The Robert Walters Global Salary Survey 2011 menyatakan gaji pada tahun ini untuk eksekutif dan pengurus kewangan akan naik lebh dari 30%. Ini adalah kerana mengikut laporan kenaikan kadar inflasi dan keadaan semasa. Menahan dari pekerja berhenti mencari kerja lain juga adalah salah satu sebab. Tetapi betulkah pergerakan gaji akan naik sebegini rupa? Kita kena lihat bagaimana sesebuah syarikat itu menilai pekerja dan pengganti pekerja dengan upah yang rendah lebih baik. Maka pekerja yang bermimpi kenaikan gaji lebih dari 30% adalah apabila mereka mula berpindah ke tempat lain dalam industri yang sama. Hanya yang terbaik boleh dinilai untuk kenaikan sedemikian rupa. Nilai pekerja boleh diandaikan seperti pemain bolasepak EPL. Makin bagus makin tinggi nilai dipasaran. Terlalu tinggi mungkin bernilai untuk dijual atau diganti dengan lebih murah.
Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Monday, February 28, 2011
Friday, February 25, 2011
Penjual Bijak
Kalau kita menjual kereta, kita cuba mengurangkan kos untuk menjual. Tanpa perlu membaiki sedikit kereta, tak mahu tayar baru, bateri yang sudah lebih setahun tidak bertukar, tanpa diservis dahulu atau tidak dibasuh pun.
Ini berlaku kepada aku sedikit masa dulu bila nak menjual kereta Perdana aku tahun 1997 (kira2 7 tahun lepas). Hati baik pulak tu, bila jumpa pembeli lalu bercerita tentang tentang dah lama tak diservis, cermin tak boleh turun, alarm dah rosak, kalau pagi kena tekan minyak lama2 dan macam2 kerosakan hanya nak menunjukkan kita ikhlas menjual barang tak berapa elok.
Apa kata kita betulkan apa yang rosak, tukar tayar, selanggara dulu kereta, tukar alarm, buat pendua kunci dan basuh kereta dan kilatkan kereta. Dengan melabur RM1,000 untuk semua itu kemungkinan kereta yang kita hendak jual naik RM3,000 tanpa ada bantahan.
Ini berlaku kepada aku sedikit masa dulu bila nak menjual kereta Perdana aku tahun 1997 (kira2 7 tahun lepas). Hati baik pulak tu, bila jumpa pembeli lalu bercerita tentang tentang dah lama tak diservis, cermin tak boleh turun, alarm dah rosak, kalau pagi kena tekan minyak lama2 dan macam2 kerosakan hanya nak menunjukkan kita ikhlas menjual barang tak berapa elok.
Apa kata kita betulkan apa yang rosak, tukar tayar, selanggara dulu kereta, tukar alarm, buat pendua kunci dan basuh kereta dan kilatkan kereta. Dengan melabur RM1,000 untuk semua itu kemungkinan kereta yang kita hendak jual naik RM3,000 tanpa ada bantahan.
Menggandakan DUIT
Teringat salah satu program dalam tv iaitu "Apprentice" tajaan Donald Trump. Dalam salah satu rancangan itu, dia telah memberikan sebanyak USD1,000 untuk 2 kumpulan berlawan.
Cabaran yang diberi adalah mencari peluang perniagaan di dalam Central Park, New York. 2 kumpulan tersebut diberi 2 hari untuk menggandakan duit yang diberikan dan kumpulan mana yang mendapat lebih banyak akan mendapat hadiah iaitu makan bersama Donald Trump dan tidak dikeluarkan dari rancangan itu.
Perniagaan yang dimaksudkan adalah tentang anjing. Kumpulan itu terpaksa melihat anjing sebagai sebab untuk berniaga. Ada yang mencadangkan membasuh anjing, membawa anjing jalan, memberikan pakaian anjing dan mengambil gambar dan membersihkan bulu anjing. Maka berlawanlah ke 2 kumpulan sehingga waktu yang dibenarkan di hari ke2 tersebut. Setelah dikira, kumpulan pertama mendapat lebih dari USD2,000 dan kumpulan kedua mendapat lebih dari USD3,000. Maka kumpulan kedua menang lalu mendapat hadiah makan bersama Donald Trump. Siapa yang lebih menang. Pasti Donald Trump kerana dia hanya melaburkan USD2,000 untuk mendapat lebih USD5,000 dalam masa 2 hari. Dan dia hanya perlu belanja makan kesemua apprenticenya. Belajarlah cara terbaik untuk menggandakan duit kita. Kalau Saidina Ali pernah berkata "Ilmu menjaga Harta bukan harta menjaga ilmu"
Cabaran yang diberi adalah mencari peluang perniagaan di dalam Central Park, New York. 2 kumpulan tersebut diberi 2 hari untuk menggandakan duit yang diberikan dan kumpulan mana yang mendapat lebih banyak akan mendapat hadiah iaitu makan bersama Donald Trump dan tidak dikeluarkan dari rancangan itu.
