Yang selalu jengok

Monday, October 31, 2011

JOM Cuti

Kalau nak bercuti di luar negara, kita sepatutnya memilih negara yang tukaran wangnya kecil daripada kita.  Contohnya Indonesia, Thailand dan China.  Keseronokan bercuti di sana berbeza kerana duit kita lebih besar dan kita akan rasa mewah berbelanja.  Pernah aku bertanya dengan kawan2 yang becuti ke London, mereka memerlukan RM40,000 untuk 5 hari bercuti dan percutian yang tidak semewah mana kerana mereka lebih banyak berjalan kaki dan berjimat untuk makan. Hendak makan nasi beraini yang berharga 7 paun pun berfikir banyak kali dan mungkin makan sehari sekali.  Percutian di Malaysia yang dipenuhi oleh orang Eropah adalah contoh kenapa mereka memilih negara kita untuk berbelanja. 

Di Indonesia, gaji purata penjawat awam adalah 950,000 ribu rupiah atau RM320. Bayangkan bila kita kesana dengan membawa 3 juta rupiah atau RM1,000. Bila kita bercuti, kepuasan berbelanja adalah penting.  Makanan yang halal dan barangan yang murah menjadi pilihan.  Hotel yang dipilih pasti memuaskan hati dengan dipenuhi oleh sarapan dan makan malam.  Kalau di London, kemungkinan sehari sahaja kita makan di luar dan selebihnya di bilik dengan 'maggi' sahaja. 

Konsep bercuti di negara yang tukaran wang rendah adalah berbeza dengan bekerja.  Kalau menjadi seorang yang 'adventurer' dan bujang, aku mungkin sedang tersadai bekerja di Toronto, Kanada.  Di sana macam ada kempen ajak orang tinggal di sana kerana ada kajian dibuat memberitahu bahawa sekitar tahun 2050 nanti, kalau tidak ditambah manusia di Kanada, kemungkinan Kanada tidak berpenghuni.  Di Kanada , peratus pendatang lebih tinggi dari Malaysia tetapi mereka dialu2kan kerana negara mereka terlalu luas dan masih banyak belum diterokai. Tahun lepas sahaja mereka bagi 170,000 orang sebagai warganegara. 

Maka keputusan dibuat bersama2 dengan keluarga, maka cuti tahunan akan berlaku di Indonesia dan kemungkinan besar Jakarta.  Tukaran sekarang sekitar RM358 - RM365 untuk 1 juta rupiah.


Sunday, October 30, 2011

Memang N9

Esei sebonar nyo memang asa Soramban.  Esei nonton cerito "Dari Jemapoh ke Mercestee".  Esei ponah kamping kek Port Dickson dulu tahun 1986.  Dah banyak awek esei ngorat, tapi orang N9 jua melokek kat hati esei ni. Band paling suko, Blues Gang - "Apo nak di Kato". Memang banyak orang tak tahu cerito esei kat Soramban tu.  Esei paling banyak berkelah di Port Dickson.  Paling banyak shopping di Nilai. Habigh duit esei semuo di sano.  Paling banyak bergadang, di sano la.  Asa cuti Esei mulo nak ke sano.  Bukan buek doso, tapi esei cumo suko yo.  Lagu esei suko "Apo kono eh jang" dan esei layan majalah Ujang.  Semuo N9 yo.  Masih tak percayo.  Maso form 4, esei ponah singgah kek MRSM Soramban jumpo kawan2.  Entah la banyak orang tak pecoyo esei orang Soramban.  Bilo monang Piala Malaysia ni, lagi orang tak pecayo. Negeri Sembilan 2 Terengganu 1.

Friday, October 28, 2011

24 hours WORKER

Kalau diam sahaja tanpa berusaha, ada orang kata kita tidak mahu berubah. Siapa akan ubah nasib kita kalau bukan kita sendiri.  Kalau kita cari duit lebih, orang akan kata kita tidak bersyukur.  Tak cukup2.  Berapa lama kita perlu bekerja dan mengumpul cukup untuk tidak bekerja.  Orang yang tidak bekerja adalah mati. Jawapannya adalah TAK CUKUP!! Kita kena bekerja seolah2 kita hidup seribu tahun lagi.  Kita beribadat seolah2 kita mati esok hari.

