Anak2 sekarang memang terlebih informatif sehingga ibubapa terasa terkebelakang. Mereka mendownload permainan komputer yang canggih sehingga kanak2 berumur 7 tahun terpaksa mengajar ayahnya yang berumur sudah lebih 40 tahun. Ini bukan berlaku dizaman2 bila ibubapa boleh bercakap tentang lebih garam atau lama hidup. Lama hidup kalau tak tahu mungkin diketawakan oleh anak2 sekarang. Dengan informatif yang banyak ini mereka sering bergaduh untuk menggunakan satu2nya Galaxy Tab di rumah. Aku juga menghadapi perkara yang sama dengan anak2 kecil aku, 7 dan 4 tahun. Bergaduh pasal Galaxy Tab ini boleh sebabkan peperangan dunia ke 3 di dalam rumah. Dan cara paling sesuai aku buat adalah siapa yang nangis dapat main dulu. Maka yang berumur 4 tahun akan dapat pegang Galaxy Tab dan menyebabkan yang tua 7 tahun mula nampak marah dan aku katakan pada adik berumur 4 tahun, -"Tengok abang dah marah, adik kena bagi pinjam kat abang pulak" Maka yang si adik akan mula menangis dalam beberapa saat. Aku akan berkata pada abang "OK stop, adik dah nangis, tadi janji sapa yang nangis dapat dulu" Maka ia akan berlarutan sekitar 3 atau 4 kali ulang balik. Dan ulang balik ini tidak panjang pun sekitar seminit sahaja. Maka disebabkan ini, aku merampas sebab mereka tidak boleh bertoleransi dan aku mula bermain 'Angry Bird' sambil disokong oleh kedua anak2 aku yang 4 dan 7 tahun. Itulah cara aku belajar permainan 'Angry Bird'.
No comments:
Post a Comment