Perniagaan yang dimaksudkan adalah tentang anjing. Kumpulan itu terpaksa melihat anjing sebagai sebab untuk berniaga. Ada yang mencadangkan membasuh anjing, membawa anjing jalan, memberikan pakaian anjing dan mengambil gambar dan membersihkan bulu anjing. Maka berlawanlah ke 2 kumpulan sehingga waktu yang dibenarkan di hari ke2 tersebut. Setelah dikira, kumpulan pertama mendapat lebih dari USD2,000 dan kumpulan kedua mendapat lebih dari USD3,000. Maka kumpulan kedua menang lalu mendapat hadiah makan bersama Donald Trump. Siapa yang lebih menang. Pasti Donald Trump kerana dia hanya melaburkan USD2,000 untuk mendapat lebih USD5,000 dalam masa 2 hari. Dan dia hanya perlu belanja makan kesemua apprenticenya. Belajarlah cara terbaik untuk menggandakan duit kita. Kalau Saidina Ali pernah berkata "Ilmu menjaga Harta bukan harta menjaga ilmu"
Thursday, February 24, 2011
Pasif
Bila rujuk tentang pasif maka kita boleh buat kesimpulan bahawa ia merujuk sesuatu yang negatif dan tidak bermaya. Orang itu aktif lebih bagus dari pasif. Dia adalah seorang pasif sosial. Pasti pendiam. Maka minggu lepas keluar tentang cerita 'pasif homoseksual'. Ini adalah bukan seperti yang kita sangka. Dalam homoseksual, aktif dan pasif merujuk kepada hubungan yang dibuat. Aktif bermaksud pelaku dan pasif adalah penerima sepanjang masa. Cerita ini terpaksa ditulis untuk mengingatkan diri sendiri dan sesiapa yang baca bahawa Pasif homoseksual bukan bermaksud tidak homoseksual tetapi penerima yang aktif. Cerita ini dirujuk kepada soalan Peguamcara Karpal Singh melihat kepada banyak DNA yang dijumpai didalam kes liwat DS Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari.
Monkey Master
Cerita2 popular tentang Ketua, Pengurus, politik, peperangan banyak diceritakan didalam cerita2 lama di China. Yang popular tentang General Szu Zhu. Tetapi salah satu cerita yang agak menarik tentang politik adalah "Monkey Master" oleh Liu Ji pada kurun ke 14. Seorang jurulatih monyet yang terkenal di panggil Ju Gong atau Monkey Master" berjaya melatih monyet untuk membantu dia mengambil buah2 dihutan untuk makanan dia. Setiap pagi dia akan memanggil monyet yang paling tua dan mengarahkan dia mengajar monyet2 baru untuk membantu dia mencari buah2an hutan. Pada satu hari, salah seekor monyet bertanya "Adakah buah-buahan di hutan sana ditanam oleh tuan kita ini" Yang tua menjawab "Tidak; ia tumbuh sendiri". Bertanya lagi "Kalau kita ambil untuk kita sendiri pun bolehkah? Yang tua itu pelik dan menjawab "Pasti boleh" Semua monyet pada masa itu sedar dan mula mengambil buah-buahan hutan untuk sendiri sehinggalah mengikut cerita Ju Gong itu mati sendiri kelaparan. Bagaimana cerita2 begini sama dengan arus politik sekarang di sekitar Arab sekarang. Cerita minyak diberitahu oleh Gadaffi tentang siapa yang menikmati minyak Libya, cerita di Bahrain tentang minyak juga, Tunisia dengan benda yang sama. Jangan jadi Monyet TUA.
