Di tawan oleh German dan berperang untuk German.  Dan paling aku ingat apabila peperangan terakhir mereka di Normandy - bab ini diceritakan beberapa kali oleh orang2 filem yang teringat sejarah seperti cerita Saving Private Ryan (Steven Speilberg) dan cerita ini dimata orang2 Korea yang ketika itu berperang untuk German.  Moral yang dapat adalah setiap peperangan dahulu menunjuk semua orang seperti barbarian dalam taktik berperang - yang ramai akan menang dan mati untuk kemenangan.  Filem yang besar untuk Korea selepas The Host tahun 2006.


Friday, May 18, 2012

Jom Derma

Chua Soon Lek, Presiden MCA meminta DAP mengumumkan berapa kutipan derma yang diterima setiap kali mereka membuat aktiviti parti.  Bagi Datuk Chua ini penting kerana akan memperlihatkan tentang bagaimana DAP mengumpul duit untuk parti yang tidak ketahuan dari mana duit itu datang.  Kenapa isu ini dijadikan benda ceramah Chua?  Memang bukan senang hendak dapat duit dari poket orang dengan hanya air liur sebagai balasan.  Aku teringat kisah2 UMNO waktu mula2 dulu mungkin Maya Karin ada melakunkan watak2 penderma bagi UMNO.  Yang ibu2 akan membuka gelang, bagi duit atau cincin hanya untuk pergerakan yang satu ini.  Itu dulu.  Sekarang kalau dikumpulkan mereka pada satu tempat di PWTC, dengan kereta2 mewah berpakir di bawah hotel, nak buka gelang atau cincin memang berat.  Dan ini tidak berlaku di ceramah2 Pakatan Rakyat.  Chua Soon Lek memang cuba mencungkil sebab tapi ini adalah normal jika orang sudah memaling muka tidak mahu maka kutipan derma yang nampak sebagai menunjuk2 sahaja. 

Orang Luar

Pekerja2 asing sudah meningkat lebih dari 4 juta.  4 juta ini bermaksud 14% dari penduduk Malaysia yang sekarang berjumlah 28 juta orang.  Kalau 4 juta ini disatukan dalam satu negeri mungkin Kuala Lumpur dan Selangor sudah tenggelam dengan mereka.  14% ini lebih tinggi dari penduduk malaysia India di Malaysia yang sekitar 7%.  4 juta ini besar dan perlu dipantau selalu.  Ada yang sudah bermastautin lebih dari 20 tahun dan mendapat nikmat hidup lebih dari rakyat Malaysia.  Satu AKTA perlu dibuat untuk memastikan mereka tidak dapat lebih dari rakyat Malaysia.  Kalau gaji, gaji yang bagaimana.  Kalau rumah, rumah yang bagaimana. Mungkin hospital kerajaan ada membezakan kos2 medikal tetapi swasta tidak berbeza. Di negara2 yang kapasiti penduduk kecil mungkin nampak ini adalah peluang meninggikan populasi seperti Kanada atau Australia.  Kalau kita pergi ke supermarket sekarang kebanyakan kedai2 makanan dikuasai oleh orang2 luar.  Kedai halal yang tukang hidang bertatu seperti dari Vietnam.  Mungkin tiada yang sanggup bertanya mereka ini Islam atau tidak.  Pembersihan telah dilakukan oleh Kerajaan sekitar tahun 2011 tetapi keputusan pembersihan tidak diwar2kan untuk kita tahu.  Hanya semalam diberitakan bahawa 4 juta orang pendatang bekerja di Malaysia.  Kita menerima segala jenis orang di Malaysia walaupun pada mulanya hanya pembantu rumah, kerja2 perladangan dan akhirnya mereka berada di sekitar kita. 

