Kelab Taat Suami terus memberi khidmat yang tidak terhingga kepada isteri2 yang mahu berbakti lebih kepada suami. Para suami rasa seperti diseronokkan pula. Tak lama dulu, kecoh bila yang ketuanya berkata sila layan suami macam pelacur kelas atasan. Dan sekarang mereka mengeluarkan satu buku dan diberitahu cara melayari isteri2 pada masa serentak. Terus orang marhein melompat kerana tidak pernah dibuat orang bagi pak2 haji yang kahwin banyak. Memang hendak macam tu tapi tidak kesampaian pulak. Siapa yang mulakan dulu dan mereka bercerita tentang mukadimah sebelum bersama isteri2. Ini semua cerita dalam kelambu bagi siapa yang tidak membaca lagi buku keluaran Kelab Taat Suami. Sebenarnya apabila diterangkan oleh Hatijah Am penaung Kelab Taat Suami tentang tingginya penguasaan seks mereka adalah kerana mereka mengamalkan PHD seks dan bukan seks tadika. Suami yang berada diluar negara meninggalkan isteri dikampung masih boleh mengamalkan roh seks untuk bersama isteri masing2. Hatijah Am sebenarnya bercerita tentang arwah suaminya, Ashari Muhammad. Maknanya jika suami beristeri 2, maka malam bersama isteri tua boleh dilakukan serentak dimana isteri ke2 didatangi secara roh. Aku rasa pelik dan mencari sebab sendiri kerana pernah dulu apabila mendengar ada yang mengajar tentang tak payah solat hanya perlu niat sahaja tetapi bila sampai bab makan cuba niat je rasa2 boleh kenyang tak. Memang ada hadis tentang melayan suami hatta ketika diatas unta dan isteri2 umpama kebun dan datangi mereka pada bila2 masa kecuali waktu haid. Entahlah mungkin pengajaran seks tak diajar waktu aku kecil2 dulu.
No comments:
Post a Comment