Wednesday, February 23, 2011
Menemuduga
Pengalaman menemuduga orang baik lelaki atau perempuan sudah banyak dilalui. Sekali pandang sudah tahu bagaimana perwatakan perangai orang. Bagaimana hendak memenangi hati penemuduga tanpa perlu mendengar bercakap. 1. Cara bersalam - kalau lemah tandanya tak yakin, kalau terlalu keras - tanda seorang penjual, kalau keras tapi cepat menarik tangan - berpura2, kalau lembut tapi mengenggam - yakin. 2. Cara duduk dan fizikal - kalau bersandar tanda yakin tapi tak tentu betul, kalau di hadapan sedikit - yakin dan pasti dengan semua soalan 3. Tangan dan siku tidak bergerak bercerita dengan mulut 4. Mata melihat tepat sambil menjawab 5. Selalu senyum tanda faham dengan kerja diminta atau kadang2 tak tahu jawab - senyum je 6 . Mencermin diri macam penemuduga - kalau penemuduga mengaru tangan - kita juga menggaru tangan , kalau penemuduga buat lawak - kita ketawa. Kadang2 seronok tengok orang yang mahu bekerja bersedia dengan apa saja tapi bila sudah bekerja selalu komplen.
Unnaipol Uruvan
Dalam bahasa Inggeris bermaksud "someone like You". Cerita tentang orang kebanyakan yang membuat satu plot untuk menyelamatkan beberapa penjenayah (terrorrist). Pelakon Kamal Hassan yang sudah berumur 52 tahun masih terus memberikan lakonan terbaik untuk tatapan umum. Mengikut cerita dia hanya berlakon selama 5 hari untuk watak lakonannya. Keseluruhan babak filem di buat dalam masa 65 hari. Salah satu filem box office pada tahun 2009. Kamal Hassan hanya perlu berlakon seorang diri di atas bangunan dengan menalifon polis memberitahu tentang bom2 yang dipasang disekitar India. Dengan menggunakan alat komunikasi telefon dan beberapa sim kad, dia telah menyebabkan seluruh India kelam kabut. Misi utama beliau adalah membunuh kesemua penjenayah (terorrist) yang mahu dilepaskan. Filem yang boleh tonton tanpa jemu.
A Finger licking Good
Slogan sesuatu syarikat memang memberikan penjenamaan yang kekal. Jika mereka yang pertama memperkenalkan sesuatu produk maka mereka memiliki jenama paling kuat untuk disebut orang ramai. Slogan KFC yang sudah 60 tahun iaitu "A finger licking Good" yang bermula secara tidak sengaja dalam iklan mereka sendiri. Dave Harman pelakon iklan didalam iklan KFC sedang menjilat jari di dalam iklan tersebut ketika sedang mempekenalkan KFC kepada penduduk America. Penonton telah menalifon syarikat TV iaitu Ken Harbough lalu bertanya kenapa menjilat jari di dalam iklan tersebut yang nampak tidak sesuai. Ken Harbough hanya menjawab bahawa "it just finger licking good". Dalam tahun ini, slogan ini akan ditukar kepada "FEEL GOOD". Mengikut berita slogan asal itu terlalu menjurus dan tidak menunjukkan keseluruhan makanan dalam KFC. Entahla, mereka berfikir sehingga merujuk pada perasaan seseorang. Kos iklan akan naik, penjenamaan semula kadang2 boleh melonjak sesuatu produk. NTV7 dulu pun menggunakan slogan "Feel Good Channel".
Tuesday, February 22, 2011
LIBYA
Sudah 6 hari orang bertempur di bandar2 utama Libya dan mengikut cerita sudah bergerak ke Tripoli. Mengikut berita juga sudah 233 orang gugur di Libya sebab rusuhan ini. Orang ramai mahu kepimpinan bertukar. Muamaar Gadaffi yang memerintah lebih dari 40 tahun dan mengikut berita masih kuat. Cerita ulangan ini sama macam di Indonesia, Muamaar Gadaffi adalah General tentera yang berjaya menggulingkan kerajaan yang terdahulu, Suharto juga adalah General yang mengambil alih secara tentera untuk memerintah lebih 30 tahun. Anak Gadaffi iaitu Saif sudah memberi amaran dan mengatakan rusuhan didokongi oleh penagih dadah dan gangster. Dan yang pasti sokongan beberapa kabilah utama sudah menurun dan mengundur diri. Berapa lama Muamaar Gadaffi akan bertahan?
