Jangan anggap anak sebagai satu kaunter saham yang menguntungkan pada satu masa nanti. Anak adalah amanah yang kita perlu dijaga. Ia tidak boleh didera, mengambil untung atau dikahwinkan dengan orang kaya untuk mendapat hasil pulangan. Anak adalah satu amanah yang berat. Kita kena pastikan mereka bersekolah, berilmu, pandai dan dapat membezakan buruk dan baik sesuatu perkara. Kalau kita menganggap anak kita sebagai saham, maka penantian untuk mendapat pulangan sekarang terlalu lama. Kalau kita tidak sekolahkan mereka, maka mereka tidak akan mendapat kerja yang baik. Tanpa kerja yang baik maka mereka pasti tidak berupaya untuk membalas segala hutang piutang mereka kepada kita sebagai ibubapa. Adakah itu saham yang betul? Amanah yang satu ini bercakap, bergerak, membalas kata, berlari, mendiam diri dan tidak akan melawat kita bila kita tua nanti. Perangai mereka adalah hukum karma apa yang kita buat pada mereka waktu mereka kecil dahulu. Kita sebagai ibubapa mewarnakan mereka mengikut cara kita. Dan kalau kita alpa dan tidak rapat dengan anak2, mungkin guru2 mereka datang dari kawan2 mereka. Pengaruh sekeliling terlalu kuat mengganggu sekarang. Kalau sekelompak anak2 mula bermain layang2, kita tidak hairan kalau satu taman mula main layang2. Kalau seorang anak jiran bermain komputer, kita jangan rasa pelik kalau anak2 kita ikut minta benda yang sama. Kata Saidina Umar Al Khatab "Kita hendaklah berfikir seperti zaman anak2 kita" bermaksud, kalau anak2 kita membesar dengan Ipad, Galaxy Tab, Iphone, FB dan Twitter, maka ibubapa kena pandai berFB atau bertwitter kerana perbezaan suasana ini boleh menyebabkan anak kita jauh dari kita. Dia akan mula bertanya pada kawan2 dan ibubapa bukan lagi tempat rujuk sebab kekurangan pengetahuan. Dan benar kata Al Imam Ghazali " Benda apa yang paling berat - Amanah".
No comments:
Post a Comment