Monday, May 14, 2012

Aku dan Pagar

Pagar di belakang asrama itu sudah naik lendut di pijak budak2.  Aku memang menggunakan laluan itu kalau mahu keluar malam.  Cerita Rambo lakonan Slyvester Stallone menjadi jolokan untuk keluar malam.  "Malam ini me'rambo' ke mana?" Pagar yang satu ini tidak pernah menduakan sesiapa.  Kalau ada yang melangkah diberikan percuma, kalau yang mengoyakkan pagar pun tidak dimarahkan.  Sudah banyak kali pagar yang satu ini diberi nafas baru.  Dikahwinkan dengan pagar yang lebih hijau atau digandingkan dengan pagar yang lebih kejam berduri.  Semua ini tidak dipedulikan oleh orang.  Ada 3 tempat pagar yang pasti dilanggar oleh budak2.  Yang paling kiri adalah bertemu pula dengan rumah pegawai yang menjaga asrama.  Yang tengah pula akan bertembung dengan kuil yang tidak pernah sunyi dari bergendang.  Dan yang paling hujung adalah paling susah kerana kalau siang, Jaga boleh nampak terus ke lubang pagar yang bocor.  Hati Jaga mana yang senang bila nampak orang lalu lalang tanpa takut dengan Jaga.  Semua Jaga dibekalkan dengan cota yang menakutkan.  Tapi budak2 tidak pernah kena seliang pun dengan Jaga.  Pernah diceritakan bahawa Jaga bergaduh dengan budak2 asrama itu tapi itu semua cerita kategori Wan Empok dan Wan Malini dimana Melayu berasal dari muntah lembu.  Aku salah seorang pengguna tegar pagar paling kanan.  Yang tengah, aku paling pantang kerana mak aku pernah cakap, kuil yang satu ini pasti ada hantu2 yang jaga.  Pagar yang kanan satu ini memang banyak jasanya. Kalau keluar dari sini jangan sekali2 cuba hendak masuk bila balik nanti, pasti ada yang tunggu.  Kalau bukan Jaga yang tunggu pasti pengawas2 yang mengambil alih.  Aku bukan mahu mengelak dengan Jaga atau Pengawas2 tetapi mengelakkan konfrantasi.  Kalau malam sudah mula berembun, pagar paling kiri menjadi pilihan.  Ia akan melalui rumah pegawai asrama yang sudah lena dan padang tenis yang aman tanpa gangguan. Bab ini adalah yang paling menyeramkan kerana selalunya  terpaksa melalui rumah Ustaz yang diberi rumah didalam kawasan asrama. Berdetik sahaja pasti lampu rumah Ustaz akan terbuka dan aku akan mula berlari seperti pistol berlumba sudah dibunyikan.  Pagar2 ini semua banyak jasa pada aku.   Aku tak pernah berbuat jahat dengan pagar2 ini.  Pagar2 ini sentiasa setia walaupun budak2 asrama bertukar setiap tahun dengan perangai yang berbeza nakal.

Sherlock Holmes : A Game of Shadows

Filem arahan serial Sherlock Holmes masih di tangan Guy Ritchie.  Bekas suami Madonna ini tidak pernah kurang dengan filem2 aksi ganas.  Aku mula kenal dengan Guy Ritchie ini melalui satu filem "Lock,Stock and Two Smoking Barrels".  Filem lakonan Robert Downey Jr dan Jude Law ini memang boleh ditonton sekeluarga.  Mempunyai jalan cerita yang menarik dan aksi pergaduhan yang hebat.  Dalam filem ini digambarkan Sherlock Holmes seperti sudah mati tetapi masih dapat bernafas untuk menyelesaikan masalah negara.  Sherlock Holmes adalah kebanggaan Great Britain kerana diberitahu tentang kehebatan dia menyelesaikan beberapa kes2 yang pelik dan nampak tidak logik.  Kali ini filem ini bermula dengan cerita2 tentang kes2 pengeboman dan Sherlock Holmes sudah dapat meneka siapa pelakunya cuma ia perlu membuktikannya.  Cara siasatan yang terperinci ini menjadi satu bukti bahawa CSI kena belajar sesuatu dengan detektif2 dahulu.  Filem ini adalah filem mesti ditonton kalau mahu menyaksikan aksi yang berfikir dan bijak.