Penganggur
Dilaporkan sehingga Jun 2010, lebih kurang 32,000 graduan Universiti menganggur di Malaysia. Khidmat guna tenaga penuh dinafikan kerana berbagai masalah dari luaran dan diri graduan sendiri. Kerajaan sekarang memberikan peluang untuk graduan2 ini bekerja di sektor pertanian dengan bantuan beberapa pihak. Apa latar belakang graduan2 ini. Mengikut statistik kebanyakan mereka adalah graduan IT, Perniagaan. Kimia, dan macam2 lagi. Sedih bila tiada yang memikirkan cara mereka hendak digunakan apabila graduasi nanti. Dan mengikut kiraan yang belajar sekarang kemungkinan lebih dari 100,000 akan habis belajar pada tahun ini. Bagaimana kita mahu menggunakan khidmat pandai mereka ini. Inisiatif sendiri adalah satu benda yang bukan semua pelajar ada. Dan yang pasti, kerja menunggu seperti dulu tidak berlaku sekarang. Dalam filem "3 idiots", sebelum pelajar2 sebuah Universiti Engineering tamat, beberapa syarikat mengelolakan temuduga untuk mengambil pelajar. Ini pernah berlaku dan masih berlaku sekarang di universiti2 Awam. Tetapi yang ironinya, berapa banyak pelajar ini akan berakhir dengan kerja menanti selepas habis belajar. Berlawananlah untuk mendapat tempat. Itu pasal kita sentiasa berDOA, kerana kejayaan sekarang bukan berterusan kerana cabaran datang tidak berhenti2. Lulus UPSR, DOA lagi untuk masuk sekolah bagus, lulus PMR berDOA lagi untuk mendapat tempat sekolah lebih bagus, lulus SPM berDOA lagi untuk masuk universiti. Jangan meraikan sesuatu berlebihan, berDOA lagi untuk dapat pekerjaan. Dah kerja, berDOA lagi untuk kekal di tempat kerja. Dan terus berDOA untuk mendapat rahmat Allah SWT sentiasa.
Sunday, February 20, 2011
Kungfu Hustle
Salah satu filem yang dibawa oleh produksi Stephen Chow. Dengan bantuan CGI oleh filem Matrix, filem ini telah meletakkan Stephen Chow salah satu jenama filem yang dinantikan. Filem ini datang selepas Stephen Chow berjaya membawa Shoilin Soccer ke antarabangsa. Filem yang tidak terlalu panjang, kemas dengan aksi dan paling menonjol adalah gerakan kungfu yang tidak terfikir oleh orang biasa. Aras tinggi dibuat oleh Stephen Chow untuk filem ini menyebabkan filem2 beliau selepas itu dinilai berdasarkan tahap tinggi. Cerita tentang zaman gangster di China yang menunjukan bahawa untuk berkuasa mesti kuat walaupun tidak ada akal. Aksi boleh tonton untuk menghilangkan kebosanan.
Saturday, February 19, 2011
The King of Comedy
Dalam masa terluang hari Sabtu, aku dapat terhibur dengan cerita Cantonese lama ini. Cerita yang lawaknya agak kasar dengan hingus, terajang tendang dan lempang dan seks. Stephen Chow seorang pelakon lawak yang slapstik memang memberikan lawak international dimana semua orang faham akan lawak tersebut. Aksi dan kata2 mudah kadang2 mencetuskan lawak yang tahap menangis. Cerita tentang seorang pelakon pembantu yang selalu gagal untuk menjadi pelakon tetapi pada masa yang sama terpaksa mengajar berlakon untuk mendapat makan. Akhirnya seorang GRO menjadi pelajar beliau dengan teknik paling kelakar. Air hingus meleleh dalam filem ini pasti dikenang sebagai salah satu trade mark filem.
Thursday, February 17, 2011
Bahrain Pulak
Sudah 3 hari Bahrain kecoh. Lebih dari seribu orang berarak di tengah2 bandar mengikuti apa yang berlaku di Mesir. Mereka minta perubahan. Penduduk yang tak lebih dari 1.3 juta ini adalah sebuah negara yang paling tinggi KDNK di rantau sebelah sana. Sudah 2 orang mati disebabkan demontrasi ini. Yang mereka mahu adalah penukaran pimpinan yang semenjak dari 1971 tidak berubah. 80% dari ahli Parlimen adalah dari pihak istana. Penduduk yang lebih dari 70% shiite ini diperintah oleh 30% sunni. Mengikut lapuran seorang Akauntan di sana bergaji BD800 atau USD2,600 atau RM7,956. Sebuah apartment 1 bilik berharga seperti kita di Malaysia iaitu BD50,000 sehingga BD200,000 atau RM495,000 hingga RM1.9 juta. Harga yang meningkat lebih 400% untuk rumah memang memeritkan kepada seorang pekerja biasa untuk membeli rumah. Yang bagus tax peribadi tidak ada.
