Yang selalu jengok

Tuesday, July 17, 2012

1 ekar = 43,580 kaki persegi

Ling Leong Sik berkali2 menidakkan kementeriannya dahulu bahawa terlibat dengan pembelian tanah untuk membuat Port Klang Free Zone (PKFZ) seluas 1,000 ekar.  Kekecohan ini melibatkan syarikat berkaitan kerajaan iaitu Port Klang Autority (PKA) melabur dalam projek yang tidak menjadi dan melibatkan duit lebih RM12.5 billion.  Berapa banyak RM12.5 billion ini, 1 ribu juta adalah satu billion maka 12.5 adalah 12.5 ribu juta.  Kalau diberikan pada setiap yang hidup di Selangor sebanyak 4 juta orang maka setiap seorang akan mendapat RM3,125 (lebih dari RM500 Bantuan Rakyat 1 Malaysia). 

Kenapa beli tanah juga kecoh?  Ini disebabkan harga yang ditawarkan lebih dari penilaian yang dibuat iaitu RM21.  Pembelian tanah seluas 1,000 ekar itu dibeli dengan harga RM25.  Nampak macam RM4 sahaja tetapi jika diperhalusi 1,000 ekar X 43,580 = 43,580,000 kaki persegi dengan harga lebihan RM4, maka harga lebih adalah RM174 juta.  Sebenarnya pada satu ketika Parlimen (PAC) membuat soal siasat sendiri bertanya tentang harga RM21 itu lebih tinggi dari harga semasa dibeli sekitar Pulau Indah sebanyak RM10.60 sahaja.  Kalau dikira ini maka pembelian tanah oleh PKA terlebih mahal sebanyak RM627 juta lebih tinggi.  Spekulasi yang menaikkan harga tanah ini adalah melampau dan pasti orang yang menjual tanah ini sudah kaya raya.  Siapakah yang empunya tanah ini?

Tetapi kerugian yang lebih besar iaitu RM12.5 billion itu hanya berkisar tentang Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang ditawarkan sebagai 'Turnkey Project' atau kontraktor utama yang memastikan semua siap dan PKA hanya basuh kaki untuk masuk ke PKNZ.  Tuan punya Kuala Dimensi adalah Tiong King Sing (MP Bintulu). Lapuran lengkap tentang penipuan eletrikal sahaja mencapai lebih dari RM126 juta tapi barangan tak siap.  Arkitek dan Engineer KDSB sudah didakwa di mahkamah.

Sebenarnya benda2 seperti ini yang melibatkan ekonomi sepatutnya menjadi perkiraan orang ramai.  Penipuan2 yang mengkayakan beberapa kerat orang ini adalah bahaya kerana rakyat tertindas dengan harga barang mahal, tol yang kena bayar, cukai dan pendidikan yang mahal tanpa mengetahui kenapa orang biasa terlibat dengan kes2 sebegini.

Monday, July 16, 2012

Lockout



Cerita ini macam sudah kita tengok berkali2.  Cerita tentang penjara dan ada orang baik ditawan di dalam penjara dan hero kena selamatkan.  Macam pernah dengar kan! Cuma kali ini penjara yang satu ini berada di angkasa dan perkara ini berlaku sekitar tahun 2070 nanti.  Cerita lakonan yang agak lemah dan dilakunkan oleh Guy Pearce.  Masa awal2 dulu ketika cerita Momento, aku suka sangat si Guy ni tapi sekarang lakonan dia agak tidak memberansangkan.  Cerita kitaran semula yang tidak membina akal lansung.  Filem dari arahan pengarah aksi dari Perancis dan diterbitkan oleh Luc Besson


