Kalau tak tahu perihal cerita ini mungkin dia bukan dari Malaysia atau Mongolia. Kes ini agak pelik dan berlarutan agak lama. Ia bermula bila 3 orang ditangkap kerana disyaki membunuh seorang perempuan Mongolia di hutan Puncak Alam menggunakan C4. Ia perlu dimasukkan dalam sejarah kerana penggunaan C4 ini sangatlah istimewa kalau ia berjenis daging liat dan susah untuk dikunyah dihilangkan atau dilupuskan begitu sahaja. Secara ringkas begini:-
gambar hiasan |
Azilah dan Sirul ini masih hidup tetapi di dalam penjara menunggu rayuan demi rayuan untuk tidak disabitkan kesalahan. Razak Baginda yang awalnya disyaki telah menggunakan Azilah dan Sirul ini dilepaskan tanpa ditahan kembali.
Ini je la yang orang ramai pernah nampak |
Di dalam mahkamah pada tahun 2006 - 2008, kenyataan berhansard di dalam mahkamah menyatakan bahawa Altantuya ini adalah penterjemah untuk Razak baginda untuk satu transaksi yang dibuat dengan kerajaan Perancis. Berbagai cerita termasuk tentang penyiasat persendirian P Balasubmaniam dan cerita tentang Ayah Altantuya yang seorang doktor masih tidak berpuas hati dengan keputusan.
Dan pada hari ini, Polis Perancis memberitahu bahawa Altantuya ini tidak pernah ke Perancis atau boleh berbahasa Perancis. Bagaimana cerita tentang sebagai penterjemah untuk satu perjanjian boleh menggunakan perempuuan yang seorang ini. Cerita ini sudah menjadi terlalu antarabangsa. Dan aku suka membaca dan menunggu keputusan yang pelik2 ini. Kenapa Sirul dan Azilah bunuh perempuan yang seorang ini?
No comments:
Post a Comment