Wednesday, February 16, 2011
SPOIL atau Spoiler
Bagi penggemar2 aksoseri kereta, spoiler adalah benda biasa yang tidak terlalu pelik. Ada yang setinggi pintu gerbang, ada yang kecil comel atau ada yang tajam menikam. Kegemaran ini selalunya dekat di hati orang yang sederhana tidak kaya. Tetapi mereka mampu pula menghabiskan sekian ribu ringgit untuk mencantikkan kereta. Boot kereta kadang2 hanya dipenuhi dengan speaker, kerusi empat kadang2 tinggal dua dan yang peliknya bila ada kereta dibuat pintu gerbang spoiler tinggi tanpa tahu tujuan. Semalam aku sendiri memasang spoiler tetapi bukan untuk cantik tetapi mengikut kata jiran aku, spoiler boleh menutup cahaya panas untuk orang belakang. Sekurang2nya aku tahu kegunaan spoiler yang logik. Bila kita menjual kereta kita akan datang, benda2 aksesori ini tidak menambah nilai kepada harga kereta. Pelik melabur untuk keseronokan seorang sahaja.
RED Carpet
Cerita tentang perjalanan artis Amerika di Red Carpet memang sesuatu yang boleh difilemkan. Berbagai bentuk orang, pakaian, jenama dan cara mereka memperagakan pakaian dan kadang2 menjadi ikutan seluruh dunia. 2 hari lepas, Lady Gaga yang tak pernah gagal memberikan kejutan semasa Red Carpet sekali lagi menjadi tumpuan. Kali ini dia berada dalam sebiji telor yang tidak kelihatan dari luar. Ini adalah untuk kejutan semasa dia ingin memberikan persembahan untuk Anugerah Grammy. Dan dia memang selalu dapat memberikan kejutan. Tahun lepas, Gaga yang sama ini memakai pakaian dari daging mentah. Ada siapa mahu tiru.
Tuesday, February 15, 2011
127 HOURS
Tersepit di celah2 Grand Canyon untuk 5 hari boleh menyebabkan kita mati. Cerita tentang biography Aron Rapstor seorang Architect yang suka menghabiskan cuti dengan mendaki gunung. James Franco yang terkenal sebagai kawan dan lawan kepada siri Spider Man membawa watak Aron memang layak dicalonkan untuk Acedemy Award 2011. Cerita tentang kemalangan menimpa menyebabkan tangan dia tersekat di celah2 batu dan mengambil masa 5 hari untuk terlepas. Yang ironisnya, untuk menyelamatkan diri pada masa itu adalah dengan memotong tangan beliau sendiri. Sepanjang masa berdiri dan berfikir tentang keseronokan bila terlepas. Danny Boyle yang pernah membawa kita cerita 'Slumdog Millionaire' memang seorang pengarah yang teliti. Moral cerita hanya satu.......PERGI KE MANA2 SILA BERITAHU ORANG.
Monday, February 14, 2011
PRK vs SRK
Piliharaya kecil ke 16 nampak terang berlaku di Kerdau, Pahang. Mengikut pandangan beberapa bloggers salah satu cara YB sekarang ingin berbakti kepada rakyat jika gagal bersuara di DUN atau Parlimen, maka matilah. Maka PRK akan berlaku dan limpahan duit akan datang seperti hujan tanpa disuruh. Belum sempat di Merlimau, seorang lagi YB meninggal. Kos tinggi yang berlaku kepada peserta2 PRK memang dinantikan oleh penduduk yang YB mereka meninggal. Kadang2 terfikir juga, kesihatan adalah salah satu kreteria penting kalau ingin jadi pemimpin. Seronok kepada penduduk di sekitar PRK sahaja dan tidak melimpak keseluruhan rakyat. Kami tak dapat jambatan macam tempat itu dapat. Kami nak basikal macam tempat tu tayang. Kami nak duit - barang mahal sekarang.