Kuala Lumpur akan Menjadi Mahal

Beberapa minggu lepas diberitahu bahawa Qatar Holding akan membina Hotel Harrods dan Harrod Residence di tengah2 kawasan emas Kuala Lumpur iaitu Bukit Bintang.  Aku teringat menulis tentang betapa hebat seorang Datuk Lim membeli sekangkang kera tanah di Bukit Bintang sehingga RM7,200 untuk sekaki tanah.  Ini adalah rekod tertinggi di Kuala Lumpur.  Maka pembikinan Hotel Harrods oleh Qatar Holding ini memberi keuntungan kepada Datuk Lim itu yang nampak bangang pada awalnya.  Tetapi bukan tanah itu yang ditawarkan pada Qatar Holding tetapi di sekitar Jalan Conlay berdekatan dengan Restauran Seri Melayu.  Tetapi Datuk ini juga akan mendapat limpahan keuntungan ini.  Hotel Harrod ini adalah yang dipertama di franchisekan di luar dari Britain.  Qatar Holding membayar USD2.3 billion untuk mendapat franchise Harrod Enterprise dan meminjam USD2.8 billion sebagai pengapungan syarikat dari Bank di China.  Hartanah adalah satu perniagaan yang tidak turun2.  Berapa lama kita boleh tahan kalau duduk di Kelana Jaya dan ada orang tawarkan harga untuk kita jual tanah kita dengan harga yang sangat bangang.  Dan siapa boleh kata dia jutawan kalau duduk di tempat jutawan tapi tak ada duit sebagai jutawan. 

Proses ini semua akan menyebabkan Kuala Lumpur akan mahal.  Percayalah proses yang sama berlaku dimana2 di dunia.  Jangan terkejut di Dubai ada restauran yang perlu membayar hanya untuk masuk sebanyak USD100. 

Wednesday, July 4, 2012

Melihat Kepentingan

Kita manusia ini selalunya alpa dan tidak melihat satu kepentingan itu melebihi segalanya.  Benda2 yang lebih penting kita tidak teliti.  Benda2 yang remeh menjadi utama dan kita membuang masa berfikir lebih untuk benda2 yang tidak penting.  Cuba ambil contoh membeli jam - kita akan menghabis masa lama untuk memilih jam sebab jenama, cantiknya atau harganya.  Sedangkan yang paling penting adalah melihat masa.  Berapa kali kita tengok jam sehari - kalau sibuk mungkin 2 kali sehari - waktu makan dan waktu nak balik kerja.  Kalau tak sibuk mungkin berkali2 melihat jam di tangan.  Cuba buat ujian pada diri sendiri.  Cuba lukis jam sendiri yang melekat di tangan.  Ada berapa jarum yang bergerak - 2 atau 3 atau 1 sahaja? Bernombor atau tidak? Ada tarikh? Semua masa dinomborkan atau hanya 3, 6, 9 dan 12 atau lansung tidak bernombor?  Cuba ingat2 bila nak beli telefon genggam (Handphone)? Nak yang berkamera, berradio, berTV dan macam2 dan apa yang paling penting sebenarnya adalah berkomunikasi sahaja.  Akhirnya nilai sesuatu barang yang kita beli itu terletak pada kegunaan asasnya.  Jam untuk melihat masa dan telefon untuk berkomunikasi.  Aku juga kadang2 tertipu dengan tambahan2 yang membuat aku gelap mata.  Beli komputer mesti yang boleh menyimpan fail yang banyak, kelajuan yang paling tinggi, package yang paling bagus, sistem paling canggih, dan kira boleh buat macam2 dan akhirnya aku cuma layari melihat FB tanpa sekali pun cuba menyimpan fail.  