8 jam bekerja sehari dan 5 hari seminggu / 6 hari seminggu.  Dan orang akan bercerita tentang masa lapang bagaimana digunakan.  Kerja siang sepenuh masa dan malam separuh masa.  Berapa kuat badan kita untuk menghadapi kerja yang sebegini.  Dan persoalan selalu bila pula kita hendak raikan duit2 ini.

Bagaimana kalau kita ada sesuatu yang bekerja untuk kita selama 24 jam tanpa berhenti? Kita bekerja seperti biasa sehingga pukul 6 dan memastikan beribadat berjamaah selalu tetapi masa lapang kita dipenuhi dengan benda2 yang bekerja untuk kita selama 24 jam.  Tidak pelik.  Benda yang boleh bekerja untuk kita lama tanpa perlu berehat seperti ATM, rumah disewakan, telefon awam, mesin air, vending mesin apa sahaja, simpanan di bank., unit amanah, pelaburan dalam perniagaan dan franchise.   Kalau semua benda ini kita lakukan sendiri kemungkinan 24 jam sehari tidak cukup.  Biarkan mesin2 ini bekerja 24/7 untuk kita.

Filem HINDUSTAN

Menonton cerita Hindustan mengambil masa yang agak panjang.  Dengan berbekal lagu sekitar 7/8, 45 minit filem hanya tertakluk pada lagu dari dalam keretapi hingga ke gunung.  Dari bayi kecil sehingga besar dan akhirnya berlawan dengan abang sendiri.  Dari kekasih berkahwin dan bercerai dan kahwin kembali.  Ini adalah cerita keluarga yang ditonton sekian ramai orang di dunia.  Kenapa mereka senang diterima dan aku masih ingat ketika tiada alih bahasa untuk faham, aku sudah menonton filem Hindustan sampai faham.  Dan aku bergendang sama bila lagu dan tarian ditarikan.  Ini adalah magik. 

Aku pernah dengar orang berbalah tentang cerita hisdustan yang panjang mengambil masa.  Sekitar 2 - 3 jam atau 145 minit hingga 180 minit.  Sehinggakan ada yang memberitahu "Aku rasa2 dorang ini sure tak kentut la".  Tengok cantik di luar dan cantik di dalam filem.  Nampak berjaya dan peminat seluruh dunia.  Bukan macam pelakon Hollywood, kadang2 orang lagi kenal pelakon kelas C dari kelas A kerana filem kelas C selalu ditayangkan di sini.  Sekitar tahun 1980 an, orang lagi kenal Chuck Norris dari Al Pacino kerana pada masa itu cerita popular adalah "Missing In Action 1/2/3". 

Aku gebangkan ini sebab semalam aku layan IIFA di Toronto.  Punya suka orang2 Kanada bila IIFA turun ke Toronto.  Bagi aku cerita hisdustan menjual perasaan seronok, sedih dan terasa dunia bertukar gembira.  Perasaan ini dijual dan bila habis cerita, kita terus berhayal dengan cerita Hisdustan dan mengharap suami kita kacak macam Shah Rukh Khan atau Arjun Rampal dan si suami berhayal dapat menari bersama Preity Zinta atau Kareena Kapoor. 

Wednesday, October 26, 2011

Jutawan Aku

Aku dipanggil mendengar satu jaringan perniagaan yang kalau dibuat secara serius pasti boleh jadi jutawan dalam masa setahun.  Hebat dan mengelirukan.  Dengan bangga orang yang bercerita memberitahu bahawa setiap tahun syarikat ini memastikan 112 orang ahlinya akan menjadi jutawan.  Hebat dan masih keliru. 

Dan cerita kejayaan orang atasan ini digebang sehingga cerita tentang kapal terbang persendirian dan kereta2 mewah yang bila disebut bunyi macam tak betul sahaja.  Aku masih rasa hebat dan terus keliru.  Dia memberitahu bahawa memang rezeki aku untuk mendengar cerita2 kejayaan ini.  Dan yang pasti aku sentiasa 'husnizon' (bersangkabaik). Dia menceritakan tentang rangkaian perniagaan yang akan bekerja untuk kita kerana bukti menceritakan tentang masa bersamaan dengan duit. MASA = DUIT.  Maka jika ingin tambah duit maka masa mestilah ditambahkan.  Kalau dulu tidur 8 jam maka sekarang kena naikan masa kerja dan kurangkan masa tidur.  Aku setuju sangat.  Maka jawapan kepada kurangkan masa rehat adalah mencari satu benda yang bekerja untuk kita sepanjang masa. 