Due Date
Robert Downey Jr memang seorang pelakon berkarektor. Tahun 2010 dia membawa watak adiwira Ironman dan mendapat kritik yang banyak. Due date membawa cerita tentang seorang lelaki yang mahu kembali ke rumah untuk menyambut anak yang pertama. Awal cerita sudah ditunjukkan keadaan kelam kabut dan bermulalah sebuat cerita road movie. Berkisar tentang perjalanan dia menuju ke rumah dari timur ke barat Amerika tanpa dibenarkan naik kapal terbang. Boleh dilihat di awal filem tentang sensitiviti penerbangan Amerika tentang perkata terrorist dan bomb. Cerita komedi yang boleh ditonton sekeluarga dan memang menyeronokkan. Dan kita boleh lihat betapa penting suami berada di sekitar isteri ketika mahu melahirkan anak.
Saturday, February 12, 2011
Tergolek
Dan telah diumumkan oleh TP Omar Suleiman di Cairo semalam, Hosni Mubarak mengundur diri dari tahta President Mesir. Ini telah disambut dengan gilang gemilang betapa kuat pemimpin menguasai segala2nya tetapi apabila keperluan asas tidak dapat dipenuhi maka 30 tahun menguasai segala2nya tidak dapat bertahan. Lebih dari 60% dari 80 juta orang di Mesir adalah di kalangan orang di bawah 30 tahun. Pendidikan diberikan tetapi jaminan kerja tidak dipenuhi. Harga barang terlalu tinggi. Kadar gaji asas terlalu rendah. Dan Hosni Mubarak mengikut kajian mengumpul lebih dari 80 billion USD sepanjang menguasai Mesir. 11/12/2011 adalah hari akhir seorang Firaun di Mesir.
Thursday, February 10, 2011
Wo chidao le
Belajar Mandarin adalah lebih senang dari Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Mengikut kajian Pakar Bahasa, pelajar hanya memerlukan 90 jam pertemuan dengan Pensyarah untuk boleh bercakap pasar Bahasa Mandarin. 1500 jam untuk belajar karakter Bahasa Mandarin untuk mahir membaca tulisan cina. Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia memerlukan lebih dari 10,000 jam untuk mahir sepenuhnya. Buktinya adalah bahasa Inggeris yang innovatif mencipta perkataan baru untuk setiap benda. Contoh untuk kamus sahaja, bahasa Inggeris ada macam2 versi iaitu untuk kegunaan doktor, engineer, peguam, pelajar, matematik, sains dan banyak lagi berbeza setiap satunya. Karakter untuk bahasa Cina hanya 3500 sahaja dan jika telah mahir maka orang itu akan menguasai segala benda yang tertulis dan bekerja lebih senang. Ini juga boleh disimpulkan kenapa budak2 yang belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina cepat belajar matematik dari budak2 Sek Kebangsaan. Hexogan, Octogan, Pentogan sekadar contoh dimana dalam bahasa cina hanya menyebut 5 bucu, 6 bucu dan 8 bucu. Cepat mengetahui bahasa memberi laluan mudah kepada semua orang untuk faham.
Wednesday, February 9, 2011
Separuh Halal
Hari Ahad 06/01/2011, bank Pusat Qatar mengarahkan semua conventional Bank di sana menutup anak syarikat Islamik mereka. Segala yang bersifat 'window concept' kerana takut bertanggungjawab dengan kecelaruan penggunaan duit di antara kedua2nya. Peraturan ini menimbulkan bibit percakapan di antara Negara2 yang banyak mengamalkan dwi concept didalam satu bank. Arahan baru ini juga boleh diambil kira sebagai satu anjakan baru di dalam sistem perbankan Islam kerana Bank2 yang besar sekarang sudah mula membuat perkiraan dalam menubuhkan Islamic window concept bank iaitu tingkap je Islam. HSBC dengan HSBC Amanah, Standard Chartered dengan As Saddiq, OCBC dengan Al Amin. Sesuatu yang kena difikirkan.
Labels:
Bank
Sunday, February 6, 2011
BANK mengawal perbelanjaan
Apa akan berlaku jika ATM mesin tidak ada duit lebih seminggu. Bagaimana reaksi orang. Bagaimana keadaan kita. Terpaksa mencuri makanan, terpaksa merompak kawan, terpaksa buat apa2 untuk makan. Ini yang berlaku di Mesir lebih dari seminggu. 06/02/2011 Hari ini salah satu bank utama mereka Commercial International Bank Egypt SAE membuka ATM untuk orang kebanyakan. Mengikut laporan mereka terpaksa mengunakan Cargo untuk membawa duit itu ke setiap ATM secara maksimum untuk kegunaan rakyat Mesir. Semua orang boleh mengeluarkan duit sehingga USD10,000 setiap hari. Bagaimana kalau ini berlaku kepada kita di Malaysia. Bersedia atau tidak?
