Tuberkulosis (TB) atau batuk kering merebak melalui udara. Syntom2 nya adalah batuk berdarah, sakit dada, cepat keletihan, susut berat badan, demam, menggigil dan berpeluh waktu malam. Negara2 yang berisiko tinggi yang dikatakan penyakit orang miskin ini adalah India, China, Afrika dan Indonesia. Semalam dilaporkan di Indonesia Timor dimana penduduk miskin ramai, penyakit TB meningkat banyak. Di Malaysia sudah berkurangan tetapi dilaporkan masih terdapat sekitar 15,000 orang pesakit TB ini. Kebanjiran pendatang ke Malaysia mungkin salah satu sebab TB tidak pupus di Malaysia. Pekerja India bekerja di restauran2 dan pekerja Indonesia bekerja di kedai2 makan. Aku google dan mencari cerita TB ini kerana mendengar cerita di tempat isteri aku bekerja ada yang terkena TB. Cuba tidak berkongsi makanan dengan orang yang sering batuk dan demam. Penyakit ini adalah penyakit lama dan sepatutnya sudah pupus tetapi disebabkan alpa tidak ketahuan maka TB ini datang kembali.
Terima kasih yang amat sangat
ReplyDeletesepertinya saya terkena batuk kering
ReplyDelete