The Vow

Apa yang akan berlaku pada kita jika memori kita hilang sekitar 5 tahun kebelakangan ini.  Badan sudah tua, banyak perkara sudah berlaku dan semua hilang kerana pelanggaran.  Yang bagusnya kita berperasaan seperti kembali muda dimana orang lain sudah tua.  Banyak yang boleh kita betulkan dan mungkin banyak perkara dalam masa 5 tahun ini yang perlu kita lupakan.  The Vow ini memberikan cerita ini sebagai inti keseluruhan.  Cerita benar tentang kehilangan ingatan dan perkahwinan yang dilupakan.  Isteri yang dikahwin cuma ingat 5 tahun dahulu pada tunang yang telah ditinggalkan.  Si suami terpaksa mencuba sekali lagi untuk menjadi kekasih.  Dan akhirnya mereka berkahwin sekali lagi dan mempunyai 2 orang anak sehingga kini.  Dan mengikut rekod, si isteri sampai sudah langsung tidak mengingati cerita 5 tahun yang hilang.

Tuesday, July 3, 2012

Tahan Anak dalam Perut

Satu kajian juga dibuat di Chicago tentang anak2 yang bersalin lewat.  Kelahiran biasanya berlaku apabila kandungan sudah berumur 37 sehingga 41 minggu.  Jike kelahiran berlaku sebelum 37 minggu, maka bayi itu dalam kategori kurang matang dan kononnya senang mendapat penyakit dan mengalami kesukaran tumbesaran.  Kajian dibuat kepada kanak2 yang lahir dalam masa 37 - 41 minggu ini, majoriti bagus didalam menjawab matematik dan membaca.  Tetapi penemuan tentang kanak2 yang lahir sekitar 37 dan 38 minggu kurang pandai dari yang lahir lebih dari itu melahirkan satu pandangan lain.  Selalunya doktor menasihatkan supaya dilahirkan cepat kerana ibu darah tinggi, kencing manis atau ibu yang mengandung memilih tarikh untuk melahirkan anak.  Kesedaran tentang ini juga penting kerana Sunnahtullah sesuatu kejadian - kehendak Allah SWT.  Sebenarnya kita ibubapa yang mewarnakan anak mengikut acuan kita. (cerita kajian ini dicedok dari The Star 03/07/12 - AP)

Lempang Anak

Berbagai ujian dibuat dan kajian dilakukan untuk mendapat anak yang terbaik. Di Washington, penyelidik2 dari Canada telah dibuat satu kajian tentang kalau anak2 dilempang atau dipukul sewaktu kecil kemungkin mereka akan mengalami sakit jiwa bila besar nanti.  600 orang dewasa di Amerika ditemuduga dan ini adalah keputusan dari kajian yang dibuat.  Kita kena lihat bukan tentang gila segilanya tetapi tekanan perasaan yang berbagai mengikut ujian ini.  Menjadi pemarah yang tidak tentu hala, suka menyendiri, berkawan dengan orang2 tidak baik dan bercakap sendiri.  Jangan pukul anak kerana mereka tidak tahu salah dan buruk atau tidak boleh.  Patutlah sekarang banyak orang gila kerana dulu orang suka melempang anak2. (cerita kajian ini diambil dari The Star 03/07/12 - AP)

Thursday, June 28, 2012

Cerita Saham Felda

Kenapa sesuatu syarikat mahu diapungkan di Bursa Malaysia?  Ini adalah salah satu cara untuk syarikat mendapat duit untuk bergerak ke hadapan.  Budaya hanya menjadi tukang sorak, tukang menidak atau tukang fitnah hendaklah dibuang terus dari kepala otak kita.  Sesuatu syarikat yang mempunyai duit sendiri yang banyak tidak perlu mengapungkan syarikat mereka ke dalam Bursa Malaysia.  Contohnya begini:- Syarikat sudah maju dan mempunyai duit di dalam bank lebih dari RM10 juta dan keuntungan setiap tahun banyak lebih dari RM10 juta.  Kalau bersifat begini maka syarikat tidak perlu mengapungkan diri mereka ke dalam Bursa.  Duit yang disimpan dikeluarkan untuk melabur dalam perniagaan untuk menjadi lebih besar. 

