Satu persatu demo telah disusun sepanjang April 2012 ini dari berbagai pihak. Peneroka2 Felda tentang penyenaraian Felda Global Venture Bhd (FGVB), Pelajar2 menentang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memohon pendidikan percuma, Bersih 3.0 yang menuntut PRU yang lebih adil akan diadakan pada 28/4/2012. Maklumat yang pantas tersebar dan peningkatan pencerahan tentang sesuatu tidak boleh lagi disangkal oleh media stream seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3 atau RTM.
Pelajar2 telah berkumpul lebih 2,000 orang di Kuala Lumpur pada hari Sabtu 14/04/2012 dan berarak menuntut dihapuskan pinjaman PTPTN. Kenapa ini diminta hapus? PTPTN memberikan satu bentuk pinjaman pendidikan kepada semua yang layak masuk ke Universiti awam atau swasta. Pinjaman ini mesti dibayar setelah habis belajar dan dikenakan kadar faedah sebagai urusan pentadbiran PTPTN. Beberapa cerita tentang pelajar2 yang disenarai hitam kerana tidak membayar dan dikenakan kadar faedah lebih tinggi.
Setelah selesai berdemo dan berarak, pelajar2 ini telah singgah di Dataran Merdeka dan berkhemah di sana. Bermula dengan 4 buah khemah dan merebak menjadi 10 khemah. DBKL telah datang menghalau dan berlaku sikit pergaduhan di antara pelajar dan penguasa DBKL. Tindakan berkonflik ini akan menyebabkan lebih banyak pelajar akan turun ke Dataran Merdeka untuk solidariti - semangat setiakawan.
No comments:
Post a Comment