Bila cerita tentang Mekah dan Madinah, umrah dan Haji, Tabung Haji dan pendaftaran memang terus melekat pada Melayu Islam di Malaysia. Memang cerita Mekah dan Madinah sensitif dan kadang2 bila bercerita pada yang pernah pergi rasa panas di pipi meleleh sedih. Bukan hanya teringat selalu dan kalau ditanya pada yang pernah pergi ke sana, rata2 akan berkata itulah tempat yang kita kena pergi kalau ada kemampuan. Bila cerita kuota akan dikurangkan kerana orang berdemonstrasi Bersih 3.0 di Madinah dan Mekah, aku turut bersedih. Menggunakan sesuatu untuk menyebabkan orang Malaysia tidak dapat pergi memang sayu. Kata kawan kalau mendaftar tahun ini 2012, tarikh paling awal boleh ke sana mungkin 2048. Lebih kurang 36 tahun dari sekarang. Terkejut atau tak mendaftar lagi, boleh cuba di Tabung Haji. Dan kalau aku, bukan cuba, sudah kemestian pulak. Setiap tahun 1% dari rakyat sesebuah negara akan dibenarkan mengerjakan Haji di Baitullah.
Berdemo di Bukit Uhud |
Tapi bila Jamil Khir bercerita tentang kemungkinan kuota akan dikurangkan aku tergamam. Dan Jamil Khir menyambung semalam bahawa mungkin Najib Razak yang mempunyai hubungan baik dengan Arab Saudi boleh memperbaiki hubungan tentang kuota ini. Jamil Khir sepatutnya memberitahu bahawa demostrasi yang dikatakan dibuat di Madinah atau Mekah itu hanya memegang banner tidak melibatkan berarak di jalan. Dan kalau memegang banner ini dilihat pada syarikat2 yang mengelolakan umrah ziarah ini adalah iklan.
Berdemo di Jabal Rahmah |
Berdemo di Mekah - kenapa tak duduk je? |
Cuba lihat satu iklan 'Bersih 3.0 di Mekah. Bunyi pun duduk dan bantah, maka keganasan yang difikirkan mungkin tidak terfikir oleh orang yang membawa banner. Pada sesiapa yang pernah ke Mekah, pengawal2 di dalam Masjidil Haram atau polis yang merayau di luar Mekah, tahap memukul mereka tanpa perlu berfikir dan pasti yang kena tidak akan balas.
Dan aksi memegang banner memang satu trend mengiklan. UMNO mencuba bercerita sehingga ke Mekah. Kalau mereka agak ikhlas bercerita tentang Bersih 3.0 ini, cerita tentang orang berdemo di Perth (mungkin orang Malaysia tidak dibenarkan bercuti di sana), yang mana berdemo mereka siap dengan berkempen dan berarak. Mungkin mereka boleh bercerita tentang demo di Singapura yang hadir siap menyanyi lagu NegaraKu. Aku pasti kalau Jamil Khir bercerita sama tentang tempat2 ini mungkin lebih adil.
Dan untuk berbincang lebih jauh, ketika tahun 2011, Mesir berperang sesama sendiri dan telah mengorbankan lebih dari 1000 orang. Berdemo hampir 2 bulan setiap hari tetapi rombongan Haji mereka tidak di halang. Kekecohan di Asia Barat seperti Tunisia, Mesir, Libya, Yaman, Bahrain dan sekarang Syria, tidak lansung menyekat mereka untuk menunaikan Haji di Baitullah. Pada suatu ketika dulu juga ketika Iraq menawan Kuwait, mengikut cerita jamaah dari Iraq akan disekat untuk mengerjakan Haji tetapi Arab Saudi mengambil sikap membenarkan tanpa sekatan. Maka aku buat rumusan sendiri, cerita kuota ini adalah rekaan cerita paling murah.
No comments:
Post a Comment