Pan's Labyrinth
Menonton marathon filem yang baik memang salah satu kegemaran. Cerita dongeng orang Sepanyol tentang Pan Labyrinth, Foun dan puteri yang hilang memang bagus. Memenangi kategori filem asing di Oskar pada tahun 2006 memang cerita yang bagus. Landskap yang baik dan jalan cerita yang bagus memang boleh menyebabkan kita lekat di TV. Pengakhiran yang tragik dengan kematian pasti memilukan. Menonton bersama anak2 tidak digalakkan kerana terlalu kejam.
Peepli Live
Salah cerita yang dinantikan pada tahun 2011. Cerita dibawa oleh Amir Khan production pasti menimbulkan seribu satu cerita yang menggambarkan keadaan sebenar di India. Cerita berkisar tentang peladang yang mahu bunuh diri kerana insentif yang diberikan oleh kerajaan India sebanyak 100,000 rupee. Keadaan ini menimbul kecelaruan dikalangan ahli politik dan boleh menjatuhkan kerajaan dan menaikkan pembangkang. Cerita tentang ketidakpedulinya wartawan dalam mendapatkan isu penting dan keadaan miskin yang tidak mengubahkan apa2. Dua tiga aksi yang pasti ingat sampai bila - mereka tidak elektrik tetapi dihadiahkan TV dan ketua bandar memberikan mereka pam air dimana mereka tidak ditolong untuk menggali telaga. Berkumpullah mereka dihadapan 2 hadiah itu tanpa perlu berkata2 tetapi sebagai penonton kita boleh bercerita. Boleh ditonton untuk mendapat ilmu.
Unstoppable
Denzel Washington memang salah seorang pelakon berprofilik istimewa dan selalu memberikan lakonan yang baik. Dalam cerita yang kebanyakan hanya tentang mesin yang bergerak tanpa orang dan tidak boleh diberhentikan. Cerita benar di Amerika. Chris Pine (side kick) dan Denzel Washington memberikan lakonan seolah2 banyak aksi di dalam filem ini tetapi mereka berada di dalam keretapi satu gerabak lebih dari 90 minit. Cerita tentang bagaimana untuk memberhentikan keretapi pun boleh memberikan satu cerita. Hanya bergerak dari seorang pemandu keretapi yang tak sempat menukar arah keretapi dan keretapi bergerak bersama bahan kimia di dalam gerabak. Menarik kepada penonton yang suka cerita benar dan pergerakan keretapi laju.
The Fighter
Filem biography tentang peninju sudah banyak kali ditayangkan dan selalunya cerita begini mendapat tinjauan yang banyak dalam kritik dan pengikut yang banyak. Raging Bull - Robert De Niro, Ali oleh Will Smith, Denzel Washington pun ada menjadi peninju dan banyak lagi. Cerita the Fighter ini tentang peninju yang mengharapkan abangnya yang pernah mengalahkan Sugar Ray Leonard menjadi jurulatih. Christian Bale memberikan lakonan terbaiknya dan telah menang hadiah Golden Globe tahun 2011. Pelakon utama Mark Wahlberg juga memberikan lakonan terbaik beliau tetapi tidak mendapat percalonan. Salah satu filem yang dicalonkan untuk Oscar 2010.