Sekarang kita tengok syarikat yang tidak ada duit tetapi berdaya saing untuk lebih maju ke hadapan.  Duit di bank ada RM5 ribu sahaja, keuntungan dilapurkan lebih dari RM10 juta. Harta yang disimpan nampak banyak tetapi tidak boleh ditukarkan kepada duit dalam masa yang cepat. Pakar menyatakan syarikat boleh pergi lebih jauh kalau mempunyai duit yang banyak.  Ini menyebabkan syarikat mengambil keputusan untuk mengapungkan diri dalam Bursa untuk menambah duit dalam syarikat.  Syarikat akan dinilai dari semua aspek, harta, keuntungan, berdaya saing, kepakaran dan peluang untuk berkembang dan akhirnya boleh diapungkan.  Apa yang akan berlaku bila diapungkan.  Setelah dinilai maka satu harga diletakan sebagai penanda harga jualan.  Orang ramai boleh menghakmilik saham dengan membeli saham di bursa dengan harga yang ditawarkan. 

Contoh terbaru adalah Felda Global Venture (FGV) dimana tawaran saham adalah RM4.55 pada hari ini 28/06/2012.  Saham yang ditawarkan ini adalah No 2 terbesar di dunia tahun ini selepas Facebook.  Setelah disenaraikan bermula pukul 9 pagi - harga saham FGV pun naik kerana ia kena memastikan tawaran keseluruhan saham mesti dibeli.  Harga telah naik sehingga lebih dari RM5.55 iaitu lebih RM1 dari harga tawaran dan pada masa ia ditutup pukul 5 petang saham FGV telah turun kepada RM5.39 tetapi lebih RM0.84 dari harga tawaran.  Maka sesiapa yang memegang saham FGV sekarang boleh menjual saham dengan harga RM5.30 dan mendapat untung RM840 (1,000 x RM0.84) untuk setiap lot yang ada - kalau jual. 

Yang kita kena faham sekarang, pemilik mutlak FGV sekarang ini tidak lagi peneroka, pengarah2 semalam atau kerajaan.  Pemilik mereka adalah pemegang2 saham yang telah membeli saham FGV dan terus kekal didalamnya.  Peneroka telah diumumkan mendapat saham runcit sebanyak 800 unit sahaja.  Kalau peneroka gelap mata pada hari ini maka mereka mendapat sebanyak RM672 sahaja (800 X RM0.84) keuntungan.  Dan ini adalah benda yang perlu difahamkan oleh peneroka kerana apa yang mereka dapat hanya 800 unit dan peluang untuk membeli sebenarnya boleh dibuat dengan durian runtuh yang telah diberi awal sebanyak RM10 ribu iaitu kepada peneroka dan isteri peneroka.  Tetapi duit yang dapat ke tangan pasti sudah dipakai.  Ini adalah masalah yang peneroka hadapi dan tidak diceritakan. Tanah yang mereka terokai kalau tidak ada geran tanah maka sebenarnya mereka tidak berharta.

Walaupun yakin bahawa tanah peneroka tidak akan diambil tetapi kena ingat bahawa pemegang saham sekarang bukan mereka lagi dan pemegang saham terbesar boleh membuat apa sahaja ke atas pelaburan yang mereka buat.  Kalau peneroka menjual saham yang dipegang sekarang maka mereka hanya akan menjadi pekerja sahaja tanpa saham di dalam FGV. Ingatlah.  Peneroka ada baca prospektors berapa banyak Isa Samad dianugerahkan saham dan saham ini dipastikan dapat kerana untuk mengekalkan jawatan beliau.

