Ilmu hendak berkahwin tidak boleh dapat hanya dengan hadiri 2 hari kursus perkahwinan. Cerita tentang pergaduhan setelah berkahwin walaupun sudah 10 tahun berkawan pun ada. Betul kata Saidina Ali Karamullah - 'Ilmu menjaga harta" bermaksud kalau ada ilmu, pasti harta terjaga, pandai berekonomi, berbelanja mengikut kemampuan dan tidak beli galaxy tab hanya untuk main 'games'. Aku juga beli Galaxy Tabs untuk kesenangan membuat kerja. Atau beli Nokia Lumia hanya untuk hantar SMS. Personal Computer sudah jauh kebelakang dan rasa2 berada di zaman dinasour. Bila berkahwin suami menyediakan segala2nya. Duit suami 100% untuk keluarga. Duit isteri, isteri yang punya. Ini adalah hukum asal. Dengan keadaan ekonomi yang serba mahal, duit isteri terpaksa dibelanjakan untuk keluarga. Maka ia menjadi 'ehsan' kepada suami. Pahala tu. Suami pulak perlu merancang sementelah ketika bertunang lagi. Menyewa atau membeli rumah. Berkereta atau naik motor. Masak atau makan di luar. Bersanding atau tidak. Kenduri atau tidak. Bercinta mungkin tidak terfikir tetapi bila sudah bertemu yang berkenan dan bertunang, persediaan pemikiran paling penting. Kerana pemikiran yang sihat boleh buat keputusan yang baik.
No comments:
Post a Comment