Aku dipanggil mendengar satu jaringan perniagaan yang kalau dibuat secara serius pasti boleh jadi jutawan dalam masa setahun. Hebat dan mengelirukan. Dengan bangga orang yang bercerita memberitahu bahawa setiap tahun syarikat ini memastikan 112 orang ahlinya akan menjadi jutawan. Hebat dan masih keliru.
Dan cerita kejayaan orang atasan ini digebang sehingga cerita tentang kapal terbang persendirian dan kereta2 mewah yang bila disebut bunyi macam tak betul sahaja. Aku masih rasa hebat dan terus keliru. Dia memberitahu bahawa memang rezeki aku untuk mendengar cerita2 kejayaan ini. Dan yang pasti aku sentiasa 'husnizon' (bersangkabaik). Dia menceritakan tentang rangkaian perniagaan yang akan bekerja untuk kita kerana bukti menceritakan tentang masa bersamaan dengan duit. MASA = DUIT. Maka jika ingin tambah duit maka masa mestilah ditambahkan. Kalau dulu tidur 8 jam maka sekarang kena naikan masa kerja dan kurangkan masa tidur. Aku setuju sangat. Maka jawapan kepada kurangkan masa rehat adalah mencari satu benda yang bekerja untuk kita sepanjang masa.
Aku mencadangkan beli rumah dan disewakan. Dia kata yang ini tak perlu modal. Aku keliru sedikit. Aku cadangkan buat baju dan suruh orang jual. Dia menambah bahawa tak perlu pening memikir semua itu kerana jaringan akan memastikan kita jadi jutawan. Dan katanya lagi kecuali aku tak mahu jadi jutawan. Apa yang perlu aku lakukan hanya memastikan jaringan 'networking' ini berjalan maka ia akan bekerja lebih masa untuk kita. Orang bawahan kita yang akan mengeluarkan modal membeli barang dan kita mendapat habuan komisennya. Hebat dan tiba2 keliru makin menjelma. Adakah orang bawahan kita ini akan mendapat cerita yang sama macam aku dapat hari ini. Maka siapa yang beli barang untuk kita dapat komisen. Jaringan dibuat tapi siapa yang membeli. Aku mengambil keputusan tidak mahu jadi Jutawan begini kerana bunyi macam jutawan tapi jutawan jaringan sahaja.
No comments:
Post a Comment