Di Stesyen Metro, Paveletskaya, Moscow |
Aku sendiri
Aku 45 tahun. Tahun ini menjadi satu titik beza bagi aku kerana tahun ini aku dapat ke Moscow Russia pada bulan Ogos dahulu. Musim panas yang pasti seronok dilawati. Aku bekerja bukan berehat selama 8 malam di Moscow sambil melihat tempat orang. Dan cerita ke Russia ini mungkin akan bersambung fasa baharu jika aku pergi ke sana pada tahun 2016.
Cuti2
Tahun ini kami sekeluarga bercuti banyak di Malaysia Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Penang pada akhir tahun 2015. Bulan March 2015, kami sekeluarga juga ke Jakarta cuti penggal pertama sekolah. Kami juga naik bas Hop Out Hop In Kuala Lumpur dan Pulau Pinang untuk melihat tempat percutian di Kuala Lumpur dan di Penang.
Isteri
Masih seperti dahulu dan aku terus merindui bila berjauhan. Masak makin sedap dan berat badan aku naik tak terjaga. Bijak berkeluarga dan berkorban untuk aku bila2 masa. Makanan baru terus dicuba buat. Kadang2 jadi dan kadang2 aku tengok je.
Anak2
Nabil sudah habis tahun 4 dan akan menjadi Pengawas Pusat Sumber 2016. Aqila pula naik ke tahun 2 dan Aniq sudah mendaftar ke tadika. Aalia masih seronok untuk tidur dengan aku dan isteri. Anak2 sudah pandai merajuk bila tidak dapat apa yang mereka hendak. Masih mendengar kata dan Nabil cuba solat penuh dan selalu gagal.
Kerja
Aku masih bekerja dengan syarikat yang sama seperti tahun2 dahulu. Ini adalah tahun ke 5. Masih membuat benda2 sama. Agak senang tanpa gangguan.
Politik
Tahun yang gagal bagi aku. Ada cerita RM2.6 billion masuk dalam akaun orang yang paling berkuasa di Malaysia dan bantahan tidak dilayan atau diperkecilkan cerita. Cerita mengganggu juga apabila beberapa orang penting PAS keluar dan menubuhkan Parti Amanah. Dan paling mengganggu fikiran juga bila PAS diceritakan seperti akan bergabung dengan UMNO.
Kesihatan
Full check up buat pada bulan November 2015, BP ok di 110/70, ECG normal, Kidney tak de masalah dan Liver ok. Diberitahu juga bahawa urik asid dan kolesterol berada dalam keadaan tinggi. Dinasihatkan mengambil ubat secara tegar harian malam dan pagi. Kadang2 aku ingat kadang2 aku lupa.
Ekonomi
Tahun yang tidak menunjukkan prestasi apa2. Kita kena sendiri mencipta bonus. Syarikat tidak membayar bonus dan kenaikan gaji yang agak minima. Harga barang naik dan cerita GST yang menyemakkan. Untuk mendaftar anak pada hujung tahun, ibubapa mesti mengumpul duit atau akhirnya meminjam adik beradik.
Blogging
Sudah memasuki fasa baru dimana Dunia Firdaus sudah mencapai angka 100,000 pengunjung. Mereka membaca atau tidak, tidak diketahui tetapi beberapa maklumat penting seperti tulisan yang paling banyak dibaca adalah Gaji di Bank. Dan post paling popular tahun ini adalah Surat Tawaran Haji.
Blogging
Sudah memasuki fasa baru dimana Dunia Firdaus sudah mencapai angka 100,000 pengunjung. Mereka membaca atau tidak, tidak diketahui tetapi beberapa maklumat penting seperti tulisan yang paling banyak dibaca adalah Gaji di Bank. Dan post paling popular tahun ini adalah Surat Tawaran Haji.