Cerita yang mesti ditonton oleh orang Jepun, Korea dan China. Semua pelakon2 datang dari ketiga2 negara ini memang satu cerita penting. Berdasatkan cerita benar tentang pelari marathon untuk Olimpik Jun Shik dan Tatsuo. Ketika itu Korea di bawah kaloni Jepun. Cerita sepanjang 119 minit ini membawa kepada beberapa peperangan besar dari perang dunia pertama hingga ke 2. Di tawan oleh Soviet dan berperang untuk Soviet. Di tawan oleh German dan berperang untuk German. Dan paling aku ingat apabila peperangan terakhir mereka di Normandy - bab ini diceritakan beberapa kali oleh orang2 filem yang teringat sejarah seperti cerita Saving Private Ryan (Steven Speilberg) dan cerita ini dimata orang2 Korea yang ketika itu berperang untuk German. Moral yang dapat adalah setiap peperangan dahulu menunjuk semua orang seperti barbarian dalam taktik berperang - yang ramai akan menang dan mati untuk kemenangan. Filem yang besar untuk Korea selepas The Host tahun 2006.
No comments:
Post a Comment