Saturday, February 5, 2011
UGUT
Pukul 5.30 am, seperti biasa aku pasti terbangun kerana telefon berbunyi tolong bangunkan aku. Rutinnya, telefon akan dimatikan bunyi yang menggangu tidur itu. Tetapi pagi itu juga aku terpampan di muka telefon membaca email yang diterima dari Jantansial68@yahoo.com bercerita tentang seorang kawan. Cerita tentang seorang isteri yang ditinggalkan suami dan beranak satu. Anak sudah berumur 6 bulan tetapi diganggu oleh saudara mara lelaki tersebut yang diberitahu sudah berkahwin. Perempuan itu adalah isteri ke 2 untuk sementara dan diceraikan apabila anak lahir. Macam drama tapi dalam dunia benar dimana cerita itu untuk kawan yang aku kenal. Apa yang perlu kita buat bila terima email yang macam ini. Ini bukan Spam yang menjual ubat membesarkan anu atau awek cyber seksi yang selalu muncul untuk ajak berbual. Rasa2 perkara yang boleh kita bantu adalah bikin filem kat M Nasir. Yang lain pasti kita tak tahu. Takkan nak ajak awek tu jumpa atau ajak kawin. Perkara tak pelik sangat cuma secebis cerita diceritakan untuk kita bersembang. Email itu juga bersifar Ugut untuk sebaran maka nampak berjayalah sebab aku terima. Tapi yang pelik atas nama Jantansial....cerita macam cerita perempuan.
Hurriyya
Perkataan ini muncul beberapa hari yang lalu di Mesir. Mubarak nampak letih dan tegas tidak mahu berundur dan perkataan Hurriya terus dilaungkan. Sekarang Pro mubarak pula mencetuskan peperangan ke atas anti mubarak menyebabkan pergaduhan yang lebih besar pasti berlaku. Semua tempat berlalu anti seseorang pemimpin pasti ada yang pro menyokong. Di Thailand, pasukan Red T Shirt dan yellow T shirt berlawan2 membuat demontrasi. Di Indonesia juga lebih kurang sewaktu General Suharto hendak dijatuhkan. Bagaimana berakhirnya sesebuah demontrasi. Beberapa kematian akan berlaku, dunia cuba berteka2 dan menyokong sesebuah pihak. Dan pasti Hurriyya disebut tanpa sekatan dan ketakutan. The Entry of Freedom...."Hurriyya".
Friday, February 4, 2011
Cuti Ke Melaka
Niat bercuti mesti diteruskan. Ke arah mana kadang2 boleh buat suami isteri bertengkar. Yang isteri nak bershopping dan yang lelaki yang berehat. Akhirnya mendapat satu persetujuan - Ke Melaka. Aku memang suka makan dan isteri pula hendak makan ikan bakar jadi destinasi yang dipilih adalah Melaka. Tidur semalam di Melaka dan makan di Umbai memang menyeronokan. Tidak ada gangguan luaran seperti telefon atau kerja. Anak2 pun seronok. Cuma yang memenatkan adalah kesesakan lalu lintas. Cuti juga penting untuk anak2. Mesti ada tempat binatang nak lawat dan kolam air nak mandi walaupun di rumah pun ada sebesar tempat mandi bayi. Melawat taman rama2 di Ayer Keroh boleh menambah ilmu pada kanak2. Masuk RM8 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak2. Aktiviti yang memenatkan cukup buat anak2 selesa tidur dan bagi laluan pada aku dan isteri buat aktiviti lain. Bercuti la kalau perlu menambah ilmu dan rancang cuti untuk anak2.
Wednesday, February 2, 2011
Gongxi Gongxi, Gongxi Facai
Tahun baru Cina adalah bermula kalender Cina yang terbahagi kepada 12 binatang. Dan pada tahun ini, arnab adalah binatang ke 4 dalam pusingan binatang ini. 2011 juga boleh dikenali sebagai tahun Arnab Besi. Aku lahir 1970 berada di tahun anjing. Berbagai ramalan dibuat, lahir bulan berapa boleh di buat ramalan, orang cina buat ramalan ikut tahun dan horoskop bulan pun ada ramalan. Yang sahih tidak akan berlaku adalah apabila kita tak buat apa2.
Tukar Pemimpin
Ia hanya bermula di Tunisia apabila seorang pemuda bernama Mohamad Bouazizi peniaga sayur telah dirampas kedainya. Seminggu lepas itu dia telah ke majlis perbandaran bersama minyak petrol menyimbah ke badan dan membakar dirinya. Jatuh dan tertukarlah kepimpinan Tunisia. Beberapa rusuhan kecil berlaku di Yaman, Jordan dan Mesir. Dan yang paling teruk sekarang adalah di Mesir. President Hosni Mubarak yang memegang kerusi tertinggi selama 30 tahun diberi kata dua untuk keluar dari Mesir sehingga hari Jumaat ini (04/02/2011). Ketua regim menggesa Mubarak iaitu Al baradei (bekas Menteri) berada dibelakang rakyat yang mahu keadilan.
Labels:
life
Subscribe to:
Posts (Atom)