Aku mula mengumpul gambar sekitar tahun 1983 - 1987. Bukan mudah kerana ia berada di bermacam2 tempat. Aku sudah berada di rumah ketiga iaitu rumah mak aku, rumah pertama aku dan sekarang rumah ke 2 aku. Kena percaya setiap kali kita berpindah maka sebahagian memori kita akan hilang bukan sebab hilang ingatan tetapi kita tinggalkan barang2 yang rasa2 tidak diperlukan di rumah baru nanti. Gambar2 kita tinggalkan di rumah mak mungkin sudah sukar untuk digali. Bertindan dengan barangan lain dan mungkin hilang warnanya.
Gambar2 tahun 1983 - 1987 ini menyimpan banyak cerita. Mungkin ada yang ingat tetapi hanya sebahagian dan mungkin ada yang lupa kerana 29 tahun sudah ditinggalkan. Aku mahu bercerita dengan gambar2 ini. Tua sudah sampai tetapi kita pernah muda. Muda kita dimana dan bagaimana ia bermula. Sukar awalnya kerana sumber yang aku ada hanya beberapa gambar tetapi setelah berfikir panjang dan berurusan terus dengan Mark Zuckerberg maka urusan yang satu ini disenangkan. Habis semua kawan aku sekitar tahun 1980 an sehingga 1990 an aku tonton gambar mereka dengan bantuan Mark Zuckerberg. Gambar2 ini bernilai sejarah ini rupa2nya sudah menjadi hak milik Mark Zuckerbeg, walau bukan sepenuhnya tetapi yang pasti semua orang meletakkan gambar tanpa tahu bahawa ia menjadi hak milik Mark Zuckerberg.
Mark Zuckerbeg ini bukan lama aku kenal dan dia lebih muda dari aku mungkin 15 tahun. Aku sangat berterimakasih pada Mark Zuckerberg seorang ini, dia memungkin aku mengumpul lebih dari 100 gambar sekitar 1983 - 1987 dan gambar2 bernilai sejarah ini kadang2 pelik kerana orang di dalam gambar pasti tertanya bagaimana aku dapat gambar mereka. Terimakasih Mark Zuckerberg.
No comments:
Post a Comment