Aku mencadangkan beli rumah dan disewakan.  Dia kata yang ini tak perlu modal.  Aku keliru sedikit. Aku cadangkan buat baju dan suruh orang jual.  Dia menambah bahawa tak perlu pening memikir semua itu kerana jaringan akan memastikan kita jadi jutawan.  Dan katanya lagi kecuali aku tak mahu jadi jutawan.  Apa yang perlu aku lakukan hanya memastikan jaringan 'networking' ini berjalan maka ia akan bekerja lebih masa untuk kita.  Orang bawahan kita yang akan mengeluarkan modal membeli barang dan kita mendapat habuan komisennya.  Hebat dan tiba2 keliru makin  menjelma.  Adakah orang bawahan kita ini akan mendapat cerita yang sama macam aku dapat hari ini. Maka siapa yang beli barang untuk kita dapat komisen.  Jaringan dibuat tapi siapa yang membeli.  Aku mengambil keputusan tidak mahu jadi Jutawan begini kerana bunyi macam jutawan tapi jutawan jaringan sahaja.

Monday, October 24, 2011

Layan Suami serentak !!!!

Kelab Taat Suami terus memberi khidmat yang tidak terhingga kepada isteri2 yang mahu berbakti lebih kepada suami.  Para suami rasa seperti diseronokkan pula.  Tak lama dulu, kecoh bila yang ketuanya berkata sila layan suami macam pelacur kelas atasan.  Dan sekarang mereka mengeluarkan satu buku dan diberitahu cara melayari isteri2 pada masa serentak.  Terus orang marhein melompat kerana tidak pernah dibuat orang bagi pak2 haji yang kahwin banyak.  Memang hendak macam tu tapi tidak kesampaian pulak.  Siapa yang mulakan dulu dan mereka bercerita tentang mukadimah sebelum bersama isteri2.  Ini semua cerita dalam kelambu bagi siapa yang tidak membaca lagi buku keluaran Kelab Taat Suami.  Sebenarnya apabila diterangkan oleh Hatijah Am penaung Kelab Taat Suami tentang tingginya penguasaan seks mereka adalah kerana mereka mengamalkan PHD seks dan bukan seks tadika.  Suami yang berada diluar negara meninggalkan isteri dikampung masih boleh mengamalkan roh seks untuk bersama isteri masing2.  Hatijah Am sebenarnya bercerita tentang arwah suaminya, Ashari Muhammad.  Maknanya jika suami beristeri 2, maka malam bersama isteri tua boleh dilakukan serentak dimana isteri ke2 didatangi secara roh.  Aku rasa pelik dan mencari sebab sendiri kerana pernah dulu apabila mendengar ada yang mengajar tentang tak payah solat hanya perlu niat sahaja tetapi bila sampai bab makan cuba niat je rasa2 boleh kenyang tak.  Memang ada hadis tentang melayan suami hatta ketika diatas unta dan isteri2 umpama kebun dan datangi mereka pada bila2 masa kecuali waktu haid.  Entahlah mungkin pengajaran seks tak diajar waktu aku kecil2 dulu.

