Antara benda awal aku beli selepas duit gaji yang pertama dulu adalah khemah. Entah mimpi mana yang aku dapat, tiba2 khemah yang aku beli. Harga lebih kurang RM29 sahaja dan boleh muat 4 orang. Maka khemah yang satu ini aku pakai semahunya. Port Dickson, Bagan Lalang, Air Terjun Lata Kijang pun sudah menjadi saksi khemah yang satu ini sudah berumah di sana. Bukan aku sahaja sudah bermalam didalam khemah ini, mak mertua aku juga sudah berehat di dalam khemah yang sama. Bersantai sekeluarga dan khemah ini banyak membantu dari hujan dan panas.
Bila berkhemah di Dataran Merdeka sudah masuk seminggu, ini terlalu pelik. Cerita mereka yang mudah diselesaikan menjadi satu cerita besar yang nampak seperti satu kerajaan kena berbincang. Pinjaman PTPTN minta dihapuskan oleh pelajar2 dan mereka berkhemah hanya memenuhkan protes yang sama. 2 malam sudah nampak impak dan apabila mereka diserang dengan 40 orang gangster dan dirakam video dan dipancar dalam MSN Yahoo maka cerita mereka ini tidak lagi mudah. Kenapa perlu diserang mereka ini? Hanya DBKL sahaja yang berurusan dengan mereka.
Aku melihat cerita mereka ini sebijik macam cerita India dari India. Cuba tonton cerita hindustan "Pepli Live". Gangster akan membuat ugutan jika diteruskan dan ada orang mendapat untung dari protes yang dibuat. Aku juga pernah dengar cerita2 dalam di Syria. Kerana terlalu marah dengan budak2 muda yang berprotes setahun dulu, beberapa orang telah ditangkap oleh sesiapa yang tidak diketahui. Dalam beberapa hari mereka dihantar ke rumah masing2 dalam keadaan mata dicongkil. Adakah ini memberi ketakutan kepada orang2 muda yang lain? Rupa2nya cerita congkil ini menambah kekuatan yang berbeza untuk terus protes.
Cerita berkhemah sekarang bukan lagi cerita kecil. Satu dunia melihat video MSN itu dimana budak2 diserang maka yang pasti khemah akan bertambah. Khemah sekarang ini bukan lagi untuk bersantai tetapi satu protes yang sudah nampak besar.
No comments:
Post a Comment