Khairi Jamaludin dan Rafizi sudah 2 kali bertemu di luar negara dan semalam di Pentas Sinar Harian dan Astro Awani. Mungkin ada yang tidak sempat menonton semalam boleh menonton di Youtube. Ada 4 pusing keseluruhan dan 1 jam 30 minit sehingga akhir.
Pusingan pertama diberikan 7 minit seorang untuk menyatakan pandangan parti dan dimulakan dengan Rafizi terus mengatakan bahawa pendidikan percuma boleh dilakukan dengan lebih berhemah berbelanja dengan mengutip kata2 Pak Lah iaitu "Infrastruktur Kelas Pertama, Rakyat kelas ketiga" dan Rafizi bercerita tentang Amerika sekarang yang menghadapi hutang pendidikan sebanyak USD3 Trillion. KJ pula bercerita tentang buku jingga yang tidak mengatakan tentang pendidikan percuma dan ini adalah langkah populist untuk mendapat undi.
Pusingan kedua, diberikan peluang untuk menyoal kedua2. Pusingan ketiga, moderator bertanya dan pusingan keempat penonton pula bertanya pendebat.
Pandangan bukan politik penting kerana rakyat yang berlapang dada sambil membuka mata dan mengetahui pembangkang tidak hanya bercakap tetapi ada kerangka untuk melaksanakan. Soalan2 yang sudah dijangka seperti negara2 Scadinavian yang memberikan pendidikan percuma dan mengenakan cukai sehingga 50% juga seperti telah disuakan kepada mulut yang menunggu makanan. Rafizi menyatakan tentang Finland yang mempunyai pendidikan yang percuma dari pra sekolah sehingga ke PHD tetapi penduduk yang berpendapatan RM200,000 ke atas, cukai hanya 21 dibandingkan dengan Malaysia yang sekarang mengenakan kadar cukai 26%.
Tidak boleh ketepikan juga KJ yang mempunyai data2 yang menceritakan tentang PKR hanya menjadi hero kepada 6% yang dikenakan tindakan dan pelajar2 yang boleh bayar melampuai yang tidak membayar. Tetapi melihat kutipan yang dibuat memang menakutkan.
Bila KJ menceritakan bahawa hanya 6% sahaja yang dikenakan tindakan dan 22 bulan baru tindakan senarai hitam dibuat ini menunjukkan ketidakcekapan pekerja2 PTPTN untuk membuat kutipan hutang. Ini juga disahkan oleh Rafizi semalam dari 1997 sehingga 2010 sebanyak RM43 billion dikeluarkan untuk PTPTN tetapi hanya RM3 billion yang dapat dikutip kembali.
Tidak dinafikan kedua2 mempunyai aura tersendiri bila berdiri di depan dan penonton ditegur sendiri oleh mereka seperti guru mengajar. Tetapi beberapa kelemahan KJ boleh diperbetulkan, beberapa kali KJ menyebutkan tentang dalil mungkin dia tidak pernah mendengar peribahasa "Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih". Dan ada satu masa itu, moderator bertanya sudah jawab setelah mendengar hanya jawapan pendek dan tidak menjawab soalan yang lebih besar tentang pengguna duit Petronas sebanyak RM203 juta untuk pendidikan.
Peluang diberikan kedua2 sangat tepat dan tidak bias dan ini memberi peluang sangat besar pada Rafizi memberi kerangka bagaimana PTPTN boleh dimansuhkan.
Kenapa debat ini penting pada aku kerana ia membuka ruang bahawa selain berdemo yang BN marah sangat, berdebat juga satu ruang simple untuk menyatakan idea. Apa yang aku nantikan adalah 'mothers of all debat' di antara Najib Razak dan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim pandai2 bercerita tentang turunkan minyak, kurangkan tol, habiskan konsesi dan macam2 yang dikurangkan dan ini perlu didebatkan untuk melihat idea kerana pentas debat telah dimulakan dan alasan tidak matang oleh Ahmad Maslan UMNO terlalu kanak2 untuk diterimapakai sekarang.
No comments:
Post a Comment