Sunday, October 23, 2011

Perlumbaan Mesin

Entah kenapa aku kurang berminat dengan perlumbaan mesin.  Motor atau kereta di Sepang tidak pernah melelehkan air liur aku untuk menonton.  Kalau ada siaran di TV pasti aku menukar siaran.  Aku melihat perlumbaan ini seperti suatu masa di Callesium dulu masa zaman kegemilangan ROME.  Perlumbaan kereta kuda yang diletakan dengan roda yang ada senjata dan seperti filem Ben Hur di Hollywood. Semalam Marco Simoncelli terjatuh, dilanggar pelumba lain dan diistihar mati 45 minit kemudian.
Apa hebat perlumbaan mesin ini? Semua mesin yang sama - jika menggunakan kuasa yang lain mesti akan ditolak dari masuk pertandingan atau cari perlumbaan yang sesuai.  125 CC, 250 CC dan 500 CC tidak boleh bertembong.  Ia juga sama dengan perlumbaan kereta.  Pernah satu ketika, Mercedes cuba membuat satu tayar yang tidak perlu ditukar sepanjang perlumbaan.  Apa berlaku?  Ia telah diminta berehat dan dibatalkan.  Apa yang hendak ditontonkan dalam perlumbaan ini.  Yang pasti gadis2 grid yang seksi.  Lagi jika ada pelanggaran maka perlumbaan mesin ini tidak lebih dari menonton perlawanan manusia zaman barbarian.  Kalau mahu mencari masa terpantas maka paling selamat adalah berlumba secara seorang dan dicatat masa (ini memang dibuat untuk menentukan orang yang paling terkedepan).  Dan diberitahu, orang yang menonton di Sepang semalam marah selepas diberitahu bahawa perlumbaan dibatalkan.  Duit sudah dibayar, berpanas, berhujan maka apa yang perlu dilakukan adalah baling air minuman di litar.  Kami bayar duit untuk tonton orang berlumba, apa kami kisah orang tergolek dan mati - ini adalah keseronokan. 

Friday, October 21, 2011

1998 berulang

Cerita 1998 di UIAM semacam berulang.  Teringat aku pada masa aku ingin mendaftar diri sebagai pelajar di UIAM untuk Sarjana Ekonomi.  Ketika itu selepas Anwar Ibrahim telah ditangkap dirumah beliau di Bukit Antarabangsa dengan tiba2 kedengaran pula beberapa orang pensyarah juga di tahan. Dan hari ini pelajar2 di UIAM berkumpul kerana tidak puas hati kerana Professor mereka diberhentikan sementara.  Dr Aziz Bari seorang pensyarah kanan Undang2 selama 22 tahun disuruh berehat sebentar.  Pendidikan dan pengetahuan terlalu mahal.  Aku mendaftar sebagai pelajar 1998 dan seorang pensyarah luar negara mengamuk dan memberitahu "I don't want to teach your student law because you don't have one".  Kadang2 manusia itu  membuat sesuatu bodoh hanya untuk beritahu semua bahawa mereka itu bodoh.  Dan itu sahaja yang mahu diberitahu.

Tuesday, October 18, 2011

Dijamin 10 Tahun

Senang hendak kenal bila bayar tol, orang depan kita buka pintu maka itu Proton.  Bila sembang dengan kawan2 pasal tingkap kereta problem, cerita Proton akan keluar.  Bila beli Proton, cerita tingkap Proton tak turun memang cerita paling popular.  Aku dah berproton lama dan cerita tingkap tak turun memang sudah sebati dan aku jenis tak kecoh, aku ok je.  Bila Tuan Syed, ketua Proton jamin 10 tahun untuk tingkap, ini aku kena cerita.  Satu 'punchline' atau mimpi apa hendak buat 'marketing' dengan cara ini.  Hebat orang berfikir dan aku sendiri tak terfikir syarikat kereta 25 tahun boleh keluarkan kata2 hikmat macam ini.  Teruskan kehebatan Proton - tingkap dijamin 10 tahun. 

Monday, October 17, 2011

HORS-LA-LOI (Outside the Law)

Cerita ini dicalonkan untuk Academy Award yang akan datang untuk filem asing terbaik.  Dilakonkan oleh beberapa pelakon terbaik dari Algeria dan diarahkan oleh seorang Pengarah yang pernah membuat beberapa filem yang bijak seperti Days of Glory (2006).  Pelakon2 yang sama belakon untuk filem ini.  Cerita tentang mencari kemerdekaan Algeria melalui tangan daripada Kerajaan Perancis.  Cerita ini tidak ditayangkan di Perancis sebab dalam permulaan cerita pembunuhan beramai2 orang Algeria semasa berdemontrasi agak menyedihkan.  3 orang adik beradik mencari matlamat yang sama dengan perjuangan yang berbeza.  Akhirnya Algeria merdeka dengan kemenangan mutlak.  Sesiapa yang mencari filem tentang semangat kemerdekaan maka salah satu filem yang patut ditonton.


Saturday, October 15, 2011

3 Tahun Aqilah

3 Tahun Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ 3 Tahun Slideshow Slideshow ★ to Shah Alam. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Anak ku ke 3 Slideshow Slideshow

Anak ku ke 3 Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Anak ku ke 3 Slideshow Slideshow ★ to Shah Alam. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor