Merancang cuti memang susah kalau duit kurang di tangan. Apa yang difikirkan adalah bagaimana untuk bergerak tanpa duit di poket. Hari Ahad baru ini 27/05/2012, aku sekeluarga tidak merancang ke mana tetapi anak2 sudah bersiap sedari pagi lagi. Tanpa berlengah aku berbincang dengan isteri dan akhirnya Colmar Tropicale, Bukit Tinggi menjadi pilihan. Apa yang perlu ada di tangan adalah tunai untuk masuk ke tempat itu. Berapa kos atau tiket masuk? RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk 4 - 12 tahun. Kalau sudah masuk ke dalam, banyak aktiviti boleh dilakukan dan yang pasti permandangan yang cantik adalah pasti. Di Bukit Tinggi ini terdapat satu kawasan istana ala french yang dari jauh seperti istana2 lama dan jarak dari tempat jaga di bawah sehingga tempat tiket masuk adalah 12 km. Selain istana ini, ia juga ada kawasan Jepun yang dinamakan 'Japanese Garden' dan Botanical Garden. Selain itu, ada kawasan permainan yang berdekatan seperti menunggang kuda, memanah, tempat arbab dan golf. Di Colmar Tropicale, kita akan dihiburkan dengan artis2 yang berbeza kulit dan kurang pakaian - tak sesuai untuk kanak2. Nampak macam orang2 Rusia dan mereka menari dengan skirt yang pendek. Seronok untuk yang bujang2. Jarak dari Colmar Tropicale ke Japanese Garden sekitar 3 km dan kalau tidak mempunyai kudrat untuk memanjat, peluang ke Japanese Garden ini tidak dapat dipenuhi kerana kawasan terlalu tinggi untuk didaki. Sekitar Bukit Tinggi ini tidak terlalu sejuk dan tidak memanaskan. Sesuai untuk yang suka permandangan dan selalunya permandangan ini hanya terdapat di luar negara - Jepun dan Perancis.
No comments:
Post a Comment