Dan cuti ini datang lagi. Pening memikirkan. Bukan macam dulu, hari ini hari akhir sekolah, esok sudah beratur di KLIA nak masukkan beg. Cuti kali ini berbeza sangat dengan cuti2 yang lain. Kalau ada yang sama pun malam2 mimpi itulah. Merancang sudah lama. Bertanya orang sudah banyak kali. Tapi cuti tak datang juga. Anak2 sudah meminta berbagai. Seperti menonton TV, selagi tak habis siaran selagi itu ditatap. Hati rasa macam nak demam. Tekak sakit, badan letih dan rambut macam tak sikat.
Dan cuti kali ini bukan seperti awal tahun dahulu, 2 minggu berperang di rumah. Stadium di bilik satu itu macam kena C4. Berkecai dan ayah mereka lah tukang mengemas. Itu yang aku fikirkan. Bukan masalah untuk mengemas atau bergaduh dengan anak2 yang pasti aku menang tapi aku sendiri kepingin mahu cuti. Setahun tidak dibenarkan cuti dan tahun ke 2 ini seolah2 dikaitkan sama.
Dan cuti ini kali macam kena berlaku. Letih bekerja aku mungkin lain dari orang. Aku kerja di bawah teduh. Nasihat aku dipakai sebulan sekali. Kalau tidak bergerak itu tandanya bagus dan tidak bercuti itu juga seperti Hang Tuah. Setia tak tentu hala. Aku diperlukan sentiasa tetapi bukan perlu berada di semua tempat tetapi mesti ada bila diperlukan. Ini adalah bahana menjadi pekerja seperti satu ini. Bagaimana kalau hilang sahaja?
Dan cuti hilang ini boleh menaikkan marah majikan. Hilang begitu sahaja. Tapi bukan aku kalau tidak bersemuka dengan majikan. Memikirkan cuti ini juga memenatkan aku. Beberapa jam lagi, anak2 akan bersorak dari pintu pagar sekolah dan aku masih pening untuk cuti atau tidak.
No comments:
Post a Comment