Paling susah hati sebenarnya bila menjadi penasihat kewangan syarikat apabila idea kita tidak difahami. Ia berlagak seperti seorang jurujual. Seorang jurujual yang sebenarnya berjaya apabila dapat menjual benda yang tidak diperlukan oleh pembeli. Ada barang yang sudah berjenama sangat senang di jual maka komisen yang diterima adalah rendah. Tetapi jika menjual benda kepada pembeli yang tidak perlu membeli itulah adalah kejayaan penjual dan pasti komisen yang diterima juga tinggi. Penasihat kewangan juga seperti seorang jurujual. Dia perlu tahu cerita sesuatu syarikat dari mula ia ditubuhkan sehingga terkeluar sesuatu produk. Nasihat yang diberikan itu hendaklah berdasarkan keadaan sekitar, sejarah syarikat dan ke mana arah syarikat akan pergi akhirnya. Apa akan berlaku jika percukaian tinggi dikenakan, bagaimana untuk mengurangkan cukai secara sah, 5 tahun akan datang di mana syarikat itu berada, berapa pinjaman yang diperlukan, adakah kecairan untuk membayar hutang bawah 12 bulan, perlukan syarikat diapungkan di Bursa untuk mendapat kecairan, perlukah mendapat kawan untuk melonjak lebih tinggi dan adakah masa sudah tiba untuk pemegang saham untuk melepaskan pegangan dalam syarikat untuk diwarisi. Soalan2 ini bergantung berapa cepat seorang penasihat kewangan membaca sesuatu syarikat. Ia bukan terletak pada akaun tahunan sahaja tetapi setiap pergerakan pengarah, gerak laku pekerja, keaktifan perniagaan dan cerita orang ke 3. Dan selalunya cerita orang ke 3 ini memberi berat kepada penasihat kewangan untuk memberi nasihat. Dan inilah selalunya membuatkan idea tidak difahami. Manusia tidak boleh membaca fikiran orang.
No comments:
Post a Comment