Islamik Banking menjadi satu tunjang utama pentarbiahan iaitu ia bukan lagi alternatif tetapi pilihan. Urusan perbankan secara Islam ini diterima pakai di Malaysia dan menarik beberapa bank berkonsep Islam untuk datang kerana platform (Akta Islamik Banking 1983) yang disediakan untuk mereka berniaga. Maka menderu2 bank2 Islam seperti Kuwait Finance House (KFH), AL Rajhi, Qatar Bank, Bank Muamalat Indonesia dan bank2 Islam di dalam Malaysia tercabar seperti Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd dan Bank Rakyat.
Konsep Islamik Banking ini juga membuatkan bank2 konvensional seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan bank2 kecil membuat satu jabatan kecil didalam bank untuk menunjukkan bahawa Islamik Banking terdapat dalam bank mereka. Konsep awal dulu dipanggil sebagai Sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF). Beberapa bank di Jepun seperti Matsusita dan Mitsui sudah menceburi Islamic Banking. Bank Perancis seperti BNP Paribas juga sudah ada unit Islam mereka sendiri.
Masa berlalu dan setiap tahun Malaysia menganjurkan seminar iaitu Kuala Lumpur Islamic Financial Forum atau KLIFF. Ini adalah satu program memberi hadiah kepada bank2 yang mempromosikan Islamik Produk kepada Malaysia.
Setiap kali diumumkan, nama Maybank, CIMB atau Public Bank pasti ada kerana promosi hebat yang mereka lakukan. Betul ke ? Sebenarnya program yang dibuat oleh bank2 ini berdasarkan 'TUKAR TOPI' sahaja. Bagaimana? Contoh yang paling senang, apabila sampai sukuan ke 3 atau ke 4 perakaunan Bank tersebut, maka dengan sekali arahan, semua pinjaman selepas ini mestilah di buat secara Islamic maka Bank2 ini mengaut segala pelanggan yang memohon pada masa itu kepada secara Islam. Apa perbezaan yang akan berlaku? Berlaku penurunan di dalam konsep konventional tetapi secara Islamik meningkat secara mendadak. Tarbiah utama kepada pelanggan sebenarnya masih tidak sampai dan pelanggan sebenarnya di pihak yang menanti maklumat kerana yang diketahui mereka hanya membeli rumah atau kereta tapi duit tidak cukup.
Syariah Kounsel yang berada di dalam bank2 kena mengambil peluang tarbiah melakukan setiap kali pinjaman paksaan ini berlaku kerana pengetahuan tentang Islam boleh diterap kepada pelanggan2 bukan Islam.
Kelebihan yang berada pada konventional bank amat besar kerana jangkauan cawangan yang luas dan sistem elektronik banking yang sangat canggih.
No comments:
Post a Comment