Kalau diam sahaja tanpa berusaha, ada orang kata kita tidak mahu berubah. Siapa akan ubah nasib kita kalau bukan kita sendiri. Kalau kita cari duit lebih, orang akan kata kita tidak bersyukur. Tak cukup2. Berapa lama kita perlu bekerja dan mengumpul cukup untuk tidak bekerja. Orang yang tidak bekerja adalah mati. Jawapannya adalah TAK CUKUP!! Kita kena bekerja seolah2 kita hidup seribu tahun lagi. Kita beribadat seolah2 kita mati esok hari.
8 jam bekerja sehari dan 5 hari seminggu / 6 hari seminggu. Dan orang akan bercerita tentang masa lapang bagaimana digunakan. Kerja siang sepenuh masa dan malam separuh masa. Berapa kuat badan kita untuk menghadapi kerja yang sebegini. Dan persoalan selalu bila pula kita hendak raikan duit2 ini.
Bagaimana kalau kita ada sesuatu yang bekerja untuk kita selama 24 jam tanpa berhenti? Kita bekerja seperti biasa sehingga pukul 6 dan memastikan beribadat berjamaah selalu tetapi masa lapang kita dipenuhi dengan benda2 yang bekerja untuk kita selama 24 jam. Tidak pelik. Benda yang boleh bekerja untuk kita lama tanpa perlu berehat seperti ATM, rumah disewakan, telefon awam, mesin air, vending mesin apa sahaja, simpanan di bank., unit amanah, pelaburan dalam perniagaan dan franchise. Kalau semua benda ini kita lakukan sendiri kemungkinan 24 jam sehari tidak cukup. Biarkan mesin2 ini bekerja 24/7 untuk kita.
No comments:
Post a Comment