Bergegar lagi. Rumah ini tidak lagi baru setelah 2004. Cerita dulu merewang2 dalam ingatan. Apa lagi dosa kami. Air mata sudah keluar tanpa dipaksa. Anak2 lahir selepas 2004 tidak tahu ketakutan kami. Duduk di luar rumah dan betul2 duduk di pasir. Melihat rumah bergegar 30 saat sudah menimbulkan macam2. Cerita lama dicerita kembali. Jiran2 berkumpul di laman. Gegar ini macam 2004 dulu. Berlari kami terus ke Masjid Abdul Rahman. Orang ramai sudah berkumpul dan bising seperti pasar. Kami semacam tahu apa yang perlu dibuat. Tapi di hati memikir kali ini bagaimana ia akan datang. Apa lagi dosa kami.
Cerita ini seperti ulangan. Amaran dikeluarkan petang ini bukan main2. Skala richter menunjukkan 8.9. Kami menunggu dan menangis. Apa lagi kami perlu buat. Perasaan dimain2 dengan bacaan Al Quran di masjid. Tangis dan teriak mencari berkali2 berulang2. Yang mencari tidak berhenti menjerit, yang menangis terus melagu dan kami yang tua2 ini turut menangis menanti bencana datang. Apa lagi dosa kami. Setiap kali amaran diberikan, kami melihat harta seperti bahan buangan. Apa yang perlu diselamatkan hanya nyawa. Anak2 kecil menangis seolah faham. Ulangan cerita ini seolah akan berlaku.
Penantian yang tidak tahu bila ini memang menakutkan. Seorang sudah memanggil orang ramai bersolat Asar. Zohor kami di mana? Panggilan azan dilantunkan. Takut dan memohon pertolongan Allah SWT. Ruang solat sudah penuh. Memang dari tadi semua sudah berkumpul. Imam hari ini memanjangkan bacaan tetapi ingatan terus apa yang akan berlaku. Asar berlalu dan maghrib sudah menjelma. Amaran berjaga2 masih ada. Isyak akan tiba bila2. Hati sudah tidak lagi memikirkan rumah, duit, kereta, kerja, majikan yang garang, kesempitan duit, hutang dan hanya mahu berpelukan dengan keluarga. Masa sepanjang ini kami memohon maaf bercerita tentang dosa dan memohon ampun. Peluk kami ini bukan sebarangan, mungkin peluk yang terakhir. Sudah 5 jam bercerita dan memohon ampun, amaran Tsunami ditarik balik. Kami berpegangan tangan menuju rumah, kami berubah dan berfikir - apa lagi dosa kami.
No comments:
Post a Comment