Tuesday, June 26, 2012

Altantuya Terbaru

Kalau tak tahu perihal cerita ini mungkin dia bukan dari Malaysia atau Mongolia.  Kes ini agak pelik dan berlarutan agak lama.  Ia bermula bila 3 orang ditangkap kerana disyaki membunuh seorang perempuan Mongolia di hutan Puncak Alam menggunakan C4.  Ia perlu dimasukkan dalam sejarah kerana penggunaan C4 ini sangatlah istimewa kalau ia berjenis daging liat dan susah untuk dikunyah dihilangkan atau dilupuskan begitu sahaja.  Secara ringkas begini:-

gambar hiasan
Azilah dan Sirul ini masih hidup tetapi di dalam penjara menunggu rayuan demi rayuan untuk tidak disabitkan kesalahan.  Razak Baginda yang awalnya disyaki telah menggunakan Azilah dan Sirul ini dilepaskan tanpa ditahan kembali. 
Ini je la yang orang ramai pernah nampak

Di dalam mahkamah pada tahun 2006 - 2008, kenyataan berhansard di dalam mahkamah menyatakan bahawa Altantuya ini adalah penterjemah untuk Razak baginda untuk satu transaksi yang dibuat dengan kerajaan Perancis.  Berbagai cerita termasuk tentang penyiasat persendirian P Balasubmaniam dan cerita tentang Ayah Altantuya yang seorang doktor masih tidak berpuas hati dengan keputusan. 

Dan pada hari ini, Polis Perancis memberitahu bahawa Altantuya ini tidak pernah ke Perancis atau boleh berbahasa Perancis.  Bagaimana cerita tentang sebagai penterjemah untuk satu perjanjian boleh menggunakan perempuuan yang seorang ini.  Cerita ini sudah menjadi terlalu antarabangsa.  Dan aku suka membaca dan menunggu keputusan yang pelik2 ini.  Kenapa Sirul dan Azilah bunuh perempuan yang seorang ini?

Monday, June 25, 2012

Bila ayah marah

Anak2 sekarang memang terlebih informatif sehingga ibubapa terasa terkebelakang.  Mereka mendownload permainan komputer yang canggih sehingga kanak2 berumur 7 tahun terpaksa mengajar ayahnya yang berumur sudah lebih 40 tahun.  Ini bukan berlaku dizaman2 bila ibubapa boleh bercakap tentang lebih garam atau lama hidup.  Lama hidup kalau tak tahu mungkin diketawakan oleh anak2 sekarang.  Dengan informatif yang banyak ini mereka sering bergaduh untuk menggunakan satu2nya Galaxy Tab di rumah. Aku juga menghadapi perkara yang sama dengan anak2 kecil aku, 7 dan 4 tahun.  Bergaduh pasal Galaxy Tab ini boleh sebabkan peperangan dunia ke 3 di dalam rumah.  Dan cara paling sesuai aku buat adalah siapa yang nangis dapat main dulu.  Maka yang berumur 4 tahun akan dapat pegang Galaxy Tab dan menyebabkan yang tua 7 tahun mula nampak marah dan aku katakan pada adik berumur 4 tahun, -"Tengok abang dah marah, adik kena bagi pinjam kat abang pulak" Maka yang si adik akan mula menangis dalam beberapa saat.  Aku akan berkata pada abang    "OK stop, adik dah nangis, tadi janji sapa yang nangis dapat dulu" Maka ia akan berlarutan sekitar 3 atau 4 kali ulang balik.  Dan ulang balik ini tidak panjang pun sekitar seminit sahaja.  Maka disebabkan ini, aku merampas sebab mereka tidak boleh bertoleransi dan aku mula bermain 'Angry Bird' sambil disokong oleh kedua anak2 aku yang 4 dan 7 tahun.  Itulah cara aku belajar permainan 'Angry Bird'.

