Aku sedang makan selepas solat Jumaat. Hari2 Jumaat dimana masuk awal, pasti makan aku hanya berlaku selepas solat. Aku adalah pekerja tegar, masuk ikut waktu dan membayar cukai. Aku wira negara kerana banyak projek di Malaysia adalah datang dari duit yang aku bayar cukai. Makan hari ini aku diganggu seseorang. Tersenyum dari jauh dan terus menerpa. Macam aku kenal dan dia terus memperkenalkan diri. Memang sah aku kenal tetapi sudah lupa nama, mak aku cakap mungkin aku banyak telan semut. Cish. Mulut mengunyah ini aku menyapa ajak makan sekali. Semacam di pinggan yang sama.
Setelah memperkenalkan diri tanpa berlengah orang yang menegur terus bertanya di mana aku mengundi. Aik, hebat. Aku menjawab sambil tersenyum "Di Selangor la"sambil sedap pulak mengunyah nasi bukhara ayam. Lelaki ini menbalas balik "Kali ini kita akan rampas Selangor dari PKR" Oh ye ke kata aku. "Aku memang tahu UMNO banyak salah tapi PKR ini dah melampau, kita mesti ambil balik dari dorang" Aku bertanya lagi kat mana melampaunya. Dia memberitahu "Kalau dorang naik, Malaysia akan jadi macam Singapore, republik, Menteri Besar orang Cina, Melayu dipinggirkan, kita kena ingat anak2 kita yang akan datang" Aku bertanya lagi "Sekarang ini ok tak?" Dia membalas sekarang tak ok kerana BN tak dapat 2/3 dari parlimen maka banyak benda tidak dapat dibuat. Aku tak setuju dan menambah "Bila tak kuat, rakyat mesti dapat untung, tengok Tol di Cheras dah diberhentikan, dapat duit BR1M RM500 tanpa dipilih2 dari parti mana, RM100 untuk anak2 masuk sekolah." Aku menyambung lagi "Kalau tukar sekali tak boleh ke?"
Dia tersenyum kelat seperti tak dapat makan apa yang aku makan, nasi bukhara. Dia menyambung cerita "PKR berjanji macam2, boleh ke dorang buat?" Aku menjawab "Entahla, buku jingga yang dorang tulis macam boleh buat" Dia menyambung lagi "Berjanji memang boleh, tapi nak tunai tu susah sikit la" sambil mata melihat nasi bukhara aku. Dia menyambung lagi "Najib dah buat macam2, kita kena bersyukur" Aku iyakan. Tapi aku menyambung "Aku rasa dah ok Selangor ni, air percuma, cukai pintu dah diturunkan - aku beritahu apa yang aku tahu la" Aku terus melabun "Rasa2 wakil rakyat di Selangor lebih mudah didekati, hari tu aku dapat sembang dengan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad, wakil PAS - nampak ok pandai" Aku sambung lagi "Aku pernah sembang dengan Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam - kat surau tempat aku lagi - ceruk tu" Aku tambah cerita lagi "Pernah juga aku sembang dengan Ng Suee Lim, Adun Sekinchan - ok, bagus untuk rakyat" Aku tambah lagi sambil melihat dia sudah seperti tak mahu mendengar "Aku kena cepat ni, 2.30 nak masuk balik" Dia senyum dan minta nombor telefon aku, aku memberi dan bersalam sambil melihat dari anak mata, nasi bukhara yang tidak kesampaian.
No comments:
Post a Comment