Yang selalu jengok

Thursday, June 28, 2012

Cerita Saham Felda

Kenapa sesuatu syarikat mahu diapungkan di Bursa Malaysia?  Ini adalah salah satu cara untuk syarikat mendapat duit untuk bergerak ke hadapan.  Budaya hanya menjadi tukang sorak, tukang menidak atau tukang fitnah hendaklah dibuang terus dari kepala otak kita.  Sesuatu syarikat yang mempunyai duit sendiri yang banyak tidak perlu mengapungkan syarikat mereka ke dalam Bursa Malaysia.  Contohnya begini:- Syarikat sudah maju dan mempunyai duit di dalam bank lebih dari RM10 juta dan keuntungan setiap tahun banyak lebih dari RM10 juta.  Kalau bersifat begini maka syarikat tidak perlu mengapungkan diri mereka ke dalam Bursa.  Duit yang disimpan dikeluarkan untuk melabur dalam perniagaan untuk menjadi lebih besar. 

Sekarang kita tengok syarikat yang tidak ada duit tetapi berdaya saing untuk lebih maju ke hadapan.  Duit di bank ada RM5 ribu sahaja, keuntungan dilapurkan lebih dari RM10 juta. Harta yang disimpan nampak banyak tetapi tidak boleh ditukarkan kepada duit dalam masa yang cepat. Pakar menyatakan syarikat boleh pergi lebih jauh kalau mempunyai duit yang banyak.  Ini menyebabkan syarikat mengambil keputusan untuk mengapungkan diri dalam Bursa untuk menambah duit dalam syarikat.  Syarikat akan dinilai dari semua aspek, harta, keuntungan, berdaya saing, kepakaran dan peluang untuk berkembang dan akhirnya boleh diapungkan.  Apa yang akan berlaku bila diapungkan.  Setelah dinilai maka satu harga diletakan sebagai penanda harga jualan.  Orang ramai boleh menghakmilik saham dengan membeli saham di bursa dengan harga yang ditawarkan. 

Contoh terbaru adalah Felda Global Venture (FGV) dimana tawaran saham adalah RM4.55 pada hari ini 28/06/2012.  Saham yang ditawarkan ini adalah No 2 terbesar di dunia tahun ini selepas Facebook.  Setelah disenaraikan bermula pukul 9 pagi - harga saham FGV pun naik kerana ia kena memastikan tawaran keseluruhan saham mesti dibeli.  Harga telah naik sehingga lebih dari RM5.55 iaitu lebih RM1 dari harga tawaran dan pada masa ia ditutup pukul 5 petang saham FGV telah turun kepada RM5.39 tetapi lebih RM0.84 dari harga tawaran.  Maka sesiapa yang memegang saham FGV sekarang boleh menjual saham dengan harga RM5.30 dan mendapat untung RM840 (1,000 x RM0.84) untuk setiap lot yang ada - kalau jual. 

Yang kita kena faham sekarang, pemilik mutlak FGV sekarang ini tidak lagi peneroka, pengarah2 semalam atau kerajaan.  Pemilik mereka adalah pemegang2 saham yang telah membeli saham FGV dan terus kekal didalamnya.  Peneroka telah diumumkan mendapat saham runcit sebanyak 800 unit sahaja.  Kalau peneroka gelap mata pada hari ini maka mereka mendapat sebanyak RM672 sahaja (800 X RM0.84) keuntungan.  Dan ini adalah benda yang perlu difahamkan oleh peneroka kerana apa yang mereka dapat hanya 800 unit dan peluang untuk membeli sebenarnya boleh dibuat dengan durian runtuh yang telah diberi awal sebanyak RM10 ribu iaitu kepada peneroka dan isteri peneroka.  Tetapi duit yang dapat ke tangan pasti sudah dipakai.  Ini adalah masalah yang peneroka hadapi dan tidak diceritakan. Tanah yang mereka terokai kalau tidak ada geran tanah maka sebenarnya mereka tidak berharta.

Walaupun yakin bahawa tanah peneroka tidak akan diambil tetapi kena ingat bahawa pemegang saham sekarang bukan mereka lagi dan pemegang saham terbesar boleh membuat apa sahaja ke atas pelaburan yang mereka buat.  Kalau peneroka menjual saham yang dipegang sekarang maka mereka hanya akan menjadi pekerja sahaja tanpa saham di dalam FGV. Ingatlah.  Peneroka ada baca prospektors berapa banyak Isa Samad dianugerahkan saham dan saham ini dipastikan dapat kerana untuk mengekalkan jawatan beliau.

No comments:

Post a Comment