Anak = Amanah / Saham

Jangan anggap anak sebagai satu kaunter saham yang menguntungkan pada satu masa nanti.  Anak adalah amanah yang kita perlu dijaga.  Ia tidak boleh didera, mengambil untung atau dikahwinkan dengan orang kaya untuk mendapat hasil pulangan.  Anak adalah satu amanah yang berat.  Kita kena pastikan mereka bersekolah, berilmu, pandai dan dapat membezakan buruk dan baik sesuatu perkara.  Kalau kita menganggap anak kita sebagai saham,  maka penantian untuk mendapat pulangan sekarang terlalu lama.  Kalau kita tidak sekolahkan mereka, maka mereka tidak akan mendapat kerja yang baik.  Tanpa kerja yang baik maka mereka pasti tidak berupaya untuk membalas segala hutang piutang mereka kepada kita sebagai ibubapa. Adakah itu saham yang betul? Amanah yang satu ini bercakap, bergerak, membalas kata, berlari, mendiam diri dan tidak akan melawat kita bila kita tua nanti.  Perangai mereka adalah hukum karma apa yang kita buat pada mereka waktu mereka kecil dahulu.  Kita sebagai ibubapa mewarnakan mereka mengikut cara kita.  Dan kalau kita alpa dan tidak rapat dengan anak2, mungkin guru2 mereka datang dari kawan2 mereka.  Pengaruh sekeliling terlalu kuat mengganggu sekarang.  Kalau sekelompak anak2 mula bermain layang2, kita tidak hairan kalau satu taman mula main layang2.  Kalau seorang anak jiran bermain komputer, kita jangan rasa pelik kalau anak2 kita ikut minta benda yang sama.  Kata Saidina Umar Al Khatab "Kita hendaklah berfikir seperti zaman anak2 kita" bermaksud, kalau anak2 kita membesar dengan Ipad, Galaxy Tab, Iphone, FB dan Twitter, maka ibubapa kena pandai berFB atau bertwitter kerana perbezaan suasana ini boleh menyebabkan anak kita jauh dari kita.  Dia akan mula bertanya pada kawan2 dan ibubapa bukan lagi tempat rujuk sebab kekurangan pengetahuan.  Dan benar kata Al Imam Ghazali " Benda apa yang paling berat - Amanah".   

Friday, June 22, 2012

Penasihat Kewangan II

Paling susah hati sebenarnya bila menjadi penasihat kewangan syarikat apabila idea kita tidak difahami.  Ia berlagak seperti seorang jurujual. Seorang jurujual yang sebenarnya berjaya apabila dapat menjual benda yang tidak diperlukan oleh pembeli.  Ada barang yang sudah berjenama sangat senang di jual maka komisen yang diterima adalah rendah.  Tetapi jika menjual benda kepada pembeli yang tidak perlu membeli itulah adalah kejayaan penjual dan pasti komisen yang diterima juga tinggi.  Penasihat kewangan juga seperti seorang jurujual.  Dia perlu tahu cerita sesuatu syarikat dari mula ia ditubuhkan sehingga terkeluar sesuatu produk.  Nasihat yang diberikan itu hendaklah berdasarkan keadaan sekitar, sejarah syarikat dan ke mana arah syarikat akan pergi akhirnya.   Apa akan berlaku jika percukaian tinggi dikenakan, bagaimana untuk mengurangkan cukai secara sah, 5 tahun akan datang di mana syarikat itu berada, berapa pinjaman yang diperlukan, adakah kecairan untuk membayar hutang bawah 12 bulan, perlukan syarikat diapungkan di Bursa untuk mendapat kecairan, perlukah mendapat kawan untuk melonjak lebih tinggi dan adakah masa sudah tiba untuk pemegang saham untuk melepaskan pegangan dalam syarikat untuk diwarisi. Soalan2 ini bergantung berapa cepat seorang penasihat kewangan membaca sesuatu syarikat.  Ia bukan terletak pada akaun tahunan sahaja tetapi setiap pergerakan pengarah, gerak laku pekerja, keaktifan perniagaan dan cerita orang ke 3.  Dan selalunya cerita orang ke 3 ini memberi berat kepada penasihat kewangan untuk memberi nasihat.  Dan inilah selalunya membuatkan idea tidak difahami.  Manusia tidak boleh membaca fikiran orang.